BAB 1

Romance Completed 4613

Lincah, periang, peramah, tabah dan bijak itulah perkataan yang tepat menggambarkan gadis beranama Firza Alya seorang gadis yang lincah dan periang.

Padanya, senyuman dan ketawa orang sekeliling sudah cukup membuatnya bahagia. Dia seorang yang mudah bergaul tetapi hanya dengan orang yang sejantina yakni perempuan dan lelaki hanya ayahnya dan adik lelakinya sahaja, yang lain tidak diambil peduli.

Semua rakannya melihatnya seorang yang sentiasa penuh dengan lawak jenaka tapi serius dalam tindakan.

Perasaan sedih tidak pernah Alya kongsi bersama rakannya. Kesedihan dan kepiluan seringkali menjadi rahsia di hati Alya. Hidupnya yang kini menjangkau 25 tahun menjadi tanda Tanya rakan-rakannya yang sudah menjejakkan kaki ke gerbang pelamin.

Kenapa dia masih bahagia hidup seorang diri ? adakah disebabkan statusnya seorang doctor menyebabkan dia sukar mendapatkan jodoh ? benarkah orang bertitle doctor kahwin dengan doctor ? doctor lain tidak sudikah ? atau, ramai lelaki tak nak memilih isteri berstatus doctor ? itulah persoalan yang selalu di bising-bising oleh rakan Alya jika bertemu.

Dia hanya diam dan tersenyum. Hati kering. Kalau di jawab, makin menjadi rakan-rakannya. Mencari jodoh itu ini. Oh ! Dunia. Tuan diri diam menyepi, orang kiri kanan sibuk mencari.

“Kau ingat umur kau ni muda sangat ke? Dari dulu sampai sekarang aku ingat aku boleh makan nasi minyak kau dulu, alih-alih, semua geng kita dah tamat zaman bujang, kau je yang single mingle,” bising Sofea sambil menuang air ke dalam cawan di rumahnya kepada Alya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience