BAB 14

Horror & Thriller Completed 427

Alex melibas lelaki itu dengan ranting pokok anggur.

“Kalau awak dah tahu, kenapa awak sebarkan juga surat hitam tu.
Lantaklah dengan waris Davenport! Hampir mati saya dibuatnya.”

“Hey! Sakitlah! Takut sangat ni kenapa? Kalau sedar diri tu penakut,
kenapa pergi juga kalau dah tahu jemputan itu sangat pelik. Awak kan ada
otak! Penduduk di sini juga menerima kad hitam yang sama tapi tak pernah
ambil tahu. Tak pelik ke tengok waktu acara makan malam.”

Alex melibas lagi ranting pohon anggur sampai ke muka penghantar surat.

“Kan saya dah kata, manalah saya tahu sejarah tempat ni. Penduduk di
sini tak nak berbual atau beramah mesra dengan kami. Semua buat hal
sendiri,” kesal Alex .

Penghantar surat itu mencerut muka. Marah dipukul Alex .

“Oh ya, kenapa pasangan Davenport bunuh mereka semua?”

“Mereka kecewa hidup sebab tak ada zuriat. Jadi, mereka juga tak mahu
orang lain memiliki zuriat. Mereka zalimi mangsa. Tubuh mereka dikerat
dan dicincang menggunakan peralatan tajam. Mereka laksanakan operasi tu
di sebuah bilik,” ujar posmen itu.

Alex mengerling lelaki didepannya. Perasaan tidak puas hati masih
beraja. Kalau benar penghantar surat itu kasihan dengan nasib mangsa,
kenapa surat itu sengaja diedarkan.

“Jangan hantar lagi surat jemputan ke rumah orang. Kalau susah sangat,
awak berikan semua surat tu pada saya. Saya akan bakar semuanya. Kalau
awak buat juga, saya saman awak dan pengirim sekali.”

“Waris Davenport buat begitu supaya tanah mereka tak tergadai. Saudara
mara Davenport saling berkelahi kerana tanah yang sedikit tu. Surat
hitam ni bertujuan untuk menakutkan penduduk dan keturunan Davenport.
Juga supaya sejarah tragis itu sentiasa diingati.”

Alex rasa nak menyumpah.

“Saya kena kacau dengan penunggu rumah tu! Kalau awak tak hantar surat
bodoh ni, tak adalah saya jadi macam ni. Awak dan waris Davenport
mempermainkan orang sekeliling. Dia tak tahu ke yang rumah tu berhantu?”

Lelaki itu terkejut.

“Awak kena kacau ke?” lantas lelaki itu ketawa. “Hantu Mary tak bagi
amaran ke?” penghantar surat itu masih mampu bergurau. Saja menambah
ketakutan Alex . Bagi dirinya, cerita Alex mengarut.

Alex melibas lagi badan penghantar surat. Lelaki itu mencicit lari.

“Ingat pesan saya! Jangan edarkan surat bodoh tu lagi!” Alex
menggeleng kepala. Orang asing pun takut dengan dunia mistik. Bagi
mereka hanya ada roh jahat, roh baik dan syaitan. Penunggu-penunggu di
rumah sebelah dikatakan dihuni roh tidak aman. Padahal semua itu jin
yang menyerupai orang.

Alex terbau bunga Peony. Lalu pandangannya beralih tempat kearah
rumah Davenport.

“Mungkin kalau orang lain terkena, pasti suasana kejadian juga sama
sepertinya. Apa yang pernah tuan rumah buat, diulang tayang oleh
mahluk-mahluk mistik. Seram!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience