BAB 15

Horror & Thriller Completed 427

“Mary ! Mary !” Aileen keluar dari rumah dan menghampiri Alex . Di
pelukkannya ada sejambak bunga Peony .

“Kenapa panggil Mary ni?” Alex menoleh ke kanan dan ke kiri. Boleh
pula Aileen menyeru nama Mary . Kalaulah Aileen tahu selama ini Mary
mendampinginya. Mujur rumah ini sudah dipasang pendinding.

“Selalunya Mary datang waktu sekarang. Tapi sejak beberapa hari ni aku
tak nampak kelibat dia. Hari tu dia minta aku ajar dia mengubah bunga.
Dia minat sangat hiasan pasu yang selalu aku buat. Dia minta aku
mengubah bunga Peony putih.”

Ya, bunga Peony putih. Kalau ikut kepercayaan orang Afrika, bunga
Peony putih melambangkan alam mistik. Tapi kita orang Islam. Jangan
taksub sangat. Percaya kepada Allah.

Angin bertiup kasar. Pokok-pokok anggur bergoyang. Perhatian Alex
jatuh pada pohon-pohon itu.

“Aku nak tebang pokok anggur ni. Aku nak tanam bunga.”

Aileen menoleh. “Sayanglah bunuh pokok tu,” larang Aileen .

“Aku tak suka buah anggur….” Alex menghala langkah ke rumah. Dia rasa
mual jika terpaksa menikmati buah anggur lagi. Dia trauma.

Walaupun kejadian itu tidak akan berulang lagi, Alex lebih suka
berhati-hati. Mary atau sesiapa pun mahu diluputkan dari ingatan. Dia
boleh berpindah ke luar tetapi dia ada tanggungjawab di sini.

Penghantar surat berhenti berlari. Dia menarik nafas perlahan-lahan
sambil mengeluarkan telefon bimbit.

“Pak cik David , betul ke rumah Davenport berhantu? Jiran sebelah
rumah pusaka pak cik, melenting dan pukul saya dengan ranting kayu.
Katanya rumah tu ada penunggu.” Penghantar surat itu mahukan penjelasan
dari pak ciknya. Dia anak saudara kepada isteri David .

“Ah! Kamu jangan dengar cakap orang. Surat tu kamu hantar ke seluruh
daerah macam biasa. Kegiatan ini diteruskan sampailah saudara mara pak
cik tak berebut harta pusaka. Hebohkan cerita tentang tragedi rumah tu!”

“Itu saya tahulah pak cik. Tapi orang tu kata, dia diganggu penunggu.
Betulkah ada penunggu?”

“Mana ada! Dah! Jangan fikirkan sangat. Buat kerja tu sampai akhir musim
panas.” Panggilan dimatikan.

Penghantar surat menggaru belakang kepala. Kalau pak cik David benar,
tiada apa yang nak ditakutkan. Tapi kalau cerita Alex betul,
penghantar surat itu rasa bersalah. Tak fasal menganiaya orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience