Bab 6

Romance Series 19377

***Masih Flashback***

ORANG KATA dalam dunia bercinta, semuanya terasa indah belaka. Begitu jugalah yang dirasakan oleh Amzar ketika itu. Hatinya berbunga-bunga sejak menyulam cinta dengan wanita yang berasal dari Perak. Betapa bahagianya Amzar, sampai dia sanggup buat apa saja asalkan dapat buat Raihan gembira. Antaranya, Amzar sanggup ketepikan satu benda yang selalu jadi keutamaan di dalam hidupnya iaitu kerja.

Dulu orang cakap Amzar ni seorang yang gila kerja dan dia tak berusaha sikit pun untuk menafikannya. Kerana benda betul. Memang Amzar sering berkutat dengan pekerjaan hingga nak luangkan masa untuk diri sendiri pun dia jadi berkira. Tapi sekarang, Amzar tak boleh buat macam dulu lagi dah. Kerana ada hati yang perlu dijaga, jadi dia perlu pandai bahagikan masanya.

“Am… Am…!” panggil Raihan dengan bersemangat.

“Ya, Nur Raihan.” Sahut Amzar pula.

"I nak cuba yang tu, boleh?”

“Yang mana tu, sayang?”

“Yang itu lah…” sahut Raihan sambil tunjuk di sebelah kirinya. “I tengok ramai aje yang beratur dekat situ, mesti best. Jadi, mehlah kita cuba!”

Amzar gelak. Memang itulah modal Raihan sejak tadi. Bila nampak saja ramai orang yang beratur di sesuatu port, mesti best dan mesti dia pun nak cuba juga. Amzar pun layankan sajalah. Bila hati dah sayang, jadi sanggup buat apa saja demi orang tersayang. Arghh, cliché sangat…!

Nampaknya kali ini Amzar terpaksa tolak permintaan Raihan. Kerana dia tak mungkin ke sana. Jika Amzar diberi peluang untuk fikir untuk sekali lagi pun, jawapannya masih tetap sama. Dia takkan pergi serah diri dan naik benda alah yang Raihan tunjukkan tu. Sekarang baru nak timbul rasa menyesal dalam benak hati Amzar sebab ikut saranan Jimin.

Jadi, setiausaha sulitnya itulah yang mencadangkan agar Amzar bawa Raihan ke Ferrari World setelah kerja mereka di Abu Dhabi selesai. Kata Jimin, tempat seperti itu paling sesuai untuk cipta memori berdua. Tapi, kenapa Amzar rasa lebih kepada nak cari nahas je?

"Why not kita cuba benda lain? Sebenarnya banyak lagi ride yang lebih menyeronokkan dan extreme dari naik roller coaster ni. Cuba you tengok dulu kat dalam pamphlet," pujuk Amzar sambil tunjuk kertas di tangan, berharap agar Raihan dapat ubah fikirannya.

“Tapi, dah lama I teringin nak naik roller coaster. Salah satu impian ketika I masih kecil, nak naik benda nilah. Cuma tak pernah berpeluang.” Raihan ada cerita yang dia tak pernah datang ke taman tema atau funfair sebelum ini. Kalau Amzar tak ajak, mungkin sampai ke sudah dia takkan pernah jejakkan kaki ke tempat seperti ini.

“Bahayalah,” komen Amzar sepatah.

“Mana ada bahaya. Diorang dah run benda ni bertahun-tahun dan sekarang ni pun masih lagi beroperasi. Siap ramai yang beratur nak naik, so insyaAllah tak bahaya.”

Amzar diam, cuba untuk fikir sejenak sebelum buat keputusan. Kenapa Amzar nampak keberatan sangat? Takut dengan ketinggian ke? Tak, bukan itu alasannya. Dia pernah saja buat aktiviti lasak seperti skydiving dan bungee jumping masa zaman belajar dulu. Jadi, naik ke tempat tinggi bukanlah satu masalah besar baginya.

Ada alasan kukuh kenapa Amzar nampak serba salah sangat bila Raihan ajak naik roller coaster. Sebab dia pernah ada kisah yang tak berapa menarik waktu naik ride tersebut masa zaman kanak-kanak dulu. Masih jelas lagi dalam ingatannya. Masa itu, Amzar pergi bercuti dengan keluarganya di luar negara dan kebetulan pula ada funfair ketika mereka mengunjungi salah sebuah pekan kecil. Amzar pun apalagi. Dek terlalu teruja bila nampak ada amusement ride di depan mata, maka bersungguh dia ajak keluarganya pergi ke sana.

Mula-mula sekali ride yang Amzar pilih untuk naik, dah tentulah roller coaster. Sebelum ini, dia hanya dengar pengalaman dari kawan-kawannya saja. Jadi, dia tak sabar nak rasa sendiri. Dia nak naik ke atas dan kemudian, turun dalam kelajuan maksima. Ketika giliran Amzar, tak ada masalah pun. Cuma untuk ride seterusnya, tiba-tiba berlaku satu kemalangan ngeri yang meragut beberapa nyawa.

Kenapa Amzar masih rasa trauma sampai sekarang? Sebab dia salah seorang saksi kejadian. Ketika keluarganya dah pun beralih ke tempat lain, tapi dia lebih memilih untuk terus berdiri di situ. Kononnya, masih tak puas lagi dan nak tengok macam mana pula roller coaster akan bawa penumpang seterusnya. Tapi, kemudian…

Spontan, mata Amzar terpejam bila ingat semula apa yang telah berlaku. What a memory…!

“Am… you okay ke?”

Cepat-cepat Amzar buka mata bila suara Raihan kembali menyentuh gegendang telinga. Wajah penuh berharap yang ditunjukkan oleh wanita itu dipandang sekali lagi. Kali ini, dengan penuh rasa cinta yang tak bertepi.

“You betul nak naik?”

“Yes, I nak naik sangat-sangat!” Semangat betul Raihan. Jadi, tak sampai hati pula Amzar nak tolak permintaan kekasih hati. Lebih-lebih lagi kekasih yang Amzar tatang dengan minyak penuh ni. Raihan cakaplah apa saja, pasti Amzar akan cuba turutkan. Malah, dia sanggup untuk belakangkan dulu perasaan traumanya hanya demi Raihan.

“Okay. Kita naik, tapi sekali ni je. Kalau lepas ni you kata nak repeat, I terpaksa ikat you dekat tiang. Supaya you dah tak boleh bergerak ke mana-mana lagi.”

Raihan ketawa bila dengar ugutan Amzar, tapi dia tahu yang lelaki itu sekadar bergurau dan tak maksudkannya. “Am, pernah ke ada orang cakap yang you adalah bos yang paling sporting kat atas dunia ni?”

Amzar geleng.

“Kalau kekasih yang paling sporting?”

Pun geleng juga.

“Baiklah, sekarang I nak you dengar betul-betul. Syed Amzar, terima kasih sebab jadi kekasih I yang paling sporting kat atas dunia ni dan Nur Raihan sangat beruntung sebab you dah pilih dia dalam ramai-ramai perempuan yang ada untuk jadi kekasih hati you. Okay, I gerak dulu!” Cepat saja tubuh Raihan menghilang, cuba menyelit di celahan orang ramai untuk pergi beratur di bahagian roller coaster.

Sementara Amzar pula, dah senyum sampai ke telinga. Sebenarnya dia ambil masa juga untuk faham dengan ayat-ayat berbelit Raihan tadi. Tapi, dia faham. Sebab Raihan tak biasa buat semua tu. Selalunya Amzar lah yang keluarkan ayat pick up line untuk menggoda, tapi kali ini Raihan pula. Namun untuk seseorang yang masih bergelar amateur, Amzar boleh katakan yang Raihan dah buat kerjanya dengan bagus. Kerana kalau tak, takkanlah hatinya boleh berdegup kencang hanya kerana beberapa potong ayat yang dikeluarkan oleh Raihan tadi.

***

Tok ! Tok ! Tok !!

“Hi, can I come in?” tanya Amzar yang muncul di depan ofis Raihan, tapi dia tak terus masuk. Hanya kepalanya saja yang terjengul di balik pintu. Raihan mengernyit hairan. Sebab tak biasa tengok Amzar yang minta izin dulu. Selalunya dia akan terjah saja masuk ke ofis Raihan, tak kira perempuan itu sibuk ke tak.

“Masuklah. Sejak bila pulak you…”

"Happy our first anniversary, sayang!"

Terkejut Raihan. Rasanya tak sampai setengah jam pun lagi dia kembali semula ke ofisnya setelah selesai mesyuarat, dan sekarang Amzar tiba-tiba datang dengan sejambak bunga di tangan. Lelaki itu masuk dan duduk di depan meja Raihan. Lalu kemudian, bibirnya langsung tersenyum manis.

“So, happy first anniversary for our relationship…”

“Eh, anniversary kita ke hari ini?” Tanpa disuruh, tangan Raihan laju saja menekan mouse dan buka kelendar yang ada di dalam komputer. Beberapa hari ini, Raihan terlalu sibuk bekerja sampai tak ada masa nak fikir pasal benda lain. Jadi, risau jugalah dia jika terlepas pandang tarikh penting seperti ini. Padahal sejak bulan lepas lagi, dia dah buat memo siap-siap apa yang perlu dilakukan untuk celebrate ulangtahun pertama mereka.

“Taklah, Am! Harini baru 14hb. Sedangkan anniversary kita jatuh pada 21hb. So, we still have a week from now,” maklum Raihan sambil hela nafas lega. Tak ada apa yang perlu dia risaukan kerana masih ada masa yang cukup untuknya buat persiapan.

"You ingat?" Amzar pamer riak terkejut. Seolah-olah ia adalah satu perkara yang sangat mengagumkan bila Raihan ingat tarikh anniversary mereka.

“Mestilah I ingat. Jarang tau perempuan yang tak ingat tarikh-tarikh macam ni. Kitorang tak macam kaum lelaki yang susah nak hafal benda yang berkaitan dengan tarikh. I pun tak tahu kenapa. Mungkin bagi diorang tak penting kut.”

Raihan berhenti sejenak sebelum matanya turun melihat jambangan bunga yang masih ada di tangan Amzar.

“Tapi, kenapa you cakap harini? Ke you yang tak ingat bila sebenarnya tarikh anniversary kita?” soal Raihan bernada curiga. Kemudian, dia cepat-cepat tekup mulutnya sambil buat muka kecewa. Tapi, bukanlah kecewa sungguh pun. Sekadar mahu menyakat Amzar saja. Nak tengok bagaimana reaksi kekasihnya.

Amzar terus gelak. “Kalau you ingat, I lagilah ingat.”

“Kalau ingat, habis tu kenapa you cakap harini adalah anniversary kita?

“It’s called a pre-celebration,” jelas Amzar kemudian.

“Pre-celebration?”

"Ya. Dia macam pre-wedding juga."

Makin berkerut dahi Raihan dibuatnya. Kalau pre-wedding, Raihan faham sebab biasa tengok orang buat dan memang dah jadi trend pun zaman sekarang. Bakal pengantin akan shoot gambar pre-wedding dekat lokasi tertentu sebagai kenangan sebelum menjelangnya hari perkahwinan mereka. Tapi, apa yang mereka tengah bahas sekarang adalah mengenai pre-celebration untuk anniversary sebagai pasangan kekasih? Raihan tak pernah dengar pun sebelum ni, jadi sebab itulah dia rasa pelik.

“Betul ke ada benda macam tu?” tanya Raihan masih berat nak percaya. “Ke you saja je nak kelentong I? Atau pun you sengaja nak mengada-adakan sesuatu benda yang tak ada? But knowing you, I rasa jawapan nombor 2 adalah yang paling tepat sebab you memang suka berlebih-lebihan.”

“I would not deny it, because it’s true. Tapi you patut tahu, kalau I buat semua ni hanya untuk you sorang je. Tak pernah ada perempuan lain yang dapat layanan which is ‘extraordinary’ from me.” Amzar senyum sambil angkat-angkat kening, kononnya mahu membanggakan diri di depan Raihan.

Kali ini, giliran Raihan pula yang ketawa. Dia cakap apa juga kan tadi. Sekarang matanya ralit menatap jambangan bunga mawar merah yang Amzar hulurkan. “Thanks, Am! I really appreciate your effort! Anyway, cantik sangat!”

Amzar tersenyum bangga. Tak sia-sia usaha yang dilakukan kerana rancangan untuk bagi kejutan dekat Raihan hanya datang lepas dia selesai solat Subuh pagi tadi. Amzar tahu Raihan sangat sibuk minggu ni, jadi dia terfikir nak bagi something yang boleh perempuan itu tersenyum di kala kesibukannya. Sesuatu yang significant, tapi tak terlalu berlebihan. Contohnya, bunga!

Ya, Amzar tahu Raihan suka bunga. Terutama sekali bunga mawar. Jadi, dia arahkan Jimin untuk segera cari florist terbaik yang ada di sekitar Kuala Lumpur untuk dibuatkan gubahan bunga mawar merah. Malah, Amzar siap suruh Jimin untuk pastikan setiap bunga mawar yang digunakan perlu segar dan punya aroma khusus yang boleh membuatkan hadiah Amzar pada Raihan itu nanti sangat istimewa. Pasal bayaran, tak jadi masalah. Amzar sanggup bayar berapa saja demi untuk bahagiakan kekasihnya.

“Kalau boleh, hari-hari I nak celebrate our anniversary.”

Raihan menatap Amzar dengan terkejut. Sementara lelaki itu pula masih beriak selamba, seperti apa yang baru diucapkannya sekejap tadi adalah satu perkara yang biasa. Tak pelik sikit pun. “Mana ada orang celebrate anniversary hari-hari. Kalau sungguh ada pun, orang takkan panggil ‘anniversary’ lagi dah. Tapi, ‘daysary’…” sangkalnya lucu.

"Oh. Ada ke istilah ‘daysary’?" Amzar keluarkan telefon bimbitnya dan kelihatan sibuk selama beberapa minit. Kemudian, bibirnya tersungging senyuman. “Betul, memang ada. Wow, hebatnya you sebab tahu kewujudan istilah ‘daysary’ ni! I thought you never care about all these things..”

“Excuse me, you really can’t judge a book by its cover! Walaupun you nampak aje I macam ni, tapi I selalu tahu apa yang berlaku dekat luar sana. Sebab I betul-betul manfaatkan penggunaan media sosial yang ada. I bukak untuk baca news dan juga cari apa yang selalu trending…”

Kcakkk!! Bunyi kemera dari telefon Amzar.

"Am!" jerit Raihan geram. Dia tak habis cakap pun lagi, tapi Amzar tiba-tiba dah ambil gambar mereka berdua.

Amzar ketawa mengekek bila tengok muka Raihan yang tadi begitu semangat berceloteh, tapi sekarang dah pun bertukar cemberut. Tak puas hatilah tu sebab Amzar ambil gambar masa dia tak ready. “Jangan risau, sayang. Walaupun tudung you agak kelepek sikit, tapi you tetap nampak cantik.”

Raihan tak percaya dan tak terpujuk sama sekali pun dengan kata-kata Amzar. Kerana lelaki itu dan mulut manisnya berpisah tiada.

"Okay, done!" bagitahu Amzar tak lama kemudian. Lepas itu, dia tunjuk skrin telefonnya tepat pada wajah Raihan. Rupa-rupanya Amzar dah upload gambar selfie mereka berdua tadi ke dalam akaun Instagram miliknya dengan caption yang bertulis…

'Happy 358th days with my love. I’m looking forward to many more days with you.’

***Tamat Flashback***

Raihan tersenyum kelat bila ingat semula kisah lamanya dengan Amzar. Mereka pernah bahagia suatu ketika dulu, jadi di manakah silapnya? Kenapa hubungan yang pernah berjalan dengan cukup baik, tapi tiba-tiba boleh berubah menjadi toksik hingga seterusnya ia langsung tak boleh nak diselamatkan lagi? Percayalah, Raihan juga masih buntu memikirkannya.

==========

Blurb untuk Bab 1 - Bab 10

Berminat nak baca kisah lengkap mereka? ??
Boleh wasap saya di 011 2076 4122

Harga Asal : RM 15
Harga Promosi untuk 100 pembaca terawal : RM 13

Follow FB Page : Novelis Ashe Nini

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience