Bab 11

Romance Completed 5827

Sudah seminggu berlalu, aku masih tak dapat jawapan kenapa dengan Im. Aku sebagai perempuan ada juga ego yang sendiri, seminggu juga aku tak call, tak whatapp im. Aku sebenarnya nak di pujuk. Tapi... semua angan-angan je lah !

'haihh' tanpa aku sedar aku mengeluh sendiri. Entah kali ke berapa agaknya aku mengeluh dalam minggu ni....

"Pagi-pagi tak elok mengeluh" tiba-tiba ada suara yang sangat aku rindu... suara yang aku nak dengar di saat-saat aku sedih.

"abang Izzzzzzz..." jeritanku membuat semua staff di butik mama berlari ke depan untuk melihat keadaanku.
"Ya Allah... abang rindunyaaaaaaaa..." sambung ku lagi. Abang iz sepupu rapat aku sebelah ibu. Lepas sebulan aku melanjutkan pelajaran ke Universiti, dia pun berpindah ke Texas bersama makngah dan pakngah aku.

"ye Kakak... abang izz dah ada depan mata ni, sorry cadangnya nak balik masa kakak tunang tapi babah masuk hospital pula." terang abang iz kepadaku.

"ehh ? pakngah masuk hospital ke ? so sekarang pakngah macam mana?" tanya ku agak risau.

"Alhamdulillah, babah sihat dah. Eh abang dah mintak izin maksu nak bawak kakak keluar. Jum lah kita lunch"

"okey jum. Mia... saya keluar lunch tolong tengok butik ye" laungku kepada staff yang lain.

****

Aku memilih Cafe berdekatan dengan butik supaya senang aku nak balik ke butik. Sementara menunggu makanan sampai aku membuka topik perbualan kami. Banyak yang ingin aku ceritakan kepada Abang iz... yee sangat banyak...

"Bila abang sampai Malaysia?" tanyaku pada abang iz

"pagi tadi, paksu dengan umi su yang jemput abang iz tadi" kata abang iz kepada ku. Jelas aku terkejut, rupanya abang iz dah maklumkan kepada papa dan umi yang dia akan balik ke Malaysia. Sejak hubungan aku dan papa mula baik, kami banyak berkongsi cerita. Tapi... yang satu ni dia tak pula bagitahu. Saja laa tu papa !

"tak payah marahkan paksu, abang yang suruh paksu rahsiakan. Sebab abang nak tengok adik abang bekerja" jelas abang iz kepadaku. Dia seakan tahu apa yang sedang bermain di fikiranku saat ini. Hehe tak pernah berubah abang iz ni ! desis ku dalam hati.

"okey so berapa lama abang kesayangan kakak ni duduk Malaysia?" soalku lagi

"hurmmmmm tak lama, seminggu je. Abang tak boleh tinggalkan babah dan mana lama sangat. Takut apa-apa jadi dekat babahkan" jelas abang iz pada ku "but i have a good new for u" sambungnya lagi.

"what abang?" soalku sambil mengangkat kening tanda ingin tahu.

"lagi setahun abang akan pindah ke Malaysia"
"serious laa? dengan pakngah makngah semua ?"
"yea... abang tak main-main"
"yes .... tak payah kakak dengan adik pergi Texas nak jumpa korang" kata ku sambil cibir lidah pada abang iz

****

Selesai lunch bersama abang iz, aku balik semula ke butik untuk selesaikan kerja aku. Harini tarikh sepatutnya aku dan im ke butik pengantin untuk cuba semua pakaian yang telah kami pilih. Tapi sehingga pukul 4 petang im masih tak muncul-muncul di butik Mama.

'patut ke aku call dia? dia lupa kot' desis ku dalam hati. Aku memandang kosong Telefon bimbit ku di atas meja. Lima minit selepas itu, lagu kau ilhamku nyanyian ManBai mula berkumandang di telefon aku. Cepat tangan aku mencapai dan menekan butang 'answer' di telefon. Aku ingat im,rupanya pereka designer kami yang call untuk confirm kan balik tarikh kami untuk datang ke butik mereka.

"Assalammuailaikum... kakak" tiba-tiba mama masuk ke dalam bilik ku.

"eh mama... bila ma datang ?" tanyaku kepada mama. Agak terkejut bila mama muncul di butik tanpa maklum kepada aku terlebih dahulu. 'ni mesti mama nak check aku dah pergi ke belum, selalunya mama tak kan muncul tiba-tiba kalau semuanya baik-baik je' ngomel ku dalam hati.

"Designer baju kahwin kamu call mama, batang hidung anak menantu langsung tak nampak dekat butik. Dia tanya mama, anak mama ni jadi ke tak kahwin?" soal mama dengan pandangan yang serious. "haa lagi satu, baju yang kamu reka, kamu mintak dia buat tu, nak kasi sapa pakai? mama ke?" Aku tau mama marah, kalau perkataan 'kamu' dia guna, memang habis dah.
"Kakak ni dah kenapa ye? bukan ke mama pesan sebelum tunang, kakak kena banyak bersabar, banyak tolak ansur. Kakak kahwin bukan benda main-main lah kakak" sambung mama lagi, kali ni nada suaranya agak tinggi.

"ma kakak minta maaf. Tapi bukan salah kakak. Kakak tunggu je im call , whatapp kakak tapi takda.. mama patut pergi tanya dia nak kahwin dengan kakak ke tak.." jelas ku pada mama. Masa tu air mata dah hampir nak mengalir, cepat aku tahan. Aku malu nak menangis depan mama.

"kakak bukan tak nak pergi fitting baju ma.. tapi kalau kakak sorang je yang beria siap kan semua, im langsung tak ambil peduli.. takkan kakak tak boleh nak sabar lagi ma.." sambungku lagi. Kali ni mama seakan terdiam. Mungkin dia paham perasaan aku atau dia cuba menahan marahnya. Entahlah !

"Harini baru saya nampak, future wife saya sayangkan saya" entah dari mana muncul si im ni aku pun tak tau. Tiba-tiba dia muncul di butik mama.

"im kerja aunty da settle, sekarang u kena selesaikan dengan anak aunty.. kakak mama jumpa kakak kat rumah ye" rupanya rancangan im dan mama. Mama nak im dengar sendiri isi hati aku saat itu. "Kakak kalau boleh selesaikan dengan baik, jangan ada yang terluka" bisik mama sebelum berlalu pergi.

Dab sekarang tinggal aku dan im untuk selesaikan segala masalah kami. 'Ya Allah aku betul-betul rindu nak dengar suara lembut im' bisik ku dalam hati.

"sayang.. im nak minta maaf. Im tau yish sakit hati.. yish sedih bila im buat yish macam ni. Itu belum lagi yang dekat kenduri yaya dengan anoi." terang Im kepadaku. "sayang... im buat ni semua sebab im nak dengar sendiri yish mengaku yang yish care pasal perkahwinan kita. Im nak tengok yang im ni penting tak dekat awak...Harini im da dapat jawapan im.. im tau yish dah mula sayangkan im" sambungnya lagi..

"Im... tolong.. balik dulu. yish nak tenangkan hati yish. kalau yish tengah marah, mungkin keputusan yang tak sepatutnya yish ambil" kataku kepada im.

Bukan aku tak nak maafkan dia, tapi aku pun ada perasaan. Aku tak suka di permainkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience