BAB 4

Horror & Thriller Completed 427

“Dia selalu ke sini. Kadangkala aku nampak dia duduk dekat bangku
mengadap kau. Masa tu kau tengah membelek pokok anggur.”

Alex mendongak ke atas. Dia cuba mengingati kembali masa lalu. Seingat
dia, tiada sesiapa disekelilingnya ketika dia berada di kebun mininya
selama ini.

“Lain kalilah aku ajak dia bersembang dengan kau.”

Aileen menyilangkan kaki dan membetulkan cermin matanya. dia membuka buku
kembali. Diselak-selak muka surat yang dia terlupa tanda. Alex
mengangguk dan masuk ke dalam rumah.

II

“Cepatlah Aileen !” teriak Alex . Jam tangan dikerling. Hampir 11.59 malam.

Aileen muncul. Dia tersengih-sengih. Alex memandangnya dari atas ke bawah.

“Lawa malam ni. Pagi tadi kata tak nak ikut,” perli Alex .

Aileen menarik lengan Alex . Dia bersemangat.

Alex mengikut sambil memerhatikan langit malam. Tiada bintang ataupun
cahaya bulan yang boleh memandu perjalanan. Alex menghidupkan lampu
suluhnya. Cahaya dari lampu suluh menerangi langkah mereka ke rumah
jiran. Aileen berjalan rapat di sebelah Alex .

Tidak sampai beberapa minit, mereka berdua sudah tercancang di depan
pintu rumah Dany Davenport. Alex memegang pengetuk pintu dan menolak
beberapa kali hingga menghasilkan bunyi. Lebih kurang empat minit
menanti, kedengaran tombol pintu dipulas.

Bunyi ensel pintu jelas hinggap di telinga.

“Selamat datang. Sila masuk....” Seorang wanita bergaun kembang dan siap
bertopi kecil menyambut mereka.

Alex tersenyum dan melangkah masuk. Aileen mengikut. Bau wangi menerjah
ke rongga penafasan. Sepasang mata menangkap sejambak bunga yang cantik
di depan pintu. Sesuai diisi didalam pasu sederhana besar. Tetamu rasa
tenang dan rasa dialu-alukan ke rumah ini.

‘Oh, bau wangi ni datang dari bunga Peony putih. Kalau aku, warna
kuning lagi cantik. Warna putih tak minat.’ Getus hati Alex .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience