BAB 12

Romance Completed 6274

“Zaleha.. Ini anak aku, Asywad..” Aisyah memperkenalkan anak lelakinya kepada rakannya, Zaleha. Asywad bersalaman dengan Zaleha sebagai tanda hormat. Matanya terpandangkan seorang gadis yang berpurdah yang duduk di sebelah Zaleha. Saat matanya dan mata gadis itu bersatu, Asywad merasakan sesuatu yang lain.

“Handsome anak kau, Syah.. Eh, lagi sekali aku mintak maaf sangat-sangat sebab husband aku tak dapat datang.. Dia busy sangatlah..”

“Eh, tak apalah.. Korang sudi datang sini, makan malam kat sini pun dah kira satu nikmat dah..” Kata Aisyah disambut dengan tawa dari Zaleha. Bahagia benar kedua-duanya, tambahan pula hasrat hati mereka seakan dapat dicapai.

Zaleha menarik tangan anaknya lalu digenggam dengan kemas.

“Asywad.. Ini anak makcik.. Panggil dia Nur.. Nur.. Ini Asywad..” Zaleha memperkenalkan anaknya kepada Asywad pula. Nur menundukkan wajahnya, seraya mengucapkan salam kepada Asywad. Salam Nur hanya dijawab di dalam hati.

“Hm.. Terasa macam tak elok pulak kan, sebab perempuan yang datang ke rumah lelaki untuk berkenal-kenalan? Sepatutnya kitorang yang pergi ke rumah kau..” Aisyah pula memohon kemaafan kerana dirinya sendiri terasa bersalah. Sepatutnya mereka yang pergi ke rumah Zaleha, bukannya Zaleha yang datang ke rumahnya. Terasa tidak manis pula..

“Tak apalah.. Kitorang tak kisah pun..”

“Oh ye.. Leha.. Aku ada benda nak tunjuk kat kau.. Jomlah kita naik atas kejap..” Bagai memahami, Zaleha bingkas bangun. Aisyah sudah berdiri di tangga, tak sabar mahu memberikan masa kepada Asywad dan Nur untuk mengenali hati budi masing-masing. Dalam sekelip mata, kelibat mereka berdua sudah hilang.

Asywad dan Nur yang tinggal berdua terasa suasana janggal di antara mereka. Nur membetulkan purdahnya sementara Asywad hanya memerhatinya dengan perasaan yang kosong. Menyedari dirinya diperhatikan, Nur jadi kekok pula.

“Hmm.. Awak.. Awak setuju ke dengan pertemuan ni? Dengan niat ibu bapa kita untuk satukan kita berdua?” Nur bersuara bagi memecahkan keheningan. Asywad diam, berfikir mencari jawapan yang sesuai untuk Nur.

“Saya.. Saya hanya ikutkan kehendak ibu saya.. Kalau jodoh saya dengan awak, saya terima je..”

“Tapi saya rasa hati awak tak boleh terima saya..”

Asywad terdiam lagi. Tebakan Nur benar. Mana mungkin hatinya dapat menerima Nur kalau hatinya sudah dibawa pergi dengan pemergian Farisya. Suara Nur mungkin sama dengan suara Farisya, tetapi Nur bukan Farisya.

“Sebenarnya saya bukannya anak Umi..” Semerta wajah Asywad terangkat mendengarkan kata-kata Nur. “Saya cuma anak angkat Umi.. Saya tersesat, jauh dari Islam.. Jadi saya bawa diri untuk pergi ke Mesir. Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan Umi. Dia terima saya sebagai anak angkat dia dan sekarang ni hidup saya seakan disinari cahaya daripada-Nya..”

“Dah berapa lama awak jadi anak angkat Umi?”

“Lebih kurang empat tahun..” jawab Nur jujur. Asywad teringatkan sesuatu. Mulutnya rajin untuk bertanya tiba-tiba. Asywad terasa seperti ada tarikan pada diri Nur.

“Kenapa awak pergi ke Mesir? Kenapa tak kat Malaysia je? Kat Malaysia pun..”

“Sebab saya perlu buktikan diri saya pada seseorang..” Lidah Asywad jadi kelu mendengarkan jawapan Nur. Dia meraup wajahnya.

“Awak.. Awak nak buktikan apa?” soal Asywad dengan separuh hati. Separuh daripada hatinya sudah meletakkan harapan yang tinggi kepada Nur manakala separuh lagi daripada hatinya masih terasa ragu-ragu. Bimbang kalau dia akan kecewa sekali lagi.

“Saya nak buktikan yang saya layak untuk seseorang.. Saya dah serahkan segala-galanya pada takdir dan nampaknya, takdir dah tunjukkan jalannya kepada saya..” Lembut sahaja kata-kata Nur menyusup ke dalam hati lelakinya. Asywad merenung anak mata Nur dan saat itu dia mulai yakin tentang sesuatu. Asywad berjalan mendekati Nur lalu dia duduk di sebelah Nur.

“Awak.. Pandang saya..” kata Asywad lembut. Nur akur, dia duduk berhadap dengan Asywad. Tangan Asywad sudah bergerak, mahu menyentuh wajah Nur.

“Izinkan saya..” Asywad meminta keizinan dan dijawab dengan anggukan daripada Nur.

Perlahan-lahan, Asywad membuka purdah yang menutup separuh wajah Nur. Selepas purdahnya dibuka, Nur mengangkat wajahnya. Sekali lagi pandangan mereka berdua bersatu. Saat itu juga, Aisyah dan Zaleha sudah turun ke bawah.

Nur mengulum senyumnya, sementara air mata lelaki Asywad sudah bergenang. Aisyah yang seakan tidak percaya dengan matanya berjalan merapati Nur.

“Allahuakbar!” Hanya itu yang terungkap dari bibirnya sewaktu matanya menjamah wajah Nur. Tubuh Nur segera ditarik ke dalam pelukannya sementara Zaleha sudah melemparkan senyuman kepada Nur. Alhamdulillah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience