BAB 1

Romance Completed 6274

‘’Ha itu pun makwe yang aku cari!’’

“Oittt Farisya! Farisya!” serta merta langkahnya terhenti.

Ditolehnya ke belakang, kiri dan kanan mencari arah punca suara yang memanggil namanya. Namun zero, tiada satu kelibat kelihatan. Dia meneruskan perjalannya semula. Sempat dilirik jam tangan Swarovski pemberian ibunya, jam menunjukkan tepat jam 2.30 petang. Apalagi, dia mula gelabah kerana dia perlu pulang segera. Langkahnya yang sedikit ayu bak geisha kini bertukar seperti peserta acara marathon, laju dan energetic.

Tiba-tiba seorang lelaki berdiri tepat di hadapannya, lantas membuatkan Farisya terkejut. Dia mengurut dadanya dan menghela nafas, tanda menyuruh dirinya bersabar. Farisya mengangkat wajah, mahu melihat gerangan siapakah yang telah menghalang jalannya.

“Hai, Farisya.. Dah nak balik, ke?” sapa Luqman sambil menyengih bagaikan kerang busuk. Farisya menghela nafas sekali lagi. Luqman lagi! “Jangan halang jalan aku, boleh tak?” soal Farisya kasar. Luqman menyengih lagi.

“Aku temankan kau balik, jom?” Lelaki itu menawarkan dirinya meski dia tahu Farisya tetap akan menolak. Sudah tiga bulan dia mengejar Nur Farisya. Kali pertama dia melihat Farisya, gadis itu sedang membelai seekor anak kucing. Sejak saat itu, dia jatuh kasih. Entah kenapa, ada sesuatu tentang Farisya yang membuatkan dia mahu mengenali gadis itu.

“Luqman, aku malas nak cakap banyak.. Jadi, aku rasa lebih baik kalau kau berambus sekarang sebelum aku buat apa-apa kat kau..” Rimas. Itulah perasaan Farisya. Luqman tidak pernah berhenti mengganggu hidupnya. Persetankan semua itu, tetapi bukan sekarang. Dia perlu segera pulang, sebelum seseorang datang menjemputnya terlebih dahulu.

Luqman yang mendengar mahu tergelak tetapi dia menahan tawanya itu. Bimbang juga kalau Farisya berkecil hati dengannya. Makin susahlah untuk dia tawan hati Nur Farisya yang sememangnya sekeras batu itu.

“Farisya..” Luqman cuba menggapai jemari Farisya namun gadis itu bertindak pantas dengan menarik lengan Luqman hingga dia terdorong ke depan. Tidak cukup dengan itu, Farisya menyiku perut Luqman dengan kuat pula. Terjerit lelaki itu menahan sakit. Nafas Farina sudah naik turun, tanda api kemarahanya sudah membuak.

“Ouch!”

“Aku dah bagi warning kat kau tadi, kan? Lepas ni, jangan kacau aku lagi! Aku boleh buat lebih teruk daripada ni!” Sempat Farisya memberikan amaran sekali lagi kepada Luqman. Farisya terus melangkah pergi, tidak mempedulikan Luqman ataupun mata-mata yang memandangnya. Tidak perlu diduga, pasti mereka sendiri terkejut dengan tingkah Farisya.

‘Pedulikanlah! Masalah aku lebih penting daripada diorang!’

Rakan-rakan Luqman yang sedari tadi memerhatikan adegan Luqman dan Farisya segera mendekatinya. Bimbang juga apabila melihatkan Luqman asyik mengaduh kesakitan.

“Kau okay tak ni?” tegur Asywad. Luqman menggeleng berkali-kali. Rahimi dan Saiful membantu memapah Luqman ke dalam kolej, hanya Asywad yang tinggal di situ. Bukannya dia tidak pedulikan Luqman, tetapi dia geram dengan sikap Farisya. Kalau iyapun dia tidak sukakan Luqman, janganlah bersikap sebegitu. Asywad mengatur langkah ke luar pagar, cuba mengekori Farisya.

“Apa ajelah si Luqman tengok kat kau, ek?” Sempat Asywad mengutuk Farisya selepas dia memerhati gadis itu. Tubuh Farisya tinggi lampai, kulitnya sawo matang dan ada bekas-bekas jerawat di wajahnya tetapi tidaklah begitu ketara.

Farisya yang tidak sedar dirinya diekori Asywad, jalan menonong sahaja. Dia mahu cepat sampai ke rumah. Kenapalah teksi tak ada waktu ni? Menyusahkan hidup aku je! Marah Farisya di dalam hati. Tiba-tiba sebuah kereta berwarna hitam dan bercermin gelap berhenti di hadapannya. Riak Farisya berubah. Dirinya diserbu seribu satu rasa.

Tingkap depan diturunkan oleh sang pemandu. “Masuk!” Ringkas tetapi tegas. Itulah arahan abangnya, Faris. Farisya mengetap bibirnya. Hell! Dia menyumpah seranah di dalam hati sahaja. Mahu mengeluarkan kata-kata kesat tersebut, mahu pecah bibirnya waktu itu juga. Farisya yang tadinya berani mati kini berubah menjadi seperti anak tikus. Dia masuk ke dalam kereta, dengan hanya satu perkataan sahaja. Sekelip mata, kereta yang dipandu Faris hilang dari pandangan Asywad.

Berjuta soalan menerjah ke fikiran Asywad. “Kenapa Farisya macam takut-takut je tadi? Kalau dia memang tunggu kereta, kenapa dia tak tunggu kat depan kolej je, macam students yang lain?” Telefon bimbit Asywad yang berbunyi nyaring menghilangkan ingatannya kepada Farisya. Tertera nama Rahimi di skrin telefon.

“Hello? Okay, aku masuk sekarang! Kau tolong beritahu kat lecturer yang aku lambat lima minit. Bye!” BlackBerry Torch miliknya dimasukkan semula ke dalam poket seluar. Dia berlari dengan tahap paling maksima untuk berpatah balik ke kolej. Rahimi baru sahaja memaklumkan kepadanya yang pensyarah mereka sudah masuk ke kelas.

‘Ini semua gara-gara Farisya!’ Tidak semena-mena, Farisya pula yang dipersalahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience