Bab 8

Romance Series 19377

PADA KEESOKAN harinya, mereka tersempak lagi. Namun kali ini, mereka tersempak di depan lif pula. Kalaulah Raihan fokus je masa berjalan tadi, mesti dia dah sedar dari awal yang Amzar ada di depan dan sempat dia nak mengelak. Tapi sayangnya, dah terlambat. Sebab Amzar pun dah perasan yang dia sedang berjalan menghala ke arahnya, jadi terpaksalah Raihan lupakan rancangannya untuk u-turn last minute sebab takut nanti Amzar kata dia pengecut pula.

Sekarang baik Amzar mahupun Raihan, kedua-duanya langsung tak bersuara. Mereka hanya berdiri tegak macam tiang sambil mata masing-masing memandang tepat ke arah pintu lif. Kebetulan Jimin pun ada di situ, jadi mungkin hanya dia seorang saja yang bernafas seperti biasa. Manakala Amzar dan Raihan pula, tak tahu mereka masih bernyawa ke tak. Kut-kut lah hanya kerana tak nak berkongsi molekul udara yang sama dengan musuh, jadi mereka sanggup tahan nafas untuk seketika. Sanggup bertahan demi ego masing-masing.

"I dah bakar gambar tu.” Tiba-tiba Amzar bersuara.

Raihan terkejut. Bukan sebab Amzar yang sudi mulakan perbualan terlebih dahulu, tapi sebab lelaki itu memang buat apa yang dikatakan semalam. Jujur Raihan ingat Amzar hanya gertak saja sebab nak marah, tapi lelaki itu memang betul-betul pergi bakar gambar perkahwinan mereka dan Raihan terpaksa terima hakikat yang Amzar sudah begitu membencinya. Hinggakan nak simpan kenangan mereka pun, lelaki itu langsung tak sudi.

"Baguslah.” Terukir senyuman sinis di bibir Raihan. “Jadi lepas ni, I harap hidup you akan lebih tenang.”

“That’s where you’re wrong. Kerana selagi mana you selalu aje muncul kat depan mata I, maka selagi itulah hidup I takkan jadi tenang. Cuba you bayangkan. Macam mana perasaannya bila terpaksa tengok orang yang you benci sering berlegar-legar di depan you dan you pula langsung tak boleh nak buat apa-apa. It makes me so sick!”

Hati Raihan terasa perih bila dengar kenyataan Amzar yang begitu menyakitkan. Namun seperti biasa, dia akan cuba berlagak tenang kerana itu adalah satu bentuk pertahanannya ketika menghadapi Amzar. Dia tak nak terlihat lemah di depan bekas suaminya. “I work here, Am. So, there’s nothing much that you can do other than to accept the fact that we’re always going to meet.”

"Tapi kalau you ada sedikit common sense, mesti dah lama you angkat kaki keluar dari syarikat ni,” balas Amzar tak nak kalah. Matanya masih memandang ke depan. Begitu juga dengan Raihan. Kalau orang tengok mesti rasa pelik sebab ingat Amzar dan Raihan sedang bercakap dengan lif.

“Kenapa tak ada angin dan tak ada ribut, tiba-tiba I kena pergi?” soal Raihan tak terima. “Kalau you nak pecat I, silakan. Tapi, atas alasan apa? Sedangkan I bukan seorang pekerja yang bermasalah dan I selalu tunjuk prestasi yang bagus. Setiap kali company bagi kerja dekat I, I selalu buat yang terbaik. Jadi, you tak boleh nak usir I sesuka hati. Seriously, you should have at least a valid reason to make me stay away from this company.”

“Berlagaknya!” desis Amzar sinis.

“I tak berlagak, I cuma bercakap berdasarkan fakta. You sebagai salah seorang pihak atasan, jadi mesti you tahu macam mana cari I bekerja selama ni.” Kemudian, Raihan menghadap Jimin yang sedari tadi memilih untuk diam saja, langsung tak berkutik di belakang mereka.

“Jimin, saya nak tanya pendapat awak kejap. Awak rasa saya ni seorang pekerja yang bermasalah ke?”

Jimin mengeluh panjang. Sebolehnya dia tak nak campur tangan, tapi bila nama dah dipanggil dan ditanyakan pula soalan, jadi nak buat macam mana lagi. Terpaksalah juga dia bersuara. “Hanya orang bodoh aje yang akan kata performance kerja Cik Raihan tak bagus.”

Terus tersenyum Raihan bila dengar jawapan Jimin. Senyuman kemenangan sebab berjaya mengalahkan Amzar. Manakala Amzar pula, hampir saja nak terkeluar biji matanya tadi. Orang bodoh aje dia cakap? Jadi maksudnya, Jimin nak kata yang Amzar tu bodohlah? Sungguh Amzar tak percaya yang setiausahanya akan berpaling tadah seperti ini. Sekarang dia mula persoalkan, di manakah sifat kesetiaan yang sepatutnya ada pada seketul Jimin?

“Beginilah, Am. I tahu you memang benci gila dekat I sekarang dan tak ada apa yang I boleh buat untuk kurangkan perasaan benci you tu. Cuma I harap bila di tempat kerja, kita boleh bersikap profesional. Lupakan seketika apa yang berlaku. Kalau you boleh respect I sebagai pekerja bawahan, I juga akan respect you sebagai bos I. Boleh kan?” pinta Raihan cuba berkompromi dan dia juga harap yang Amzar boleh lakukan benda yang sama.

Amzar menyeringai sinis. “You fikir senang ke?”

“Senang ke tak, itu pilihan you sendiri.” Raihan berhenti sejenak bila tengok ada pekerja yang sedang berjalan ke arah mereka. Namun pekerja itu segera berbalik bila perasan ada Raihan dan Amzar berdiri di depan lif. Mungkin fikir daripada terperangkap dalam situasi yang canggung dan tak selesa seperti itu, rasanya lebih baik dia pergi dan guna lif lain.

“You juga boleh anggap yang I tak wujud. Kalau itu dapat menyenangkan hati dan perasaan you. Sure, go ahead. We can have no interaction at all while working. Tapi sebenarnya, Am. I lagi suka jika kita berdua dapat berdamai. Kita mungkin tak bercerai secara baik, tapi kita boleh lupakan apa yang berlaku dan teruskan hidup tanpa ada rasa dendam untuk satu sama lain,” sambung Raihan lagi.

“Maaf, bos.” Jimin mencelah. “Tapi kali ini, saya setuju dengan pendapat Cik Raihan. Sebab saya selalu dengar ceramah dari seorang ustaz. Katanya, memang tak elok jika kita berdendam sesama manusia. Kerana ia bukan saja berjaya merosakkan sesuatu hubungan, tapi ia juga boleh buat hati kita jadi tak tenang dan jiwa pun tak tenteram.”

Sebenarnya dah lama Jimin nak nasihatkan Amzar, cuma tak berani. Sebab dia tahu Amzar jenis yang keras kepala dan susah nak dengar cakap orang, lagi-lagi jika ia melibatkan soal Raihan. Jadi sebab itulah, Jimin tak berani nak bersuara. Tapi bila saja dengar Raihan bersuara seperti apa yang terbuku dalam hatinya selama ini, jadi automatik Jimin rasa senang. Sebab rasa macam sampai juga niat hatinya untuk menasihati Amzar. Harap-harap kali ini bosnya sudi untuk mendengarnya.

Tapi, Amzar tak terima kerana bukan itu kemahuannya. “You nak I ulang berapa kali lagi baru you faham, Raihan? Hidup I tak tenang sebab you asyik muncul kat depan I dan akan hanya ada satu saja jalan penyelesaiannya. Which is, you’ve to stay away from AR Constructions!” Dia berkata dengan cukup tegas sekali.

“And you’ve to stay away from me, it’s simpe as that! Takkanlah Raihan yang cukup terkenal sebagai seorang yang bijaksana tak boleh nak faham arahan semudah itu?!” Amzar dah tak peduli bila mereka mula mendapat perhatian dari orang-orang sekitar akibat dari suara lantangnya tadi. Hanya apa yang Amzar fikirkan, Raihan dapat mesejnya.

Suasana jadi hening seketika. Perjalanan menunggu lif terasa cukup lama pada pagi itu. Bukan kerana lif yang tak kunjung sampai, tapi sebab dah beberapa kali mereka hanya biarkan ia terlepas begitu saja.

“Terpulanglah, I nak cakap banyak pun tak guna. Sebab you dah betul-betul tutup ruang untuk kita selesaikan masalah ini secara baik. Jadi, you boleh buat apa saja yang you nak. Kecuali usir I pergi dari sini,” ujar Raihan.

Kebetulan usai saja Raihan berkata demikian, lif yang entah untuk kali ke berapa pun sampai dan dia tak tunggu lama untuk terus masuk ke dalam. Namun entah kenapa, tiba-tiba muncul satu idea untuk Raihan berbuat jahat. Mungkin sebab geram kut dengan sikap Amzar yang selalu cari pasal, jadi kali ini biarlah dia pula yang buat onar.

Lalu dengan cepat Raihan menekan butang lif supaya pintu tertutup. Sengaja buat macam tu sebab tak nak bagi Amzar masuk. Tapi apa yang Raihan tak tahu, Amzar juga sama sekali tak ada niat untuk berkongsi ruang petak itu dengan bekas isterinya. Sudah cukuplah darahnya mendidih gara-gara Raihan tadi. Jadi Amzar tak mahu hanya kerana guna lif yang sama lepas ini, darahnya akan terus menyirap naik sampai ke ubun-ubun kepala pula. Walau sebenci manapun Amzar pada Raihan, tapi dia masih sayangkan kesihatannya. Dia tak nak kena darah tinggi di usia muda.

“Bos, kita dah terlepas lif.” Jimin hanya berkata setelah lif itu pergi membawa Raihan. Dia tahu kenapa bosnya itu nampak rilek saja tadi, langsung tak bergegas untuk masuk ke dalam lif. Pastinya sebab Raihan.

“Jadi, kita nak tunggu lif yang seterusnya ke?”

Amzar sekadar geleng malas.

“Oh. Jadi, kita guna lif khusus ni aje lah?” tanya Jimin lagi. Dia tahu yang Amzar tak suka guna kemudahan yang sedia ada untuk orang-orang berjawatan tinggi sepertinya. Memang sejak dulu lagi, Amzar lebih suka guna lif biasa walaupun terpaksa menunggu lama dan juga bersesak-sesak dengan pekerja lain. Namun apa pun alasan Amzar untuk tindakannya itu, hanya dia seorang saja yang tahu.

Dengan kedua-dua tangan yang masih ada di dalam poket, Amzar toleh ke arah Jimin. Setiausahanya yang turut bikin hati Amzar jadi panas ketika ‘berbincang’ dengan Raihan tadi. “Tak. Kita akan naik tangga.”

“Hah, naik tangga??” pekik Jimin terkejut. Kerana sepanjang bekerja di situ, dia masih belum naik tangga untuk ke syarikatnya yang terletak di tingkat 16.

“Bos bergurau je, kan?” tanya Jimin inginkan kepastian.

“Aku tak suka bergurau, lagi-lagi dengan pengkhianat macam kau. Aku bagi kau dua pilihan. Sama ada kau nak ikut aku naik tangga, atau kau nak aku bagi kau cuti rehat tanpa gaji selama setahun.”

Dada Jimin mula terasa sesak. Tak sangka betul. Kerana bukan dengan Raihan saja yang Amzar jadi seorang pendendam, tapi dengan dia pun sama!

“Saya… saya pilih untuk ikut bos.”

“Bagus! Sebab kau dah buat pilihan yang bijak. Jadi, tunggu apa lagi?!” Kemudian, Amzar terus tolak Jimin untuk bergerak, mendahuluinya. Sementara Jimin mula berkira-kira, patut ke dia hantar saja surat resign lepas ni?

Dear Tuan Amzar,

RE : RESIGNATION LETTER

Pandai-pandailah bos jaga diri lepas ni. Bye bye!

Yours faithfully personal assistant,

Jimin.

==========

Blurb untuk Bab 1 - Bab 10

Berminat nak baca kisah lengkap mereka? ??
Boleh wasap saya di 011 2076 4122

Harga Asal : RM 15
Harga Promosi untuk 100 pembaca terawal : RM 13

Follow FB Page : Novelis Ashe Nini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience