BAB 5

Romance Completed 6274

Asywad meminta diri dari kumpulannya sebaik matanya perasankan Farisya. Sudah dua hari dia tidak bertemu Farisya, hatinya jadi kacau. Nasib baik Luqman dan yang lain-lain tidak banyak cakap, mereka hanya melepaskan Asywad sewaktu Asywad memberi alasan mahu ke tandas. Asywad berlari ke kafe. Rasanya Farisya ada di sana.

“Farisya!” Sebaik Asywad berada bertentangan dengan Farisya, gadis itu menjengah sedikit ke belakang. Seolah-olah sedang mencari seseorang. Asywad tergelak.

“Kau cari Luqman ke? Dia tak adalah..” kata Asywad dengan tawanya. Farisya mencebik, geram bagaimana Asywad boleh mengerti perasaannya. Dia memandang Asywad dengan rasa aneh. Kalau Luqman tiada, kenapa pula Asywad mahu menegurnya? Dulu tak pernah pun..

“Aku tahulah aku handsome, tapi kau pandang aku macam nak telan tu kenapa?” tanya Asywad. Farisya tidak pula mengalihkan perhatiannya, dia masih merenung Asywad. “Kalau Luqman tak ada, kau buat apa kat sini? Dulu tak pernah tegur aku pun waktu kat sekolah..” Jelas ada nada curiga di situ.

“Saja.. Kenapa? Tak boleh? Ataupun kau memang berharap sangat Luqman yang tegur kau?” Tiba-tiba Asywad diserang rasa cemburu. Mungkinkah Farisya sebenarnya sukakan Luqman? Dan selama ini dia sekadar bermain tarik tali? Pandangan Asywad terarah pada Farisya, dia mahukan penjelasan. Berkerut dahi Farisya apabila dia dapat menangkap nada Asywad yang sedikit keras. Apa masalah mamat ni sebenarnya?

Farisya berpaling, mahu cepat pulang. Dia tidak mahu Faris menjemputnya lagi. Yang paling penting, dia tidak mahu Faris tahu dia sedang bersama Asywad. Abangnya itu bukan boleh diduga! Tahu-tahu sahaja dia ada di situ.. Kalau tidak pun, orang suruhannya yang akan mengintip pergerakan Farisya.

“Farisya..” Lembut pula Asywad memanggil Farisya. Tangannya menggenggam jemari Farisya. Dia tidak mahu Farisya pergi darinya. Farisya tidak jadi melangkah. Panggilan Asywad yang lembut itu yang mematikan langkahnya. “Farisya..” Sekali lagi Asywad menyeru nama Farisya dengan lembut. Air mata Farisya bertakung. Dia jadi sebak pula. Panggilan Asywad mengingatkan dia kepada seseorang. Seseorang yang pernah memanggilnya selembut itu.

“Lepaskan aku..” pinta Farisya. Hilang keganasannya apabila kenangan lalu merajai diri. Asywad menggeleng perlahan. Dia tidak akan lepaskan tangan Farisya kali ini. Asywad menarik Farisya ke luar kolej dan seterusnya ke kereta miliknya. Pintu di tempat sebelah pemandu dibuka dan Asywad menolak Farisya masuk ke dalam.

“Lepaskan aku, Asywad!” Asywad tidak mempedulikannya dan apabila Farisya cuba untuk keluar dari kereta, Asywad menghalangnya. Mata mereka bersatu, menyedarkan Asywad adanya rasa sedih yang disimpan Farisya.

“Masuk je.. Okay?” rayu Asywad penuh mengharap. Sekali lagi Farisya terkedu. Asywad menolaknya perlahan ke dalam kereta lalu menutup pintu kereta. Asywad masuk ke tempat duduk pemandu. Sebelum dia memandu, dia memandang Farisya sekilas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience