Bab 7

Romance Completed 5827

Akhirnya hari yang kami tunggu telah pun tiba, jam dan Im yang banyak merancang untuk percutian kami kali ini.

Kami bersetuju untuk ke Cameron Highland kerana di situ terdapat banyak tempat yang cantik serta udara yang nyaman untuk kami berenam istirehat.

"Kakak... cepat turun... semua dah sampai ni.." jerit mama kepada ku.

"kejap maaaa... "

"kamu semua paham jelah ye anak aunty tu, siap lama sangat. Mengalahkan artis"

"mengumpat anak biarlah jauh sikit ma, kakak dengar laa" balas ku seakan merajuk. Gurauan aku dan mama di sambut dengan gelak ketawa sahabat-sahabat aku.

"eh jom lah gerakk... kang lambat pula sampai" ajak im pada kami semua.

kami pun memulakan perjalan ke Cameron Highland dengan menaiki kereta toyota velfire papa. Syukur papa bagi pinjam. Antara kami enam orang ,tiada sorang ppon yang ada kereta untuk di naiki seramai 6 orang.

Setelah menempuhi 3 jam perjalanan kami sampai ke destinasi. Semua sedia maklum bahawa udara di Cameron jauh berbeza di Kuala Lumpur. Udara di disini nyaman.

"Alhamdulillah... sampai pon" ucap Lan. "Syukur lah kan jalan tak berapa sesak" sambungnya lagi. kami memang rancang hari kerja untuk naik ke Cameron, supaya dapat mengelak dari jem.

selesai check in bilik masing-masing, kami pun berehat. Selesai solat Asar kami janji untuk kumpul di Lobby untuk memulakan percutian kami di Cameron.

Hari kami di akhiri dengan makan malam ni gerai berdekatan hotel sahaja. Esok selepas subuh kami akan keluar untuk berjalan lagi, aku dan yang lain membuat keputusan untuk lepak di lobby hotel sahaja malam ni. Banyak cerita yang kami bualkan.

'Seronokknya aku tengok kawan-kawan happy' bisik ku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience