BAB 3

Horror & Thriller Completed 427

‘Sah! Kad jemputan jiran sebelah!’ Alex menyorot pandangan ke arah
rumah jiran yang sepi.

Bekas terisi anggur diangkat. Dia mengatur langkah ke serambi. Aileen
sedang membaca buku sambil menikmati angin waktu pagi. Begitulah rutin
Aileen . Tengahari nanti Aileen bekerja sampai pukul lapan malam. Biasalah,
anak bos.

“Aileen , aku rasa kita dah keterlaluan dengan jiran kita sendiri. Kita
sepatutnya menyambut baik pelawaan orang. Apa kata kita pergi rumah
mereka malam ni,” cadang Alex .

Aileen menutup buku.

“Gila kau! Aku tak nak! Jiran kita tu pelik.”

“Kita pergi ya. Aku tak sedap hatilah tolak jemputan untuk kali ni,”
pujuk Alex .

“Serius? Kita dah tolak pelawaan mereka tujuh kali. Alasan apa kita nak
guna kalau kita ke sana malam ni?”

“Ala, janji kita pergi.” Alex mendaki tangga.

“Aku tak naklah!” Aileen pantas mengerling rumah sebelah.

“Kalau bukan untuk mereka, buatlah untuk aku. Ya?” pujuk Alex lagi.

Aileen memuncungkan mulut. Dia sungguh tidak setuju.

“Kakak! Terima kasih,” ucap Mary .

Alex menoleh ke belakang. Dia mahu melihat Mary . Tetapi hanya sempat
melihat alunan hujung gaun Mary . Gadis itu sudah beredar pergi.

“Kenapa kau tak kenalkan aku dengan Mary ?” soal Alex . Keinginannya
memuncak memandangkan di ladang terpencil itu hanya Aileen boleh diajak
berbual. Jika ada jiran tetangga lain yang sudi bercakap dengannya, kan
bagus.

“Budak tu tak suka kau,” jawab Aileen tanpa berselindung.

“Sampai hati.” Alex mencekak pinggang.

“Mary tu dah banyak kali bertembung dengan kau. Tapi sekalipun kau tak
pernah tegur dia. Aku saja yang sudi berkawan dengan dia.” Aileen
bersandar ke belakang.

“Ya ke? Aku tak pernah nampak dialah!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience