"ADAKAH SUAMI iaitu pihak plantif setuju untuk bercerai?"
"Ya."
"Adakah penceraian ini tidak dipengaruhi atau dipaksa oleh sesiapa?"
"Ya."
"Adakah kedua-duanya setuju untuk bercerai?"
"Ya."
"Baiklah. Pihak plaintif boleh mulakan sekarang."
Suasana terus jadi hening pada saat si dia melafazkannya. Lafaz yang melepaskan sebuah ikatan suci dan sah di sisi agama. Lafaz yang tak berdosa, namun cukup dibenci oleh Allah S.W.T. dan sememangnya ia tak perlukan masa yang lama untuk kisah mereka benar-benar selesai.
"Dengan ini saya umumkan lafaz cerai dengan talaq satu raj'ie yang telah dibuat oleh Encik Syed Amzar bin Syed Arshad kepada Puan Nur Raihan binti Zulkarnain adalah sah," ujar Tuan Hakim Syarie di hadapan pasangan suami isteri yang juga merupakan pihak plaintif dan juga defendan untuk prosiding penceraian yang berlaku pada hari itu.
Kalau pasangan lain, dah tentu mereka akan bersedih apabila rumah tangga yang dibina berlandaskan rasa cinta tak dapat lagi diselamatkan dan terpaksa berakhir dengan penceraian. Tetapi, hal sebaliknya pula yang berlaku pada pasangan ini. Masing-masing kelihatan tersenyum lebar, seolah-olah penceraian itu adalah perkara yang cukup menyenangkan bagi mereka.
"Akhirnya..." Si bekas isteri menarik nafas lega.
"...selesai." Si bekas suami pula menyambung dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Ibarat dah terlepas satu beban besar yang terpaksa dipikulnya selama ini.
Tuan Hakim yang melihat tingkah laku mereka berdua pula yang berasa pelik. Sudah hampir 20 tahun menjalankan tugas, namun tak pernah lagi dia jumpa pasangan yang nampak begitu gembira sekali lepas bercerai. Kalau marah-marah tu, adalah. Tapi kalau nampak happy semacam aje, dia pula yang rasa pelik.
"Maaf, kalau saya sedikit lancang. Tapi, kamu berdua okay ke? Sebab saya nampak macam biasa saja. Tak nampak macam sedih walau sikit pun dengan perpisahan yang berlaku,” tanya Tuan Hakim ingin tahu.
Kerana sebentar tadi dia telah dimaklumkan oleh pembantunya bahawa pasangan itu muncul di perkarangan makhamah seawal pukul 7 pagi lagi dengan si suami yang mahu memfailkan penceraian ke atas isterinya.
Malah, pasangan itu juga dah bawa siap-siap semua dokumen dan borang yang diperlukan. Hanya tinggal untuk ucapkan lafaz penceraian di hadapan hakim yang bertauliah dan kemudian, disahkan oleh beberapa orang saksi. Melihat dari persediaan yang dibuat dengan begitu rapi, jadi dia boleh rumuskan yang pasangan itu memang sudah nekad untuk bercerai. Kalau diberi kaunseling sekali pun, dia yakin ianya takkan membuahkan hasil.
"Sedih? Tuan buat lawak ke?" tanya seorang wanita dalam nada sarkastik. Tak bermaksud pun nak kurang ajar, cuma dia rasa kelakar bila dengar soalan seperti itu. Ya, dialah Nur Raihan. Isteri yang baru saja dijatuhkan talak dengan secara ter’hormat’. Kenapa ter’hormat’? Kerana baik ketika berkahwin mahupun bercerai, kedua-duanya dilakukan mengikut prosedur dan undang-undang.
Berapa ramai pasangan di luar sana yang bernikah secara haram di Siam, dan berapa ramai pula isteri yang diceraikan hanya melalui di atas talian. Jadi, Raihan rasa bersyukur untuk hal yang satu itu. Sekurang-kurangnya statusnya telah dikembalikan semula dengan cara yang betul dan jelas.
"Cerai adalah keputusan yang tepat sebab saya tak rasa yang saya boleh lagi teruskan hidup dengan dia. Jadi, buat apa nak rasa sedih?" Tiba-tiba seorang lelaki pula bersuara. Menyebabkan mereka yang lain terus memandang ke arahnya. Lelaki itu mungkin berusia dalam lingkungan lewat 20-an atau pun awal 30-an dan punya paras rupa yang begitu tampan sekali. Kening dan alis tebal, mata berwarna hitam pekat, hidung mancung yang terletak elok serta bibir merah menandakan dia bukanlah seorang perokok. Atau juga mungkin bukan perokok tegar.
Penampilan serta gaya seperti seorang ahli korporat, namun dingin tak tersentuh, menambahkan lagi auranya sebagai lelaki idaman. Tak mustahil juga kalau popularitinya akan kembali memuncak dalam kalangan wanita di luar sana jika berita tentang penceraiannya tersebar. Kerana merasakan terbuka semula peluang untuk mereka menjadi suri hati dalam hidup jejaka itu. Walaupun tak dapat jadi yang pertama, tapi biarlah mereka jadi yang terakhirnya.
"Saya tak rasa sedih sama sekali, tuan. In fact, I'm so happy right now because finally I can get back my freedom from someone like her!" Begitu angkuh ungkapan yang dilontarkan oleh Syed Amzar. Seperti perkahwinan yang pernah dijalaninya sebelum ini adalah sesuatu perkara yang jijik dan mahu dilupakan terus dari ingatan.
Sementara orang yang baru saja dicemuhnya itu, nampak cukup tenang. Langsung tak melatah sama sekali. Dalam keadaan bersahaja, Raihan betulkan posisi duduknya di atas kerusi. Entah kerana tak selesa atau lenguh. Namun yang pasti, dia tak nampak terkesan sikit pun dengan kata-kata kasar yang dilontarkan oleh lelaki itu tadi. Lelaki yang pernah bergelar sebagai suaminya.
Senyuman hambar terukir di bibir Raihan. Setelah apa yang berlaku, perlu dia akui bukan senang sebenarnya nak jaga sesuatu hubungan. Kerana ia bukanlah sesuatu yang bersifat kekal. Kita tak boleh jamin sejauh mana ia akan mampu bertahan. Kalau tak kuat tika dilanda badai, maka senang saja ia ranap. Hatta, hubungan yang dibina selama bertahun-tahun pun masih belum mampu nak menjanjikan keutuhan. Apalagi, hubungannya dengan Amzar yang Raihan sifatkan masih berusia setahun jagung itu.
"Well… at least you’re not alone," komen Raihan.
"For your information, tuan. Saya pun tak sudi nak teruskan perkahwinan ini sebab ia hanya sia-sia. Buat apa saya nak terus bertahan demi seorang lelaki yang gagal untuk mainkan peranannya dengan baik dalam perkahwinan kami."
Kalau niat Raihan untuk panaskan keadaan, ya. Dia dah berjaya. Kerana serentak itu, kepala Amzar langsung tertoleh ke arahnya. Wajahnya juga dah berubah menjadi tegang. “You bercakap dengan diri you sendiri ke? Sebab setahu I, you yang tak mainkan peranan. In fact, you just didn't contribute at all!"
“I bercakap hal yang benar. You yang tak mainkan peranan dengan betul dan tak bagi sumbangan, jadi jangan nak salahkan I pulak!” Akhirnya, keluar juga peraaan amarah yang cuba Raihan tahan sejak tadi.
“Sumbangan apa yang you maksudkan? Kalau dari segi nafkah dan semua keperluan you, I tak pernah miss walau sikit pun. Malah, I selalu bagi lebih! Benda yang you tak mintak pun I selalu bagi jugak. So Raihan, do tell me now! Sumbangan apa lagi yang kurang??” Tanpa sedar, kedua-duanya dah pun berdiri dan menghadap masing-masing.
“Huh, you fikir I hadap sangat ke dengan duit you tu?! Sebenarnya I tak pernah guna sesen pun duit nafkah yang you bagi. Kalau untuk makan minum dan keperluan rumah, semuanya I pakai duit I sendiri!"
Keadaan jadi bertambah tegang. Ia rumit kerana kedua-dua pihak pun tak nak mengalah. Macam perlawanan badminton secara perseorangan. Di mana kedua-dua players asyik berbalas bulu tangkis cuba untuk melepasi kawasan jaring pihak lawan. Bila seorang player mulakan smash, maka lawannya pun tak nak kalah. Dibalas juga dengan smash yang lagi tajam, padu dan berbisa supaya dapat kalahkan pihak lawan.
Tuan Hakim yang memerhati hanya mampu geleng kepala. Rupanya dia dah tersilap buat andaian. Ingatkan pasangan itu betul-betul gembira dengan penceraian yang berlaku, tapi sebenarnya tak. Mungkin tadi mereka nampak tenang dan chill saja sebab tak ada orang yang cucuh api. Tapi, api dah pun berjaya dicucuh dan sekarang tengah marak menyala. Jadi, apakah kesudahan yang bakal menanti? Tuan Hakim harap tak akan ada adegan cakar-mencakar atau pun tarik rambut yang berlaku selepas ini.
"You asyik tahu cari salah I aje, kan?! Salah I itu, salah I ini... dan sekarang salah I jugak ke kalau you sendiri tak nak guna duit yang I bagi?!!" tengking Amzar cukup kuat. Sampaikan Raihan boleh nampak urat-urat tegang yang mendadak muncul di wajah lelaki itu.
Keadaan jadi sunyi sepi untuk seketika kerana Raihan memilih untuk tidak menjawab. Wanita itu hanya diam sambil merenung tepat sepasang mata milik Amzar.
Sebenarnya ia bukan kali pertama mereka bertengkar di depan orang ramai. Dah banyak kali jugalah sampaikan dia sendiri pun tak ingat berapa jumlah yang tepat untuk pertengkaran yang berlaku. Kalau dulu, Raihan rasa malu sangat. Bergaduh laki bini di depan orang, kan? Ibarat sengaja buka aib dan pekung di dada untuk orang judge beramai-ramai.
Namun sekarang, Raihan dah terbiasa dengan keadaan di mana cerita rumah tangganya telah menjadi bualan hangat setiap orang. Ada banyak versi pula tu, jalan ceritanya juga akan selalu berubah-ubah – mengikut cita rasa si tukang penyampai. Ada yang kata Raihan dan Amzar bertengkar sebab Amzar curang, ada yang kata sebab Raihan tak boleh mengandung, ada juga yang kata sebab mereka dibuat oleh orang yang dengki dan macam-macam lagilah. Sudahnya dia pekakkan saja telinga.
Kepala Raihan tunduk menekur ke lantai. Mengimbas kembali apa yang telah berlaku. Dalam tak sedar, rupanya dah sejauh ini dia dan Amzar saling menyakiti satu sama lain. Jujur katakan, Raihan penat sangat.
Raihan penat bukan saja kerana dah tak ada persefahaman lagi yang wujud dalam hubungannya dengan Amzar. Tapi, dia juga penat sebab nak hadap perasaan benci-membenci yang mereka saling tumpahkan ini. Mungkin Amzar tak tahu betapa terlukanya hati dan jiwa Raihan sekarang. Ibarat seperti kepingan yang rapuh, yang bila-bila saja boleh patah berkecai kalau terus diusik atau dijolok di tempat yang tak sepatutnya.
Nafas Raihan terhela panjang. “Tak, Am. Sebenarnya you dengan I tak salah pun. Hanya yang salah dekat sini adalah perkahwinan kita. Our marriage. It was a mistake since from the beginning."
Memandangkan mereka dah pun bercerai, jadi tak ada gunanya lagi untuk mereka terus bertengkar. Lebih-lebih lagi untuk sebab yang tak pasti seperti ini. Hanya akan habiskan masa dan tenaga saja. Jadi, biarlah Raihan mengalah untuk kali terakhir. Lepas ini, mereka dah boleh berhenti peduli tentang hal masing-masing.
Kemudian, Raihan ambil purse di atas meja dan sarungkan kaca mata hitam ke wajah. Dia masih mahu sembunyikan sorot matanya yang terluka itu dari tatapan orang ramai dan juga Amzar. "So, that’s it! I really hope that we don't see each other again in the future.”
==========
Blurb untuk Bab 1 - Bab 10
Berminat nak baca kisah mereka selanjutnya? ??
Boleh wasap saya di 011 2076 4122
Harga Promosi untuk 100 Pembaca Terawal : RM 13
Harga Asal : RM 15
Fac Page : Novelis Ashe Nini
Share this novel