BAB 2

Horror & Thriller Completed 427

“Ish, dia ni! Orang tanya bukannya nak jawab. Besarkan mengantuknya
saja.” Aileen membuang langkah ke katilnya. Seperti Alex , Aileen juga
ingin tidur.

Aileen menarik selimut. Sempat dia membaca doa tidur. Kemudian, arah
pandangannya terarah pada Alex . Cepat sungguh sahabatnya tidur.

Dia menepuk bantal. Sesekali fikirannya menerawang. Datang imaginasi
mengarut. Sekarang sedang berlaku peralihan waktu. Di mindanya muncul
imej-imej hantu bergentayangan.

"Astaqfirullah!" Aileen menggelengkan kepala. Boleh pula dia membayangkan
hal-hal mistik. Sudahlah setiap kali terlena, mimpi ngeri selalu
bertandang. Kadangkala, dia terdengar bunyi aneh diluar sana. Segera
Aileen berselubung.

ALEX memilih beberapa gugus anggur hijau yang layak dipetik. Dia duduk
di atas kerusi kecil. Penat kalau berdiri saja. Sempat dia merasa
sebiji. Manis! Dia sendiri tidak menyangka pokok anggur boleh hidup
dihalaman rumah. Mungkin penjagaannya teliti.

“Kakak Aileen !”

“Sayang! Kenapa lama sangat tak datang rumah?” kedengaran suara Aileen
menyahut.

Alex mengintai dari celah rimbunan pohon anggur. Dia ternampak kelibat
gadis itu. Tapi hanya dari paras pinggang sampai ke betis. Dia berlari
ke arah kedudukan Aileen sekarang bersama raga.

“Nak anggur? Kalau Mary nak, petiklah sendiri. Pilih yang elok,” Aileen
memberi keizinan.

Alex menoleh ke kiri. Dia menanti gadis remaja yang dipanggil Mary
muncul. Dalam seumur hidupnya, dia belum pernah melihat gerangan empunya
diri. Gadis itu hanya datang ketika Aileen ada di rumah. Maklumat yang
dia tahu tentang Mary ialah gadis itu tinggal di ladang sebelah.

Alex bingkas bangun. Dia memerhatikan sekeliling. Walaupun dia
berdiri, Alex tidak nampak kelibat Mary .

Langkah deras penghantar surat memecah fokus Alex . Lengguk keras
lelaki itu menarik perhatiannya. Sepucuk surat berwarna hitam dimasukkan
ke dalam peti surat. Kemudian dia beredar pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience