BAB 13

Horror & Thriller Completed 427

Lelaki itu mengangguk perlahan. Sekali sekala saja dia menentang
pandangan Alex .

“Siapa pengirim surat tu?”

“Tak tahu. Tugas saya hanya menghantar surat.” Posmen cuba melepasi Alex .

“Kalau awak tahu sesuatu, sila beritahu saya. Saya tak nak orang lain
pun terkena.”

“Terkena apa?” soal lelaki itu.

Penghantar surat itu merenung Alex . Wanita itu mempamerkan wajah
terdesak. Dia mahu tahu siapa pengirim surat itu. Mustahil orang yang
mengirimkan surat itu datang dari rumah sebelah kerana hakikatnya rumah
tersebut sudah lama tidak berpenghuni.

‘Pasti wanita ini takut. Humm… menjadi juga helah waris Davenport,’
getus penghantar surat itu.

“Saya diminta menghantar surat itu selama dua minggu setiap tahun pada
minggu-minggu terakhir musim panas. Bukan rumah awak saja tapi
rumah-rumah di sekitar daerah ini juga memperolehinya.”

“Apa?” Alex terkejut.

“Awak tak tahu sejarah tempat ni ke?”

“Manalah saya tahu! Saya tinggal di sini baru setahun.”

Penghantar surat itu merenung raut wajah Alex yang kelihatan tidak
puas hati.

“Lima tahun lalu, terjadi sebuah trajedi di ladang ini. Semuanya bermula
dengan keluarga Davenport. Keluarga itu sangat aneh. Mereka suka
berpakaian hitam dan berkelakuan pelik. Walaupun jiran tetangga tidak
menyukai gaya hidup mereka, pasangan Davenport tidak pernah mengganggu
penduduk di sini.

Tapi, suatu hari seorang gadis kaya dari ladang sebelah dilaporkan
hilang. Kedua ibu bapa mereka meminta bantuan polis dan penduduk
sekitar. Gadis itu ditemui juga akhirnya selepas setahun. Tapi…,”

“Tapi apa?” Alex tertarik.

“… hanya jasad yang tinggal. Tubuh itu tertanam di bawah pokok anggur
awak. Mereka menggali tanah dan menjumpai sisa-sisa tulang.”

Pantas Alex teringat perbualannya dengan penunggu rumah sebelah.
Davenport begitu memuji buah anggur yang diperolehi dari kebun mininya.
Rupanya baja tulang yang dimaksudkan adalah tulang gadis yang mati itu.

“Kes gadis tu selesai selepas berlaku siri pembunuhan setiap hari.
Mangsa bukannya orang asing tetapi penduduk di daerah ini. Pasangan
Davenport yang membunuh mereka selepas acara makan malam setiap malam.
Semua tetamu yang hadir tidak pernah terlepas dari genggaman mereka. Semua
mangsa seperti awak, menerima undangan ke rumah mereka. Pasangan Davenport
juga mati selepas acara makan malam terakhir. Mereka meracun semua makanan.
Orang gaji, butler, beberapa orang tetamu… ikut mereka ke alam sana,” jelas penghantar surat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience