Bab 11

Romance Series 19377

"JADI, SYARIKAT kita telah berjaya memenangi tender untuk projek terbaru by Bermuda Groups? Hmm, what a good news that we have here!" kata Dato' Arshad begitu teruja dan juga penuh rasa kagum. Tak sangka yang mereka telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab membina salah satu projek dari syarikat berkenaan.

Setahunya, syarikat kontraktor yang masuk ke dalam pemilihan tender secara terbuka itu pun bukan calang-calang. Kesemuanya dah ada reputasi mereka sendiri dalam industri pembinaan. Jadi, ia adalah satu berita yang sangat menyenangkan bila dia dapat tahu syarikatnya telah berjaya mengalahkan pesaing-pesaing yang tak kurang hebatnya itu.

"Ya, Dato’. Prospek klien cukup berpuas hati dengan apa yang kita bakal tawarkan. Sebenarnya Derren yang banyak mainkan peranan masa proses submit tender hari itu. Dialah yang bagi cadangan untuk kita implement a new method for the substructures. Dekat situ saja kita dah boleh cut banyak kos dan kemudian, kurangkan harga tender berbanding other competitors. Of course, the clients are very impressed for that figure that we can present to them,” maklum Raihan sambil tunjuk ke arah jurutera muda yang dimaksudkan.

Derren hanya mengangguk dan tersenyum. Segan pula bila namanya disebut sebagai tunjang utama kepada kejayaan mereka mendapatkan tender bagi projek terbaru. Padahal Derren tak fikir macam tu pun. Kerana bukan dia seorang, tapi semua pihak mainkan peranan masing-masing ketika siapkan dokumen tender, terutama sekali Raihan. Jadi sebab itu, Derren rasa segan bila tiba-tiba namanya pula yang diangkat naik oleh wanita itu di dalam mesyuarat.

Dato' Arshad angguk sambil otaknya sibuk fikirkan sesuatu. Sebab bukan selalu dia dapat dengar Raihan puji seseorang, melainkan orang itu memang berpotensi tinggi dan bagus dalam kerjanya. “Baiklah. Since Raihan cakap Derren banyak menyumbang idea dan tenaga untuk projek ini, jadi kenapa tidak kita bagi saja Derren yang lead?”

Terkejut Derren, matanya turut terkebil-kebil. Dia tak salah dengar, kan? Memang tadi Dato’ Arshad suruh dia yang lead. Tiba-tiba Derren rasa gemuruh dan gementar. Bukan sebab takut, tapi sebab dia rasa masih belum bersedia. Kerana kalau nak ikutkan, Derren pun sebenarnya masih baru juga lagi bekerja sebagai project engineer. Tak sampai dua tahun. Jadi dah tentulah, pengalamannya masih belum cukup untuk lead projek berskala besar seperti ini.

“I would be very honored if Dato' wants to appoint me as the project manager, but I'm afraid I can't do this.” Kerana masih tak percaya dengan kemampuan diri sendiri, lalu dengan berat hatinya lelaki berdarah Cina itu terpaksa tolak tawaran yang diberikan oleh si majikan.

“Jangan risau, Derren. I yakin you boleh buat.” Raihan berusaha untuk memujuk. Sebab dia dah tengok sendiri cara kerja Derren, jadi dia setuju dan tak ada bantahan langsung dengan cadangan Dato’ Arshad. Lagipun, inilah masanya untuk jurutera muda itu belajar tentang bidang construction dengan lebih mendalam iaitu dengan belajar menguruskan kerja-kerja di tapak dari proses awal hingga akhir. Kerana tak ada ilmu yang lebih berharga dari pengalaman sendiri.

"Kalau you rasa tak yakin, it’s okay. Raihan boleh assist. I really trust on her capabilities since she’s been involved with so many projects already. So, she definitely can help you in the process. Boleh kan, Raihan?” Dato’ Arshad terus pandang Raihan untuk minta persetujuan, tapi dia yakin wanita itu takkan menolaknya.

“InsyaAllah, saya akan cuba tolong setakat yang boleh. Tapi, Dato’ tak perlu risau. Sebab Derren saja merendah diri, tapi padahal boleh je dia buat.”

“You terlalu memandang tinggi pada I, Raihan. I takut I bakal kecewakan you dan Dato’ pula nanti,” ujar Derren masih dalam mode ‘merendah diri’nya.

“Taklah, I just tell based on my observation.”

Derren senyum bila dengar jawapan Raihan yang sebelum ini dia hanya kenal dari jauh saja. Maksudnya, mereka taklah rapat mana pun. Hanya setakat bertegur sapa bila tersempak dan bercakap soal kerja bila perlu. Namun sejak ditugaskan berada dalam satu kumpulan dan saling bertungkus-lumus menyiapkan dokumen tender selama beberapa hari ini, membuatkan hubungan kedua-duanya menjadi lebih akrab.

Bagi Derren, Raihan adalah seorang ketua yang baik dan dia rasa selesa bekerja di bawah arahan wanita itu. Selain kerana Raihan seorang yang cukup senang untuk bagi kerjasama, dia juga tak lokek nak dengar pendapat orang lain. Segala apa yang Derren suarakan, mesti Raihan akan ambil kira dan ketengahkan di dalam mesyuarat.

“Since Raihan kata nak tolong, jadi I pun tak ada alasan lagi nak tolak offer Dato’. I’ll work hard for this project.”

Lepas dengar persetujuan dari Derren, maka tak ada apa lagi yang perlu Dato’ Arshad risaukan. Dia tahu Derren tak ada pengalaman. Tapi jika tak bagi peluang, macam mana orang baru seperti Derren nak belajar. Lagipun, Raihan ada di belakang untuk membantu dan Dato’ Arshad tahu yang dia sentiasa boleh harapkan Raihan. Bukan kerana Raihan pernah jadi menantunya, tapi kerana dia percaya kebolehan yang ada pada wanita itu.

“So, let’s proceed to the next part.” kata Dato’ Arshad.

Mesyuarat kemudian diteruskan dengan agenda seterusnya. Raihan serta yang lain sibuk membentangkan progress untuk beberapa projek yang sedang giat berjalan. Bila kata progress, maka dah tentulah ada projek yang terpaksa delay atas beberapa faktor yang tak dapat nak dielakkan. Dato’ Arshad mengeluh panjang. Kerana dia tak berapa gemar dengar perkataan ‘delay’ disebut di dalam mesyuarat. Mestilah ada sebabnya.

Pertama, apabila sesuatu projek terpaksa delay, maka ia bermaksud projek tersebut perlukan lanjutan masa dan juga extra cost untuk meneruskannya. Selain itu, dari segi kualiti kerja dan pembinaan pun akan turut terjejas. Jadi, banyak keburukannya jika sesuatu projek mengalami delay. Sebab itulah Dato’ Arshad tak suka. Namun memandangkan ia adalah satu perkara biasa yang sering berlaku dalam projek pembinaan, jadi nak tak nak, dia terpaksa akur juga.

Setelah beberapa jam kemudian, barulah mesyuarat bersama Dato’ Arshad selesai. Raihan tarik nafas lega. Jadi lepas ini, bolehlah dia fokus untuk buat kerjanya yang lain pula. Beberapa orang pekerja sudah mula bergerak keluar dari bilik mesyuarat, jadi Raihan cepat-cepat kemas barangnya sebab nak keluar juga. Makin cepat dia berlalu, maka makin cepatlah dia boleh sampai ke mejanya.

"Hai, boleh pinjam waktu you sekejap? Sebab I ada benda sikit nak consult, regarding this project.”

Raihan baru nak bangun bila Derren datang mendekat. Komited betul. Kerana belum apa-apa lagi, dah diajaknya untuk berbincang. Tapi, Raihan tak ada sebarang masalah. Malah, dia lagi suka sebenarnya jika dapat berurusan dengan orang seperti Derren yang betul-betul serius dan langsung tak bertangguh soal kerja.

“Ke you sibuk?” soal Derren laju. Risau pula dia jika Raihan ada kerja penting yang nak dibuat lepas habis mesyuarat dan dia pula datang mengganggu.

“Eh, taklah. Boleh je. You nak tanya pasal apa?”

“I nak tanya sikit untuk bahagian C&S dan M&E.”

Ketika Raihan dan Derren tengah sibuk bincang pasal kerja, tiba-tiba Amzar datang dan berdiri di sebelah mereka. Sambil kedua-dua tangan diselukkan ke dalam poket seluar, mata Amzar pula terus lekat memerhatikan gelagat dua manusia di depan. Fokus sangat depa bincang! Sampai boleh tak perasan yang dia ada berdiri di situ sejak tadi.

“Ehemm!” Lepas Amzar berdeham keras, barulah Raihan dan Derren nak toleh ke arahnya. Tapi, hanya Derren saja yang masih bertahan menatap Amzar dengan wajah tanda tanya. Manakala Raihan pula, cepat-cepat dia kalihkan semula pandangannya ke tempat lain. Bagaikan tak sudi nak tengok wajah bekas suaminya itu lama-lama.

Amzar sempat mencebik bila sedar tindakan Raihan tadi. Berlagak, sombong, keras kepala dan macam-macam lagilah perkataan yang Amzar lontarkan dalam hatinya untuk Raihan. Rasa tercabar bila kehadirannya di situ seperti tak diendahkan.

“Yes, Encik Amzar. What can I help you?” tanya Derren.

“No. I just nak ucapkan tahniah sebab dah terpilih untuk jadi project manager bagi projek kita yang seterusnya,” ujar Amzar sekadar berbasa-basi. Sebenarnya dia tak hairan pun dengan pelantikan itu kerana siapa saja pun yang pegang, semuanya masih akan memainkan peranan yang sama. Iaitu untuk memastikan setiap projek dapat berjalan lancar.

“Terima kasih sebab syarikat sudi bagi I peluang,” ucap Derren. “I tahu bukan senang nak jaga projek. Jadi bagi I, ia memang satu tanggungjawab yang besar. Especially for me yang tak ada pengalaman sangat ni. That’s why I feel so glad because Raihan’s willing to help.”

"Raihan?" Amzar sepetkan matanya menatap Derren. Dari tadi dia dengar Derren asyik panggil Raihan dengan sebutan nama saja. Raihan itu, Raihan ini. Tak ada langsung formaliti. Derren anggap Raihan itu siapa? Kawan zaman sekolah? Teman sepermainan atau pun rakan sejawatan?

Hey, come on lah! Dia tak tahu ke yang pangkat Raihan di dalam syarikat ini lagi tinggi darinya? Mungkin Amzar kena ketatkan lagi peraturan syarikat, iaitu melarang mana-mana pekerja untuk panggil pihak atasan dengan nama saja. Because it’s really not appropriate, at least for Amzar. Biar ada jurang antara pekerja dengan ketua department. Jangan sesuka hati nak panggil ketua macam panggil member.

Terpinga-pinga sekejap Derren. Rasanya mereka borak pasal topik lain tadi, jadi kenapa tiba-tiba Amzar sebut nama Raihan pula? Mata Amzar yang masih fokus padanya buat Derren rasa lagi pelik. Sebenarnya tadi Amzar bercakap dengan siapa? Dia ke Raihan?

Derren melirik ke arah Raihan yang sedang berpeluk tubuh sambil memandang ke tempat lain. Kemudian, pandangannya berbalik semula kepada Amzar yang mana lelaki itu sekarang dah pun merenung Raihan dengan cukup tajam. Tak perlu orang yang peka dengan keadaan sekeliling pun untuk perasan jika ada riak tak puas hati yang terpancar di wajah bosnya itu. Derren hela nafas panjang. Tahu yang dia berada di tempat dan waktu yang salah.

“Oh, ya. Derren, betul ke you nak Raihan yang tolong? Or perhaps you nak someone else yang lagi berpengelaman? Sebab I boleh aje mintak Mr. Sam untuk guide you because he’s a professional senior architect. So, I think he’s more right to help,” kata Amzar dengan intonansi suaranya yang dikuatkan sedikit supaya Raihan dengar.

Kalau itu niat murni Amzar, maka dia dah berjaya. Sebab bukannya jauh pun jarak mereka berdiri ketika itu. Hanya selang dua tiga langkah. Jadi, sangat mustahil untuk Raihan tak dengar apa yang dikatakan oleh Amzar tadi. Sudah dia duga yang Amzar takkan saja-saja datang untuk ucapkan tahniah pada Derren. Tetapi, lelaki itu ada muslihat lain juga. Bekas suaminya itu memang seorang yang licik.

“You nak cakap apa sebenarnya?” tanya Raihan geram dan baru sekarang dia pusing menghadap Amzar.

Amzar pula jongket bahunya, bersahaja. “I cuma suggest biar Mr. Sam yang guide Derren. Salah ke?”

“Tak payah bagi alasan! I tahu niat you yang sebenar. You cuma nak cakap yang I ni tak pandai buat kerja, jadi sebab itu I tak layak nak tolong Derren. Betul, kan?!”

Amzar pura-pura terkejut. “Lah, tahu pun! I ingat you tak tahu, Raihan. You kan dah pernah failed jadi wife I sebelum ni. Jadi, kenapa yakin sangat yang you boleh buat something useful dan siap boleh tolong orang lagi sekarang? You memang tak pernah belajar dari kesilapan.”

Tergamam terus Raihan. Kenapa dalam banyak-banyak perkara, tapi soal perkahwinan mereka yang pernah gagal itu jugalah yang Amzar nak ungkit? Amzar bercakap seperti penceraian yang berlaku itu adalah satu kesalahan yang cukup besar dan Raihan terpaksa tanggung akibatnya sampai bila-bila!

“Kalau tak ada benda baik yang you nak cakap, better you diam.” Raihan beri amaran.

"Kenapa? You tak setuju ke dengan apa yang I cakap tadi? You tak boleh terima kenyataan yang you memang gagal jadi seorang isteri yang baik?”

“Enough, Am! Jangan cari pasal dengan I kat sini!!” Api kemarahan yang Raihan cuba pendam dari tadi, akhirnya meledak jua. Dia tahu yang dia tak sepatutnya hilang kawalan kerana ketika itu mereka masih lagi berada di dalam bilik meeting dan ada juga yang belum keluar. Tapi, apakan daya. Raihan dah tak mampu nak bersabar lagi.

Dulu Raihan ingat penceraian adalah satu-satunya jalan keluar yang boleh selesaikan masalahnya dengan Amzar, tapi dia silap. Walaupun Raihan dah buat keputusan untuk pergi dari hidup Amzar, tapi perasaan benci yang dimiliki oleh lelaki itu terhadapnya masih juga tak berkurang. Raihan tak dapat nak fikir, sebenarnya apa lagi yang perlu dia buat supaya Amzar benar-benar puas hati?

“Hei, siapa kata yang I cari pasal?! Jangan beranganlah, Raihan. I cuma cakap benda yang betul supaya you boleh terima hakikat. Lagipun, banyak lagi perkara yang lebih berfaedah yang boleh I buat, selain dari cari pasal dengan you,” ujar Amzar dalam nada meremehkan Raihan.

“Habis tu, you buat apa lagi kat sini? Pergilah, Tuan Syed Amzar yang terhormat! Pergi buat perkara yang lagi berfaedah, tuh! Tak payah nak habiskan masa you lagi kat depan I!” jerit Raihan dengan suara cukup tinggi.

Air muka Amzar langsung berubah. Dari riak tenang dan sinis, sekarang wajahnya mula bertukar menjadi tegang. Malah, boleh nampak jelas satu demi satu urat yang muncul di wajah Amzar ketika itu. “You tak perlu halau, sebab I sendiri yang akan angkat kaki. Nak tahu kenapa? Sebab I betul-betul dah muak tengok muka you! Kenapa you tak terus berambus aje pergi dari hidup I, hah Raihan?!”

“CUKUP! CUKUPPP!! Papa tahu korang memang dah tak ada rasa malu lagi nak bertengkar kat depan orang, tapi jangan buat kat depan papa! Lagipula, ini adalah tempat kerja. Bukannya tempat untuk korang bertegang urat untuk sesuatu hal peribadi seperti ini. So, please have some respect! Can you?!”

Akhirnya, Dato' Arshad terpaksa tinggikan suara. Dia terpaksa campur tangan untuk hentikan pergaduhan antara anak lelakinya dan bekas menantu. Sebetulnya dia dah cukup lali bila dengar berita pasal kekecohan yang Amzar dan Raihan lakukan di tempat kerja. Malah, dia rasa malu sangat dengan semua pekerja yang turut terpaksa menjadi penonton drama rumah tangga yang tidak berbayar itu. Namun, apakan daya. Semua nasihat yang dia bagi tak pernah jalan. Entah apa lagi sebenarnya yang masih belum selesai antara Amzar dan Raihan, dia pun tak tahu.

==========

Cerita Amzar dan Raihan dah ada ya. Jadi kalau ada sesiapa yg berminat nak baca cerita ni sampai habis, boleh wasap saya di 011 2076 4122.

Sekarang tgh buat harga promosi RM 13 dan promosi ni cuma valid sampai 10 Disember aje tau. Ada 4 hari lagi, lepas tu akan balik ke harga asal RM 15.. sob sob sob.

Jadi, jangan lepaskan peluang..!
Jom wasap saya sekarang :)))))))))))

011 2076 4122

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience