Keadaan cukup hening ketika Raihan berdiri tepat di depan sofa iaitu di mana tempat Amzar sedang berbaring, manakala lelaki itu pula langsung tak berkutik. Raihan perhatikan nafas Amzar yang tak sekata, tapi lelaki itu tak bergerak sama sekali ketika dia buka pintu dan menapak ke arahnya. Mungkin Amzar betul-betul lena hinggakan dia langsung tak sedar akan kehadirannya di situ.
Raihan tarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tak mengganggu rehat Amzar. Setelah yakin yang keadaan masih selamat, Raihan pun duduk di satu kerusi yang masih kosong bersebelahan dengan Amzar. Jam terus berdetak dan dia pula masih setia berada di situ. Ralit perhatikan Amzar dengan seribu perasaan yang bermain di jiwa.
“Dah puas you tenung I, Raihan?”
Rasa nak luruh jantung Raihan bila dengar Amzar bersuara. Serta-merta wajahnya berubah pucat. Macam mana Amzar boleh tahu yang dia ada dekat situ? Sedangkan matanya masih terpejam rapat. Malah, tak sekali pun Raihan alihkan pandangannya. Jadi, dia yakin yang Amzar memang lena dan tak bangun sejak tadi, melainkan…
“You langsung tak tidur ke, Am?!”
Tak ada jawapan yang diberi, kecuali helaan nafas saja. Kemudian, Amzar mula jatuhkan lengan, bangun bersandar di kerusi dan matanya terus menatap Raihan. Sejak bercerai, hanya tatapan dingin dan tajamlah yang sentiasa diberikan oleh lelaki itu kepada Raihan. Namun, kenapa kali ini rasa tatapannya cukup berbeza? Bukan seperti ketika mereka tengah hangat bercinta suatu ketika dulu, namun bukan juga dengan penuh kebencian seperti selalunya.
==========
Harga promosi (RM 13) cuma sah hingga 10 Disember, jadi buat siapa2 yg masih berminat, boleh wasap sy 011 2076 4122
??
Share this novel
buat je unlock....x payah promo cam...org yg baca jadi malas ...buat unlock lagi senang x payah whatt up...jadi pening...