BAB 10

Romance Completed 6274

‘Asywad..

Aku mintak maaf untuk semua yang terjadi.. Sungguh, aku tak berniat nak babitkan kau dalam hal ni.. Tentang perasaan kau tu.. Aku mintak maaf jugak. Rasanya aku tak layak untuk kau.

Kita tak tahu apa yang takdir tentukan untuk hidup ni, tapi andai kita ditakdirkan untuk bertemu lagi, aku akan tunggu masa tu J’

Asywad memegang nota yang dititipkan Farisya. Dia menghela nafasnya, mengumpul kekuatan. Tiga bulan dia bertarung dengan nyawanya sendiri, berharap bila matanya terbuka kelak, akan ada wajah Farisya yang memenuhi ruangan matanya.

“Nasib baik peluru tu tak kena jantung kau.. Nyaris-nyaris je nak kena.. Sampaikan kau koma lama.. Oh ya, Faris dah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.. Baru pagi tadi mahkamah buat keputusan..” Luqman menyampaikan berita tentang Faris kepada Asywad.

Kes Faris mendapat liputan hangat di seluruh negara atas pelbagai kesalahan jenayah yang dilakukannya. Pagi tadi, Faris disahkan akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati, setimpal dengan kesalahannya. Alex? Lelaki itu mati di tempat kejadian, selepas berbalas tembakan dengan pihak polis.

Asywad tidak mempedulikan Luqman. Sudah tiga bulan dia sedar dari komanya namun bayang Farisya masih lagi tidak kelihatan. Hanya nota yang ditinggalkan menjadi teman setia.

“Kau masih harapkan Farisya datang?” Senyap. Tiada jawapan yang diterima Luqman. Hati Luqman merasa seolah-olah dia sedang kehilangan rakan karibnya. Asywad bukan lagi Asywad yang dulu. Luqman berdiri dan berjalan mendekati tingkap.

“Farisya pergi sebab dia perlukan waktu.. Sebab dia nak perbaiki diri dia sendiri.. Aku rasa, dia perlukan masa..” Luqman sengaja membiarkan kata-katanya tergantung untuk menarik perhatian Asywad dan ternyata cubaannya berjaya. Asywad berpaling, memandangnya dan menanti kata-kata Luqman yang seterusnya.

“Untuk dia buktikan yang dia layak untuk berdampingan dengan kau..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience