BAB 9

Romance Completed 6274

“Eh, dah datang anak Daddy..” kata Alex sebaik Farisya masuk ke dalam biliknya. Farisya mengesat darah yang mengalir di bibirnya. Alex melepaskan asap rokoknya dengan gaya santai sambil duduk bersahaja di atas sofa. Anak lelakinya, Faris setia berdiri di sisinya.

Mata Farisya tertancap pada seorang lelaki yang duduk di atas sofa juga, tepat-tepat bertentangan dengan Alex. Asywad..

“Lepaskan dia.. Kau tak payah nak ber-anak Daddy sangat dengan aku.. Geli aku dengar..” ujar Farisya tanpa ada rasa hormat kepada ayahnya sendiri.

Alex tergelak tiba-tiba, membuatkan Asywad bertambah tertanya-tanya dengan situasi yang sebenar. Apa yang dia pasti, dirinya telah tertipu dengan helah Faris dan Alex. Asywad memandang Farisya dari atas ke bawah. Syukurlah Farisya selamat walaupun ada sedikit kesan luka dan lebam.

Farisya sendiri terkejut apabila mendapat tahu yang Alex telah pulang ke Malaysia dan dia sedang bersemuka dengan Asywad. Kata Alex, dia cuma mahu melindungi Farisya. Farisya mara selangkah dan wajahnya sedikit kelat apabila terpandangkan sepucuk pistol terletak elok di atas meja kecil di sebelah Asywad. Mata Farisya beralih kepada ayahnya.

“Ouh.. Daddy suruh dia buat pilihan. Jangan risau.. Kali ni daddy tak suruh dia buat pilihan macam Zakwan dulu..”

“Hei! Ni mesti Faris yang pandai-pandai buat cerita, kan ? Berapa kali aku nak cakap, aku dengan dia tak ada apa-apalah!” Sehabis ayat Farisya, dua orang suruhan Alex masuk ke dalam sambil mengheret Luqman yang sudah lemah akibat teruk dibelasah. Luqman dilepaskan dengan kasar di hadapan Asywad.

“Luqman!” Serentak Asywad dan Farisya menyebut nama lelaki itu. Luqman terbatuk lemah. Badannya benar-benar hilang tenaga. Tidak sangka orang suruhan Alex dapat mengetahui keberadaannya lantas Luqman diberikan pengajaran.

“Bos! Kitorang jumpa dia kat belakang.. Dia ni kawan si budak ni!” kata salah seorang dari mereka seraya mengunjuk kepada Asywad. Asywad yang sudah mendapatkan Luqman dihimpit rasa bersalah. Kalaulah dia berkeras menghalang Luqman dari mengikutnya… Asywad memangku kepala Luqman.

“Kan aku dah cakap, jangan bawak orang lain.. Kau tengok apa jadi kat kawan kau ni?” Faris seolah-olah mengejek nasib Luqman.

Tiada langsung belas kasihan kepada lelaki yang sedang lemah itu. Farisya hanya mampu menundukkan wajahnya. Inilah realiti. Realiti hidup seorang Nur Farisya. Sesiapa yang mendekatinya pasti akan dikecam hebat oleh Alex dan Faris.

Alex bangun dari duduknya, berjalan ke arah Farisya dan kemudian mendekati Asywad pula.

“Kan aku dah suruh kau buat pilihan. Pistol ada depan mata kau je...” Sekali lagi Alex memberi Asywad peluang untuk memilih. Farisya yang mendengar terpinga sendiri.

“Apa semua ni? Pilih apa?! Kenapa dengan pistol tu?!” soal Farisya tidak sabar. Dilihatnya Asywad sedang memandang Luqman dengan rasa sayu. Alex berjalan mendekati Farisya semula lalu memegang kedua-dua bahu anaknya.

“Tak ada apa-apa.. Daddy cuma suruh dia pilih.. Kalau dia rasa dia mampu bawak Sya keluar dari hidup daddy, daddy suruh dia tembak daddy. Kalau tak, daddy suruh dia tembak Sya sendiri. Senang, kan? Sama ada bunuh daddy, atau bunuh Sya..” selamba Alex bersuara tanpa memikirkan perasaan anaknya. Itulah rundingan yang diberikan kepada Asywad tadi.

Jika benar Asywad cintakan Farisya dan mahu membawanya keluar dari hidup Alex, Asywad perlu menembak Alex. Jika tidak, Asywad perlu menembak Farisya dan selepas itu jangan pernah muncul lagi di hadapan mereka sekeluarga.

“What?! You are crazy, daddy!”

“Biadap!!” Sebuah tamparan kuat hinggap di pipi Farisya. Jelas ada kesan jari di wajah Farisya. Asywad mahu bangun mendapatkan Farisya tetapi terbantut apabila orang suruhan Alex mendekatinya.

“Siapa nama kau tadi? Asyiq? Asyad? Haa, Asywad.. Cepatlah, buat keputusan.. Samaada kau bunuh aku atau kau bunuh anak aku..” kata Alex sambil berjalan semula ke tempat duduknya. Dengan gaya bersahaja, Alex melabuhkan punggungnya sambil mengeluarkan sepuntung rokok. Faris cepat-cepat mengeluarkan lighternya.

Asywad membaringkan Luqman semula di atas lantai. Keputusan. Ya, dia dah buat keputusan. Apa sahaja risikonya selepas ini, Asywad akan tanggung. Tangan Asywad menjalar ke meja, lalu dia mengambil pistol tersebut.

Perlahan-lahan, pistol tersebut dihalakan ke arah Alex. Mata Farisya mencerlang, seakan tidak percaya dengan tindakan Asywad. Alex ketawa besar. Lelaki tua itu seakan tidak takut dengan Asywad.

Asywad berdiri dan berjalan perlahan-lahan untuk mendekati Alex tetapi langkahnya terhenti tiba-tiba. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang diacukan ke kepalanya. Asywad menoleh.

“Jangan kau berani nak tembak daddy aku.” Farisya memberi amaran keras kepada Asywad. Lelaki itu terdiam sejenak sebelum mengorak langkah lagi. Farisya mula melepaskan tembakan ke siling rumah. Langkah Asywad mati semerta. Farisya mengacu pistolnya ke kepala Asywad sekali lagi.

“Kau jangan nak tunjuk berani kat sini. Kau tak tahu siapa kitorang, Asywad. Kau tak tahu apa nasib yang akan kau lalui tak kisahlah kau tembak aku ataupun kau tembak daddy aku.. Kitorang anak-beranak. Kalau salah seorang dari kitorang mati kat tangan kau, orang suruhan daddy aku akan kejar kau sampai lubang cacing, sampai tujuh keturunan.. Itu ke yang kau nak?” ujar Farisya, membayangkan nasib buruk yang akan diterima Asywad.

Asywad yang masih mengacu pistol ke arah Alex hanya mendiamkan diri. Dia mahu dengar segala-galanya yang diluahkan Farisya.

“Waktu aku bagi amaran kat kau jangan kacau hidup aku, aku tak main-main. Alang-alang nyawa kau pun akan berakhir lepas ni, biarlah aku cerita kat kau, siapa aku sebenarnya..”

Untuk seketika, Asywad merasakan dia tidak mengenali Farisya. Mata Farisya seakan berapi, penuh dengan api kemarahan. Benarlah kata orang. Mata itu jendela hati.

“Nama aku Nur Farisya. Nur Farisya binti Ahmad Alex. Aku lahir kat Thailand, membesar di Indonesia. Bapak aku, Alex, mualaf yang masuk Islam semata-mata nak kahwin dengan mak aku, Fatimah. Dia meninggal lepas melahirkan aku.. Sejak aku kecik, aku dah terbiasa dengan urusan jual-beli dadah, senjata api dan bergaduh. Alex dah latih aku semua tu sejak kecik lagi sebab tu aku tahu macam mana nak berlawan.. Jadi kalau kau rasa kau akan menang dengan kitorang satu family, kau silap.

Kat Indonesia, aku belajar untuk berlawan lagi. Kadang-kadang aku sendiri yang teman bapak aku untuk seludup atau jual orang padahal waktu tu aku masih kecik lagi.. Pistol ni pun tak pernah lengang daripada aku. Setiap masa, aku selitkan pistol ni kat pinggang aku.. Kau mesti tak percaya, kan?” soal Farisya sinis apabila riak Asywad mulai berubah. Sungguh, siapa sangka gadis secantik Farisya punya latar belakang sehitam itu?

Farisya menyambung semula kata-katanya. Dia benar-benar berharap Asywad tahu siapa dirinya yang sebenar.

“Bila kitorang pindah ke Malaysia, cuma aku dengan Faris je yang tinggal kat sini. Alex sibuk, dia kena pergi Thailand dan Indonesia berulang-alik sebab uruskan bisnes kat sana.. Bila aku dah sambung belajar kat sini, belajar kat sekolah kau, aku kenal sorang lelaki. Nama dia Zakwan..”

Farisya terhenti seketika apabila dia terasa sebak. Zakwan.. Nama yang pernah mengisi ruang hatinya. Air mata mula bergenang namun Farisya cuba menahannya.

“Zakwan, dia tua tujuh tahun daripada kita. Aku couple dengan dia waktu kita form 3.. Orang yang kau nampak senyap waktu sekolah, sebenarnya dia seorang yang sangat ceria waktu dia ada dengan Zakwan. Farisya yang kau kenal sekarang, berbeza dengan Farisya waktu Zakwan masih hidup..”

“Habis tu.. Ma.. Mana Zakwan sekarang?” Asywad memberanikan dirinya untuk bersuara. Farisya diam, mengumpul kekuatannya untuk memberi jawapan. Tidak diduga, air matanya mengalir. Hati Asywad tersentuh.

“Zakwan.. Dia dah meninggal.. Alex dengan Faris yang bunuh dia..” Air mata Farisya menitis perlahan-lahan.

Farisya mengesat air mata itu lalu mengangkat wajahnya, matanya bertentang dengan mata Asywad. Farisya tahu, Asywad terkejut dengan kata-kata Farisya tetapi itulah kenyataannya. Sedangkan Farisya sendiri hidup beberapa tahun dengan kenyataan pahit itu.

“Waktu tu kitorang keluar dating kat tasik.. Tiba-tiba daddy datang dengan Faris, diorang terus acukan pistol kat kepala Zakwan.. Zakwan kena tembak, satu kat dada, satu kat kepala.. Depan mata aku sendiri..” Sekali lagi jemari Farisya mengesat air matanya sendiri.

Tubuh Asywad terasa lemah tiba-tiba. Farisya menyambung lagi, “Sebelum Zakwan mati, Zakwan pesan kat aku.. Dia tak pernah menyesal dan dia cintakan aku sampai bila-bila.. Dia cuma harap aku dapat cari pengganti dia.. Yang boleh keluarkan aku daripada keluarga ni..”

Faris menghampiri adiknya lalu menepuk bahu Farisya.

“Sudahlah tu.. Korang ni nak buat babak sedih pulak.. Weh, memang salah Zakwan, kan? Kitorang dah suruh korang putus, korang tak nak.. Terima je la nasib.. Siapa suruh lawan cakap kitorang..” Farisya menepis tangan Faris. Wajah abangnya itu dipandang dengan rasa benci.

“Sebab tu.. Sebab tu kau tak bagi aku dengan Luqman dekat dengan kau? Sebab kau tak nak kitorang terima nasib yang sama macam Zakwan?” Asywad meluahkan kesimpulan yang dibuatnya sendiri selepas mendengar kisah Farisya. Lambat-lambat Farisya mengangguk. Sekali lagi matanya tertancap pada Luqman.

“Sekarang ni, kau tengok sendiri nasib Luqman.. Dahlah.. Kau pergi je.. Tak payah buat apa-apa keputusan..” Farisya menyuruh Asywad pergi, menyelamatkan dirinya sendiri namun dihalang Alex.

“Farisya! Daddy tak suruh kau buat keputusan!”

“Do I care, daddy? You’ve never listened to me, not even once so why do you expect me to listen to you?!”

Berang dengan kata-kata Farisya yang berani menengkingnya, Alex merampas pistol daripada orang suruhannya lalu diacukan ke kepala Asywad.

“If you dare to make decision, I will shoot him.” Alex mengugut Farisya dengan harapan Farisya akan berhenti daripada masuk campur dalam urusan antara dia dan Asywad. Namun lain pula yang terjadi apabila pistol yang dipegang Farisya diacukan ke kepalanya sendiri.

“And if you dare to shoot him, I will shoot myself. Lagipun dah tak ada gunanya aku nak hidup dalam dunia ni.. Dengan darah haram yang mengalir dalam badan ni..”

Pistol yang ada di tangan, Asywad kemaskan lagi pegangannya sambil diacukan ke Alex. Dia menghadap Alex yang masih mengacukan pistol kepada dirinya manakala Farisya pula mengacukan pistol ke kepalanya sendiri.

“Cukuplah kau dah buat hidup Farisya terseksa.. Jangan sakitkan hati dia lagi..” Apa jua yang hendak Asywad katakan mati begitu sahaja apabila siren polis kedengaran. Orang suruhan Alex semuanya sudah gabrah, mereka berlari semerta. Hanya Farisya, Asywad, Faris dan Alex sahaja yang masih di situ.

“Kau berani call polis?” soal Alex yang merasakan dirinya tercabar. Asywad menjawab dengan gelengan.

“Tak.. Bukan aku yang call.. Mungkin Luqman yang call..”

“Jangan bergerak!” Kedengaran suara seorang polis memberi arahan. Alex memandang sekelilingnya. Kemarahannya memuncak, lantas tanpa berfikir panjang dia melepaskan tembakan ke dada Asywad.

“Asywaddddd!” jerit Farisya.

Dia segera mendapatkan Asywad yang sudah terbaring. Telinga Farisya dapat menangkap bunyi orang berbalas tembakan. Dia mengangkat wajahnya, tahu-tahu Alex juga sudah terkulai layu. Jelas ada darah pekat yang mengalir dari badannya. Faris yang melihat jadi hilang akal.

Fikirannya hanya tertumpu kepada Farisya sahaja. Tangannya diangkat, jarinya menarik picu dan sekelip mata, Farisya turut rebah. Telinganya menangkap bunyi tembakan sekali lagi.

“Fa.. Farisya..” Asywad menyeru nama Farisya apabila gadis itu terbaring di hadapannya. Darah mengalir dari bahu Farisya. Dengan sepenuh tenaga yang ada, Farisya cuba menggapai jemari Asywad lalu menggenggamnya.

“Aku.. Minta.. Ma.. Af..” sesekali Farisya mengetap bibirnya menahan sakit.

Farisya memejamkan matanya perlahan-lahan, apabila dia melihat mata Asywad sudah tertutup dan tubuh lelaki itu terdiam kaku. Ada air mata yang mengalir keluar dari mata Farisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience