BAB 8

Horror & Thriller Completed 427

Alex mengangkat gelas. Dia mahu minum tapi gelas itu terlepas dari
tangan selepas membaca bismillah. Alex lekas bangun dan mencari kain
untuk mengelap air yang meresap ke pakaiannya.

“Mak cik!” panggil Alex .

Mak cik yang mengelap lantai degan mop dari tadi ditempat yang sama
tidak mengendahkan panggilannya. Dia begitu khusyuk mengelap kawasan
yang sama. Apa yang disental oleh mak cik itu dari tadi? Langsung tak
bergalih tempat.

Alex memerhatikan lantai. Matanya terbuka besar. Terkejut! Tanpa
sengaja dia menoleh ke kanan mengadap bilik lelaki yang sedang memegang
pen. Alex jalan mengundur sampai tersandar ke dinding. Mulutnya terlopong.

Kedua tangan Alex terketar-ketar. Nafasnya turun naik dengan pantas.
Rasa lututnya semakin lemah. Alex bergerak ke hadapan walaupun ketakutan.

Dia ternampak kesan darah kering di lantai. Mak cik itu
bersungguh-sungguh menyental tanpa penat. Dan dia juga baru sedar,
pakaian mak cik itu sangat lusuh dan diwarnai dengan darah. Lelaki yang
berada didalam bilik pula, sedang menikam matanya berulang kali dengan
pen. Darah memancut deras dari lubang di mata lelaki itu.

Bahu Aileen dipegang kemas. Aileen mendongak. Melihat wajah Alex yang
pucat menarik beribu persoalan.

“Kenapa?” soal Aileen .

Dong! Jam dinding berdetik sekali.

“Eaa… dah pukul satu pagi la.” Dany Davenport ketawa kecil.

Alex memandu arah pandangan pada Dany Davenport. Wajah yang mesra tadi
nampak bengis. Wajahnya yang tegang tadi berkedut-kedut pula.

“Ya, rasanya kami patut balik sekarang. Dah mengantuk. Kan, Aileen ?”

“Kau baliklah dulu. Nanti aku ikut kau.” Aileen menolak.

Alex mengerut muka. “Kita balik sekarang, Aileen .” Dia berharap Aileen
mendengar ceritanya di dalam hati.

Aileen tidak memberi respon.

“Sedap…,” lelaki Negro bersuara sambil mencucuk garfu di pinggan.

Di dalam pinggan terisi pelbagai jenis ulat dan cacing. Air didalam
cawan berwarna kehitaman. Makanan yang terhidang di tengah meja dipenuhi
lalat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience