***Masih Flashback***
MEMANG SEJAK dulu lagi, Amzar tak suka buang masa. Dia tak suka buat perkara tak berfaedah atau sesuatu yang tak mendatangkan sebarang keuntungan padanya. Sebab dia tahu pengurusan masa itu adalah satu perkara yang penting, terutama sekali bagi seseorang yang mahu berkecimpung dalam dunia bisnes sepertinya. Amzar anggap setiap saat itu berharga, jadi dia tak nak bazirkannya begitu sahaja. Bertepatan dengan prinsip hidup yang dia selalu pegang, ‘people who spend their time doing more profitable work will make more money’.
Namun demi Raihan, dia rela buang prinsip hidupnya itu. Malah, dia jadi sanggup duduk tanpa buat apa-apa hanya kerana nak tunggu perempuan itu sudahkan kerjanya. Seumur hidup Amzar, dia tak pernah terfikir pun yang dia akan buat perkara yang agak ‘cringe’ dan juga ‘mellow’ seperti itu, apalagi untuk seorang perempuan.
Tapi sekarang, lihatlah. Selama tempoh 2 jam ini, Amzar memang duduk diam di salah satu kerusi dan perhatikan saja apa yang Raihan lakukan. Masa Raihan tengah discuss pun, Amzar langsung tak mencelah. Sebab niatnya datang ke situ hanya nak tengok Raihan semata-mata, bukannya nak tinjau progress kerja yang berjalan di tapak.
"You buat apa kat sini?" soal Raihan biasa. Langsung tak terdengar ramah di pendengaran telinga Amzar. Hanya lepas kerjanya selesai, barulah Raihan datang menegur.
Lelaki itu senyum. Kemudian, jarinya mengetuk perlahan permukaan meja. Mengisyaratkan Raihan untuk duduk di sebelahnya. Perempuan itu hanya menurut saja. Tapi, Amzar perasan macam mana Raihan tolak sikit kerusinya ke belakang supaya kedudukan mereka tak terlalu dekat.
Sekali lagi Amzar tersenyum. Dia dah terbiasa dengan sikap Raihan yang terlalu ‘menjaga’ bila berada dengannya. Tak tahulah Raihan sedar ke tak, tapi sikapnya yang seperti itulah yang sering buat jiwa Amzar jadi kacau dan juga tak tentu arah. Tak ada orang lain yang boleh bertanggungjawab atas apa yang dirasakan oleh Amzar, kecuali Raihan saja.
"I datang sebab nak jumpa you," jawab Amzar bersama senyuman yang masih tak lekang di bibir.
Raihan angkat kening. Ketika itu, cuma mereka berdua saja yang berada di dalam bilik meeting. Sementara yang lain dah pun keluar sebaik saja mesyuarat selesai. Agaknya mereka segan nak terus berlama-lama di situ kerana bos ada. Bos pula langsung tak ada cakap apa-apa, lagilah segan dan serba salah mereka dibuatnya. Jadi, mereka buat keputusan untuk terus cabut dan biarkan saja Raihan yang melayan bos.
"Kenapa? Ada urusan penting ke yang you nak discuss?" tanya Raihan sebab Amzar tak pernah datang buat lawatan ke site secara mengejut. Biasanya dia akan maklum dulu supaya Site Supervisor boleh buat persiapan bersama laporan-laporannya.
Amzar sekadar geleng kepala.
“So, tak payahlah you datang.”
“Kenapa? Salah ke kalau I datang?” tanya Amzar pula.
“Tak,” jawab Raihan ringkas. Memang tak salah pun Amzar datang sebab ini kan salah satu projek di bawah kendalian syarikat ayahnya. Jadi, Amzar berhak untuk turun pada bila-bila masa. Cuma yang jadi masalah, bila Raihan rasa terganggu dengan kehadiran Amzar. Dia rasa tak selesa sebab lelaki itu asyik perhatikan saja gerak-gerinya tadi. Sampai tak tenang Raihan nak buat kerjanya.
“You tahu tak kenapa I terus datang ke sini sebaik saja flight I landed? Padahal, boleh aje sebenarnya kalau I nak balik ke rumah dulu dan rehat sekejap sebelum masuk ofis. Tak pun, I terus masuk ofis dan siapkan kerja yang I yakin sekarang ni failnya tengah bertimbun-timbun menunggu kat atas meja.” Soalan itu Amzar ajukan dengah berwajah serius. Pandangannya pula masih melekat pada Raihan yang duduk sambil pegang safety helmet berwarna putih di atas ribanya. Warna yang dikhaskan untuk sesiapa yang masuk ke site bagi tujuan untuk buat tinjauan.
Kali ini, giliran Raihan pula yang geleng kepala.
"Sebab I rindu." Suara Amzar memberat. Menyatakan perasaan yang membelenggu jiwanya sejak akhir-akhir ini. Seminggu terpaksa berjauhan dengan Raihan dirasakan cukup lama. Kalau Amzar tak fikir yang dia terpaksa turun ke Brunei atas alasan kerja, mungkin dah lama rasanya dia akan suruh Jimin untuk book tiket flight. Sebab dia nak cepat-cepat balik dan jumpa orang yang bertanggungjawab atas perasaan rindu yang terpaksa ditanggungnya ini.
Merona muka Raihan bila dengar luahan Amzar.
“Betul apa orang cakap. Rindukan seseorang yang jauh di mata, boleh buat hati kita jadi tak keruan. Namun rindukan seseorang yang langsung tak peduli dan ambil tahu pasal kita, rasanya terlalu begitu menyakitkan.” Sengaja Amzar letakkan tangannya di dada, sambil pamer wajah sendu dan kecewa. Nak gambarkan bagaimana perasaannya ketika itu.
"Amboi, sejak bila you pandai bermadah pujangga ni? Ke sejak you balik dari Brunei? Baik mengaku cepat! You sebenarnya pergi ke sana buat apa? You pergi kerja atau you pergi menuntut ilmu yang bukan-bukan?" Seloroh Raihan.
Sepasang mata Amzar terus mengecil. Sudah dia duga yang Raihan akan beri respon yang tak menarik seperti itu. Raihan memang termasuk dalam kategori perempuan yang paling susah untuk kaum lelaki meng‘ayat’. Macam sekarang, Amzar cakap rindu pun, dia boleh pusing ke tempat lain.
“No need to change the subject, Miss Raihan. I datang ke sini bukan sebab rindukan you aje, tapi sebab I nak buat perhitungan jugak. Atas kesalahan-kesalahan yang you dah buat sepanjang I tak ada dekat sini.”
“Hah, salah apa?!” Terkejut Raihan. Dahinya pula terus berkerut-kerut, cuba mengingat apa yang berlaku sepanjang minggu ini atau sebelum Amzar berangkat pergi. Rasanya tak ada pula Amzar bagi kerja dan suruh dia siapkan sebelum lelaki itu pulang. Kalau ada, mustahil Raihan tak ingat. Sebab dia selalu catat perkara atau tugas penting yang perlu dilakukannya dalam memo dan setiap hari dia akan pastikan untuk menyemak. Jadi, tak mungkin Raihan akan terlepas pandang jika betul Amzar ada baginya kerja.
“Pertama sekali kesalahan yang you buat, you tak reply mesej yang I hantar. Kedua, you tak angkat call dan ketiga, you sanggup reject setiap kali I cuba untuk buat video call.”
Oh. Baru Raihan faham apa yang dimaksudkan oleh Amzar, tapi dia ada penjelasannya sendiri bagi setiap kesalahan yang dah lelaki itu senaraikan. Pertama sekali pasal mesej. Memang betul hubungan Raihan dan Amzar sekarang berada di peringkat di mana mereka sering berbalas mesej antara satu sama lain. Tapi, kebanyakan perbualan mereka hanya terbatas untuk urusan kerja saja.
Namun, tak tahu kenapa sejak Amzar berangkat ke Brunei, lelaki itu kerap menghantar mesej-mesej yang langsung tak berkaitan dengan kerja atau pun mungkin tak penting sama sekali. Bayangkan, lelaki itu akan mesej hanya untuk ucap selamat pagi, selamat petang dan selamat malam.
Lepas itu, dia akan tanya Raihan dah makan belum? Dah balik kerja ke? Sekarang tengah buat apa? Boleh tak kalau dia nak call dan macam-macam lagilah. Jujur Raihan katakan, dia tak biasa ada orang lelaki yang mesejnya hampir setiap waktu dan bertanyakan soalan-soalan yang bersifat peribadi seperti itu.
"Taklah. Ada juga mesej you yang I reply.” Raihan cuba membela diri. Memang betul ada, tapi hanya bila Amzar tanya pasal kerja. Selebihnya, dia akan tinggal bluetick saja.
Amzar ambil iPhone-nya di atas meja. Kemudian, dia buka dan tunjuk ruangan chat yang mereka kongsi berdua. Sambil scroll ke atas, lelaki itu bersuara. “Cuba you kira, berapa kerat aje mesej I yang you reply? Tu tak cakap lagi pasal berpuluh-puluh missed call dan video call I yang you selalu abaikan.” Amzar bersuara lirih.
Tiba-tiba Raihan diserang rasa bersalah. Terasa hati ke lelaki itu dengannya? Sungguh, dia tak ada niat pun untuk sengaja mengabaikan panggilan serta pesanan dari Amzar. Raihan betul-betul ada alasannya sendiri. “Mungkin masa tu, I tengah ada kerja.”
“Ye ke? Kerja apa? Sampaikan hampir setiap kali I call, you langsung tak boleh nak angkat?”
Sudah! Raihan mula gugup. Tak mungkin rasanya dia nak cakap jika alasan kenapa dia tak angkat call Amzar tu adalah kerana dia takut. Nanti Amzar akan persoalkan pula, kenapa nak takut? Bukannya mereka tak biasa bercakap dalam telefon. Lagipun, bercakap depan-depan macam ni sebenarnya lagi mencabar dari bercakap di hujung talian. Jadi, apa yang nak ditakutkan oleh Raihan?
“Errr… kerjalah.”
“Ya, kerja.” Amzar mendesah perlahan. “Tapi, kerja apa? I pun nak tahu jugak.” Rasanya memang Amzar takkan berhenti menyoal, selagi mana dia tak dapat jawapan yang konkrit dari Raihan.
"Ya Allah, adalah kerjanya, mana boleh bagitahu! Lagipun, tak perlu jugak kan I buat semua tu? Sebab ia tak ada kaitan dengan urusan kerja…”
“Siapa cakap tak perlu?” sela Amzar sambil jegilkan matanya luas. “Disebabkan kita tak selalu contact, maka I jadi rindu sangat-sangat sampai I terpaksa menghitung hari kerana tak sabar nak balik dan jumpa you, Raihan. At least, you should be responsible for what you did.”
Sekali lagi muka Raihan bersemu merah. Setelah beberapa bulan mengenali Amzar, jadi dia dah faham serba sedikit mengenai lelaki itu. Dia tahu Amzar jenis lelaki yang suka berterus-terang, terutama sekali ketika menyatakan perasaannya. Amzar tak perlu ambil masa yang lama untuk dia mengaku di depan Raihan, kalau dia sukakannya.
Raihan tarik nafas dalam-dalam. Jadi, inilah alasan kenapa dia cuba untuk mengelak dari balas mesej atau angkat call dari Amzar. Sebab dia takut penerimaan hatinya akan jadi lain jika mereka sering berhubung untuk perkara yang tak melibatkan urusan kerja. Raihan mengaku yang hubungan mereka mula jadi rapat sejak berlakunya kejadian salah faham tempoh hari. Walaupun mereka berkawan, tapi Raihan sedar yang Amzar masih lagi bosnya di tempat kerja. Jadi, dia akan usaha semaksima mungkin untuk menjaga batas-batas di antara mereka.
Amzar pula tak berfikiran seperti Raihan. Kerana sejak awal lagi lelaki itu dah mengaku yang dia sukakan Raihan. Jadi, sikit pun Amzar tak berusaha sembunyikan niatnya untuk mendekati Raihan. Dia suka dan dia tunjuk, itu cara Amzar. Namun sayang, bukan senang nak cairkan hati seorang Raihan. Kerana banyak kali Amzar cuba ajak Raihan bercinta, tapi perempuan itu tetap juga menolaknya. Kata Raihan, biarlah mereka berkawan dulu. Kalau serasi, baru mereka boleh fikir untuk ke tahap yang seterusnya.
“Jadi, sekarang I perlu buat apa? Untuk tebus semua kesalahan yang I dah buat tu?” tanya Raihan mengaku kalah.
Lebar senyuman yang dipamerkan oleh Amzar. Dia bangun dan hulurkan tangannya ke arah Raihan, seolah-olah minta ia disambut. “Jom.”
Raihan tengok tangan Amzar sekilas, sebelum dongakkan wajahnya kehairanan. “Nak pergi mana?”
“Pergi brunch. I tak sempat makan apa-apa pun lagi dari pagi,” kata Amzar sambil gosok perutnya seperti mahu mengadu dekat Raihan. Kat dalam flight tadi, dia tak sempat nak jamah apa-apa makanan dan bila sampai, dia terus bergegas datang ke sini. Gara-gara tak sabar nak jumpa Raihan, makan pun Amzar sanggup skip.
Raihan tengok jam di dinding yang dah pun menunjukkan pukul 12 tengah hari. Sekejap saja masa dah berlalu. Rasanya baru tadi dia sampai ke site dan mulakan mesyuarat. Lalu kemudian, kelibat Amzar muncul dengan memakai jeans dan juga kemeja putih yang membalut tubuh kekarnya. Dia tersenyum sambil duduk di hujung meja, sebelum mengatakan kedatangannya tidak akan mengganggu perjalanan mesyuarat yang dah berlangsung.
“Okay, you bawak kereta?” tanya Raihan lagi.
“Tak. Tadi I suruh Jimin yang hantarkan,” sengih Amzar. Tanpa Raihan tahu, dia dah pun susun rancangan di dalam kepalanya, satu-persatu. Rancangan untuk luangkan sedikit masa bersama Raihan sebelum mereka kembali disibukkan dengan urusan kerja. “Lepas makan nanti, I nak mintak tolong you hantar I ke kondo kejap. Nak salin baju, lepas tu baru kita balik ke ofis.”
Mata Raihan mengernyit. Kenapa dia rasa cara Amzar langsung tak macam orang yang sedang minta tolong? Tapi, lebih kepada arahan yang dikeluarkan oleh seorang bos dan arahan itu tak boleh dibantah sama sekali.
“So, shall we?” Sekali lagi tangan Amzar terhulur ke arah Raihan, minta perempuan itu menyambutnya. Raihan geleng kepala, sebelum ketawa. Dia tahu yang lelaki itu sekadar bergurau. Salah satu perkara yang Raihan boleh puji tentang Amzar, lelaki itu tahu cara untuk menghormatinya.
“Okay, since you nak sangat… nah, I bagi.” Selamba Raihan hulurkan safety helmet untuk Amzar pegang. Kemudian, dia terus meluru keluar untuk pergi ke tempat parking kereta. Namun belum pun sempat Raihan nak buka kereta di sebelah driver, Amzar datang dan minta kunci dengan Raihan.
“Bagi I aje drive, you rehat.”
Melopong mulut Raihan. Tak, masalahnya siapa yang baru balik dari outsation ni? Dia ke Amzar? Kenapa pula dia yang disuruh untuk rehat, sedangkan lelaki itu baru juga sampai pagi tadi? Sungguh, Raihan tak habis fikir.
==========
Blurb untuk Bab 1 - Bab 10
Berminat nak baca kisah lengkap mereka? ??
Boleh wasap saya di 011 2076 4122
Harga Asal : RM 15
Harga Promosi untuk 100 pembaca terawal : RM 13
Follow FB Page : Novelis Ashe Nini
Share this novel