BAB 6

Horror & Thriller Completed 427

Alex menoleh ke belakang. Dia lihat ada banyak peralatan tajam
didalamnya. Alex menyandar ke belakang untuk melihat isi bilik dengan
lebih jelas. Tapi tiba-tiba Butler tadi menutup pintu. Dia lekas
mengalih perhatian ke depan semula. Rasa bersalah pula kerana sibuk
meneroka rumah orang.

“Encik Davenport, saya minta maaf ya. Jemputan sebelum ini tak dapat
kami hadiri. Umm….” Alex sedang memikirkan alasan logik.

“Tak apa. Kami faham. Alex dapat datang hari ini, kami bersyukur. Kami
yang sepatutnya minta maaf sebab… seperti memaksa saudari ke sini.”
Lelaki itu tersenyum.

“Tak! Tidak!” Alex menggeleng kepala. Sebenarnya, kalau difikirkan
semula, memang ada unsur memaksa sedikit.

Alex berlaga pandangan dengan Aileen . Selepas ini tidak ada apa yang
perlu dirisaukan. Tuan rumah tidak kisah.

“Jemput makan. Jangan risau, kami guna produk halal. Kami beli makanan
ni diluar. Semua pinggan masih baru.” Jenny Devanport tersengih.

Alex mengangguk. Mereka ambil tahu keperluan Alex dan Aileen yang
beragama Islam. Bagus!

Makanan direnung. ‘Aduh, aku masih kenyang. Pukul lapan malam tadi aku
makan mee goreng. Siap tambah dua kali.”

Alex mengerling jam tangan. Sudah pukul 12 lima belas malam. Dia
menoleh ke kanan. Aileen makan dengan berselera. Padahal sebelum balik
kerja, Aileen makan diluar. Pulang ke rumah, baki mee goreng di kuali
dihabiskan.

“Nak air?” soal wanita yang agak berusia. Dia mungkin salah seorang
tukang masak. Alex menggeleng.

“Encik Davenport selalu makan waktu beginikah? Rasa pelik pula sebab
rutin makan malam selalunya jam lapan atau sembilan malam. Waktu
sekarang terlalu lewat.”

“Kami dah biasa makan waktu begini. Kami aktif dikala waktu mengalami
peralihan,” jawab Dany Davenport sambil mengunyah makanan dengan berselera.

Aktif? Alex pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience