BAB 10

Romance Completed 4614

Budak itu mengangguk.

“Eh, dik, boleh saya tahu, siapa yang bagi ini?” Tanya Alya blur.

“Maaf cik, ini amanah saya. Orang tu minta dirahsiakan, rasanya dia ada selitkan kad kat bunga tu, bacalah, sign kak”

Alya segera menandatangani dan mengucapkan terima kasih, tak sabar rasanya nak baca isi kad tersebut.

“Siapa pula yang bagi ni? Tunang aku kah? Oh ! romantiknya!” excited Alya. Entah apalah yang membuatnya bahagia walaupun dia tidak tahu rupa tunangnya bagaimana.

“Tulip untuk awak, Cincin untuk saya, pakailah cincin tu, kecewa saya kalau awak tak pakai”

Erkkk?? Mana dia tahu rumah aku? Mana dia tahu aku tak pakai cincin? Gawat. Gawat. Alya mula resah. Dia bagai diperhatikan. Seram betul tunang aku ni, bisik hati Alya.

Lagu Blue Big Bang.

Mesej masuk.

“Bestnyer orang tu dapat bunga!”

Sapa plak nie? Macam mana dia dapat tahu aku dapat bunga?

“Awak tunang saya ke?”

Tetiba call masuk. Alya tetap tak angkat. Dia takut. Dia malu. Dia biarkan ia berdering.

“Kenapa tak angkat? ”

Alya tak reply. Entah kenapa dia malas nak layan. Yang dia tahu, number tunangnya bukan number itu, so, dia perlu menjaga hati.

Tinggal lagi 2 minggu.

Keluarga Alya dah bising-bising, sebab Alya belum mengedarkan kad kahwinnya.

Semuanya sudah siap di sampulkan, Cuma nak bagi je tinggal.

Dengan berat hati, Alya mengedarkan jua kad wedding tu, tanpa melihat isi di dalamnya. Dia malas nak ambil peduli bagaimana rupa kad itu. Yang penting permintaan keluarga perlu dilaksanakan.

Ramai staf mengusiknya, diam-diam ubi berisi la apa la. Dia hanya mampu menadah telinga mendengarnya dan memberi senyuman.

“Ok ! 3 kad aku dah simpan, last kad ni, untuk Im” hahaha ! tawa Alya dalam hati. Dia rasa gembira apabila boleh menunjuk depan Im.

Dia menuju ke bilik yakni pejabat Im secara diam-diam, dia mahu menyelit kad ni saja di bawah pintu bilik Im tapi plannya tidak Berjaya apabila Im ketika itu baru nak masuk pejabat. Im berdiri di belakang Alya. Terkejut plus malu semua ada time tu. Lain yang di rancang lain yang jadi.

“Hah. Buat apa tu?” Im mengempar Alya.

“err… haa.. mna ada buat pape pun, saya nak bagi ni je?” tayang Alya di hadapan Im yang lebih tinggi darinya itu.

“wahh, wedding kad. Come in come in” ujar Im excted sambil mempelawa Alya masuk. Alya menolak pelawaan tersebut, nanti apa plak orang cakap, sememangnya Alya tidak berkaitan dengannya langsung. Gosip. Habis. Kang tak kahwin plak aku, bisik Alya. Nauzubillah.

“dah la, jom masuk, just nak cakap something before kita kahwin,” bisik Im perlahan.

Alya mengerut dahi. Kita? Permainan apakah ini?

“Have a seat Lya, tak kan nak berdiri macam tu je, lenguh kaki awak nanti,” ujar Im sambil menarik kerusi supaya Lya mengadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience