BAB 2

Romance Completed 4613

“Aku datang rumah kau, bukan nak dengar kau membebel, aku datang nak tengok perut kau tu,” balas Alya sambil menuding jari ke perut Sofea yang kini masuk tiga bulan.

“Perut aku yang kau nak tengok ape hal, xde keje ke doctor ni nak cari pesakit,” ujar Sofea pelik. Tapi, dia sedar itu ayat cover line Alya, mesti ada masalah. Sofea merenung wajah Alya yang tersengih-sengih lama sambil matanya mengecil.

“Kau pehal plak ni, takut aku dengan ibu mengandung, tak pernah lagi aku jumpa patient nak makan orang ni,” Alya cuba mengawal diri daripada serangan soalan yang entah apa-apa.

“Haaa.. aku tau, kau mesti datang ni nak luah something kan, ke nak hantar kad wedding kau,” serkap Sofea sambil cuba memancing sikap Alya yang perahsia ni.

“Banyak la kau punya kad wedding, kalau aku nak hantar awal-awal lagi aku hantar kat kau tau tak,” balas Alya kepada Sofea yang kini suri rumah sepenuh masa. Walaupun Sofea ditawarkan menjawat jawatan yang tinggi setelah tamat pengajiannya sebelum berkahwin, dia tetap mengikut kehendak suaminya seorang doctor setempat dengan Alya supaya tidak bekerja. Sofea ada bertanyakan pendapat rakan-rakanya. Jawapan sesetengah sahabatnya menentang habis-habisan.

“Kau jangan Sofea, lelaki ni kita tak boleh percaya 100%, nanti dia tinggalkan kau, kau nak makan apa? Semua duit dia punya. Kau?” pendapat Ainin menghasut. Ketika itu, Ainin masih tidak berkahwin lagi. “Haa, betul tu. Buat dia nak kahwin lain ke, tak ke kau terkontang-kanting seorang diri dengan anak-anak, kan susah” Suraya mencelah dan menambah secukup perisa menyokong statement Ainin.

“Eh, korang ni kenapa? Tau la dalam mood putus cinta pun, janganlah tak sayang mulut nak hasut orang, rosak rumah tangga orang, korang tanggung. Mulut berbisa badan binasa tau tak,” balas Alya cuba menenangkan keadaan “bertanduk” dan negative itu. Alya mengenali suami Sofea seorang yang boleh dipercayai. Orangnya pandai menjaga batas pergaulan dan menjaga pandangan. Ketika itu, Sofea datang ke hospital tempat Alya bekerja tetiba ternampak doctor Hisyam yang sedang merawat dan sembang mesra dengan kanak-kanak itu. Sofea jatuh cinta pada pandangan pertama. Kerana itu, dia lebih suka datang kerap kali ke hospital semata-mata untuk mencuri lihat dr Hisyam. Tidak semena-mena orang yang dijodohkan untuk Sofea adalah dr Hisyam, bahagia bukan kepalang Sofea di saat itu. Untung kau Sofea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience