BAB 3

Romance Completed 6274

“Lepaslah!” Farisya meronta lagi, minta dilepaskan. Asywad pekakkan sahaja telinganya. Kalaulah telinganya boleh bernanah akibat mendengar terlalu banyak kata-kata kotor, rasanya sudah bernanah sejak tadi lagi, mendengarkan makian Farisya yang tidak henti-henti.

Farisya mengetap giginya. Tahap kesabarannya sudah mencecah ke tahap maksima. Dia menepis tangan Asywad dan kemudian, tangan lelaki itu dipulas kuat. Jika tadi Farisya yang terjerit minta dilepaskan, sekarang giliran Asywad pula.

“Hei, lepaslah!” Serentak dengan itu, Farisya melepaskan tangan Asywad. Lelaki itu memegang lengannya yang nyata memerah. Tak sangka tenaga Farisya sekuat itu. Patutlah Luqman mengerang kesakitan sewaktu Farisya menyiku perutnya. Asywad mula membayangkan yang bukan-bukan. Kalau siku Farisya je dah sekuat tu, penumbuk dia pulak macam mana? Ishh, menyesal aku tarik minah ni!

“Kau nak apa? Dah hilang akal? Tarik anak orang tiba-tiba?” Seperti biasa, kasar soalan yang diajukan Farisya. Dia tidak punya masa untuk berlembut dengan sesiapa. Alang dirinya sendiri tidak pernah dibelai dengan lembut dalam keluarganya sendiri.

“Hisy, sejak bila kau jadi kasar macam ni ha? Dulu tak pernah macam ni pun!” kata Asywad, memutarkan kembali memori zaman persekolahan mereka. Seingatnya, Farisya memang pendiam tetapi tidaklah seganas sekarang ini.

Farisya mencebik. Itu zaman dulu, tak payahlah nak cerita sekarang.. Jawabnya geram di dalam hati. Malas mahu menjawab, Farisya mula mengatur langkahnya. Asywad yang teringatkan niatnya untuk menegur Farisya, segera menahan gadis itu. Kali ini dengan lebih berhati-hati. Andai Farisya membuka langkahnya, dia juga bersedia untuk membuka silat ataupun taekwondonya. Mana-mana pun boleh.

“Kau nak apa lagi? Eh, cukuplah kawan kau kacau aku..” Tergantung kata-kata Farisya apabila Asywad mencelah. “Aku nak cakap dengan kau ni, disebabkan Luqman la! Kenapa kau tolak dia sampai macam tu sekali?”

“Aku ada hak aku.”

“Dan dia ada hak dia untuk sukakan kau! Kalau iyapun kau tak nak dengan dia, tolaklah elok-elok! Tak payah nak tengking dia tanpa sebab.. Aku kawan dia, aku yang tak sampai hati tengok kau buat dia sampai macam tu sekali..”

Nada Asywad berubah menjadi sedikit keras, sesuai untuk menyampaikan rasa tidak puas hatinya kepada Farisya. Gadis itu mengeluh. Tanpa mengetahui apa-apa, Asywad hanya tahu menyalahkan dirinya sahaja.

“Kau tengking dia, kau siku perut dia.. Hisy, kau tak rasa ke kau ni kejam? Aku tahulah dari dulu lagi kau ni memang pendiam, tak banyak bergaul, tapi takkanlah sampai macam tu sekali.. Kenapa? Tak pernah ada lelaki yang gilakan kau sampai macam tu sekali, eh?”

Asywad mengangkat keningnya berkali-kali, sengaja mahu menduga Farisya. Namun, ternyata Asywad tersalah mengatur bicara. Sekali lagi, Farisya naik angin.

“Jangan nak menyibuk hal aku, boleh tak?” Farisya cuba mengawal nada suaranya. Dia sendiri bimbang dengan tahap baran dirinya sendiri yang semakin lama sukar dikawal. Asywad menelan liurnya semerta. Melihatkan mata Farisya yang membulat, Asywad sendiri jadi kecut perut.

Telefon bimbit Farisya dan Asywad berbunyi serentak. Asywad menjauhkan dirinya sedikit, memberi sedikit privasi kepada Farisya. Farisya menunggu Asywad menjawab panggilan telefonnya terlebih dahulu, kemudian barulah dia menjawab panggilan Faris.

“Ada apa? Haa?! Kau kat mana ni?” Mata Farisya melingas, mencari dimanakah Faris bersembunyi.

Terkejut bukan kepalang dia apabila Faris menyuruhnya menjauhkan diri daripada Asywad. Asywad yang sebenarnya sudah memutuskan panggilan berpura-pura masih berbual di telefonnya. Dia diserbu rasa hairan melihatkan Farisya yang menjadi cacing kepanasan tiba-tiba. Telinganya dapat menangkap kata-kata Farisya.

“Just leave him alone, will you? I said, just leave!!” Farisya menjerit di telefonnya lalu mencampak telefon bimbitnya ke lantai. Pecah dua telefon bimbitnya.

“Kau okay tak ni?” soal Asywad prihatin. Bimbang juga jika ‘gadis angin’ ini dilanda puting beliung pula.

Farisya merenung Asywad tajam. Dia mendekatkan dirinya dengan Asywad dan memegang wajah Asywad supaya memandang tepat kepadanya. Yang sebenarnya, Farisya mahu mengelakkan Faris daripada melihat wajah Asywad. Farisya tahu, Faris berada di belakang sebuah pokok yang dibelakangkan Asywad.

Sesaat, dua saat.. Asywad terasa jantungnya berdetak hebat. Pertama kali berdepan dengan wajah Farisya sebegitu dekat, membuatkan perasaan yang sudah lama disembunyikan kembali menyerang. Tidak berkedip matanya memandang Farisya. Jarak wajah mereka berdua hanya seinci sahaja.

“Bila aku kira sampai tiga, kau ikut aku lari. Tapi, jangan toleh belakang. Jangan.” Kata Farisya tanpa sebarang senyuman. Di fikirannya hanya satu. Dia mahu selamatkan Asywad. Farisya tidak tahu apa yang merasuk Faris sampaikan dia mengekori Farisya sebegitu sekali.

“Satu..”

“Err, aku.. Ke.. Kenapa..”

“Dua..” Farisya terus menghitung tanpa mempedulikan keinginan Asywad untuk bertanya. Tangan kanan Farisya sudah menggenggam jemari Asywad. Bertambah tidak keruan Asywad tika itu.

“Tiga!” Serentak dengan itu, mereka berdua berlari. Asywad sendiri terkejut dengan refleksinya. Tiba-tiba sahaja kakinya sudah mengikut Farisya berlari.

Sementara fikiran Farisya hanya fokus untuk menyelamatkan Asywad, lelaki itu pula sudah tersenyum sendiri. Sepanjang langkahnya berlari, matanya tidak pernah berhenti memandang Farisya. Matanya melirik pada genggaman Farisya pula. Asywad tersengih lagi. Terasa bahagia pula saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience