BAB 4

Romance Completed 6274

Asywad merenung siling biliknya yang berwarna putih. Tidak semena-mena muncul bayangan Farisya. Asywad tersengih sendiri. Gila! Kau memang dah gila, Asywad!

Bantal peluk yang ada dia peluk dengan seeratnya. Dia teringatkan peristiwa siang tadi. Meski dirinya terasa penat kerana perlu berlari tanpa sebab, Asywad tetap gembira. Gembira kerana akhirnya dia dapat mencipta memori bersama orang yang disukai. Asywad bangkit dan mendekati rak bukunya. Sebuah buku diambil dan gambar seorang gadis sedang memakai baju sekolah yang terselit di dalamnya ditarik keluar.

“Nur Farisya..” Asywad menyeru nama Farisya berbekalkan senyuman di bibir. Sudah lama dia menyukai Farisya, sejak zaman sekolah menengah lagi. Entah mengapa, sikap Farisya yang tidak banyak bergaul membuatkan dia tertarik. Mereka berdua sebaya dan pernah sekelas sewaktu di tingkatan 3 dan 4.

Tidak pernah sekalipun Asywad menyuarakan perasaannya kepada sesiapa. Apabila Asywad terserempak dengan Farisya di kolej, dia gembira. Ternyata Allah memberinya peluang untuk berjumpa Farisya sekali lagi.

Setelah mengetahui Luqman juga sukakan Farisya, Asywad cuba memadam rasa itu. Tetapi, peristiwa tadi membuatkan Asywad sedar, dia tidak mungkin dapat memadam Farisya dari ingatannya. Tidak kiralah sekasar mana pun Farisya, Asywad pasti, ada rahsia yang tersimpan di sebalik sikapnya.

Cinta. Itulah yang dia rasakan kini. Sepasang mata Farisya benar-benar membuatkannya separuh nanar!

*****

Farisya pulang ke rumah lalu menghempas begnya ke lantai. Pengawal di pagar juga tidak berani menyapanya tadi. Beberapa orang suruhan bapanya langsung tidak digeruninya. Farisya mendekati Faris yang sedang duduk sambil menyilangkan kakinya.

“Kau buat apa tadi kat kolej aku?” Kasar dia menegur abangnya. Faris tidak menoleh, dia sudah dapat mengagak Farisya akan melampiaskan kemarahannya. “Saja. Aku cuma nak pastikan yang tak ada orang berani apa-apakan kau..”

“Go to hell lah dengan sikap caring kau tu!” Laju sahaja mulut Farisya memaki abangnya sendiri. Bersama Faris, dia sudah terbiasa dengan cacian. Farisya dibesarkan dalam keluarga yang memang kekurangan kasih sayang. Masing-masing dengan hal sendiri. Lantaran itulah Farisya naik angin apabila Faris berani mengekorinya.

Faris berdiri, geram dengan kelantangan adiknya. “Kau dengan dia ada apa-apa ke?” soal Faris ingin tahu. Padanya, Farisya tidak akan marah-marah sebegini jika dia tiada hubungan dengan lelaki yang dilihatnya tadi. Nafas dihela sepanjang mungkin.

“Aku dengan dia tak ada apa-apa. Tak akan pernah ada apa-apa. Faham?” Farisya menunduk, mengambil semula begnya. Tujuannya hanya satu. Bilik tidurnya.

Sebaik tiba di tangga, Farisya berpampasan dengan beberapa orang suruhan abangnya pula. Mereka menunduk sedikit sebagai tanda hormat kepada adik tuannya. Hanya jelingan yang dibalas Farisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience