BAB 12

Horror & Thriller Completed 427

Angin petang berderu melanggar tubuh. Alex membetulkan tudungnya yang
meliuk-liuk. Pandangan matanya tertumpu pada rumah sebelah. Ingatannya
kembali pada perbualan singkat bersama Sahir tengahari tadi.

“Roh ke Pak Long?” soal Alex .

“Jin….”

Alex sekadar mengangguk. Barulah kekeliruannya terjawab.

“Rumah tu dah lama tak berpenghuni. Mahluk-mahluk mistik memang sukalah.
Tambah lagi rumah tu pernah berlaku pertumpahan darah. Selepas mendengar
cerita Aileen , Pak Long bawa ustaz ke mari. Yalah, kamu nak menetap di
sini lama. Rumah ni… diri kamu tu. Kena ada pendinding diri supaya tak
diganggu ‘sesuatu’ dari alam sana,” jelas Sahir.

“Kalau penunggu tu nak kacau Alex , sepatutnya dah lama Alex
diganggu.” Alex tidak puas hati. Kenapa dia?

“Kamu masuk tempat ‘dia’. Memanglah dia kacau kamu. Bila kamu pasang
niat nak ke tempat mereka, kamu dinampakkan dengan hal-hal aneh.”

“Alex tak puas hatilah Pak Long! Aileen tak kena se-extrem macam Alex .”

“Siapa kata? Aileen tu kalau tak diubat, lagi teruk dari kamu.
Sebenarnya, sejak dia tinggal di sini, dia selalu terkena ganggu.
Gangguan yang dia terima berbeza-beza. Cuma dia tidak sedar. Tapi dia
sentiasa rasa sensitif dengan persekitaran. Resah, berprasangka, kurang
tidur dan kadangkala bermimpi hal yang menakutkan.”

“Maksud Pak Long?” Alex tertarik.

“Dia didampingi....”

“Ooo… patutlah ustaz panggil dia berubat semalam. Tapi, Aileen tak pernah
cerita kat Alex .”

“Dia tak nak kamu risaulah tu.”

Bunyi tapak kaki menghentak lamunan Alex .

Penghantar surat datang ke rumah Alex dan Aileen sekali lagi hari ini
walaupun agak lewat. Lelaki itu memasukkan surat berwarna hitam ke dalam
peti surat. Sebelum penghantar surat itu pergi, Alex menahan
langkahnya. Dia yang dari tadi memotong dahan pokok anggur sudah lama
menanti kedatangan lelaki Australia itu.

Riak wajahnya berubah.

“Saya nak tanya sesuatu. Tolong jawab,” pinta Alex .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience