BAB 8

Romance Completed 6274

Farisya berjalan masuk ke rumahnya dengan nafas yang tidak teratur. Dia benar-benar marah saat ini. Beberapa orang lelaki yang cuba menghalangnya dapat diselesaikan dengan mudah. Tiba-tiba dirinya dikepung oleh 3 orang suruhan bapanya.

“Jangan halang jalan aku.” Katanya tanpa sebarang emosi. Dia mahu bersemuka dengan abang dan ayahnya secepat mungkin.

Salah seorang dari mereka mendekati Farisya lalu memegang lengan Farisya. Sepantas kilat Farisya memulas lengan lelaki itu dan kemudian dia menendang lutut lelaki itu dari belakang. Datang lagi seorang lelaki bersama kayu namun Farisya pantas mengelak dan kakinya menendang belakang lelaki itu dengan kuat.

Sebaik mata Farisya terpandangkan kayu itu terlepas dari pegangan, Farisya segera mengambilnya. Menggunakan ilmu pertahanan diri yang ada padanya, Farisya berlawan dengan ketiga-tiga lelaki itu hingga akhirnya tinggal seorang sahaja yang masih bertahan. Tidak berfikir lama, Farisya menghayunkan kayu tersebut ke kepala lelaki itu hinggakan ada darah pekat yang mengalir.

“Aku dah cakap, jangan halang jalan aku!!” Jerit Farisya hinggakan bergema. Dia mara lagi ke hadapan, namun datang lagi sekumpulan lelaki yang menghalang jalannya. Kali ini, tujuh orang pula.

“Kalau korang berani, datang ke depan sini. Datanglah!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience