BAB 2

Romance Completed 6274

“Hai, sorang je ke?” Sekali lagi Farisya disapa oleh suara yang sama. Tangannya yang dari tadi lincah menulis, terhenti. Sekejapan sahaja Luqman sudah duduk di hadapannya. Di belakang Luqman, ada tiga lagi rakannya yang Farisya tidak kenal sama sekali, kecuali seorang. Farisya mengeluh. Mamat ni tak serik-serik lagi ke?

Sudah dua minggu berlalu sejak peristiwa tempoh hari dan ternyata, Luqman memang tidak pernah mahu mengalah.

“Kau nampak ada sejuta orang ke kat sini?” sinis Farisya, sebelum menyambung semula notanya yang tergendala.

“Kalau macam tu, biarlah aku temankan kau.. Kau tak ada kelas sampai pukul 5 petang nanti, kan? Biar aku yang teman.. Okay?” Membulat mata Asywad tika itu. Gilalah Luqman ni! Nampak sangat dia terlalu gilakan Farisya, sampaikan jadual Farisya pun dia hafal!

“Kau ni memang stalker, kan? Tak payah temankan bagai, aku boleh hidup sendiri..” Jawab Farisya dengan nada yang angkuh. Mati akal Luqman mahu menjawab sementara Asywad pula membesarkan matanya. Kebetulan Farina mengangkat wajahnya dan memandang Asywad, pandangan mereka bersatu. Hanya untuk tiga saat sahaja, selepas itu Farisya yang melarikan pandangannya.

“Farisya.. Malam ni kita tengok wayang sama-sama, nak tak?” Luqman tidak mahu berputus asa. Selagi boleh, dia akan berusaha untuk memujuk Farisya, hinggakan gadis itu akan setuju untuk keluar dengannya. Mendengarkan ajakan Luqman, Farisya naik berang. Dia berdiri semerta dan tangannya mengumpulkan semua buku yang ada dengan kasar.

“Boleh tak, untuk sekali, untuk sesaat je dalam hidup aku, kau bagi aku ketenangan? Boleh?”

“Tapi, aku..”

“Kau ni memang tak faham bahasa ke?! Jangan kacau hidup aku lagi! Faham tak?!” Berang juga Farisya apabila Luqman bersikap kepala batu dengannya.

Sudahlah anginnya tidak baik hari ini kerana bergaduh dengan Faris, sekarang Luqman pula yang mengganggu hidupnya. Rahimi dan Saiful terkedu. Luqman masih lagi tenang, manakala Asywad pula yang mula naik angin.

Sewaktu Farisya mahu melangkah pergi, Asywad merentap tangan Farisya dan menarik gadis itu pergi. Terpinga-pinga Luqman, Rahimi dan Saiful. Baru sahaja Luqman mahu mengejar mereka, Rahimi dan Saiful menahannya terlebih dahulu.

“Weh, macam mana kau boleh sangkut dengan minah macam tu ha? Dahlah dia tu sombong, berlagak.. Eh, kat kolej ni, tak ada seorang pun yang nak kawan dengan dia, tau!” tempelak Rahimi tanpa menunggu lama. Saiful yang mendengar pula menambah.

“Dahlah tu, bahasa kasar sampai macam tu sekali. Hei, Luqman! Kau tak payahlah gilakan minah tu, ramai lagi perempuan lain yang nak dengan kau tahu tak? Hisy, memang tak aman hidup kau kalau kau terus kejarkan dia!”

Geram sungguh Rahimi dan Saiful dengan Nur Farisya. Entah apa yang bagus sangat tentang gadis itu, mereka tidak tahu. Dari mata mereka, Farisya tidak ada sisi positif langsung, semuanya negatif.

Luqman hanya terdiam. Kata-kata sahabatnya itu bagaikan meresap pula ke fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience