Bab 15

Romance Completed 5827

Hari kedua kami di Terengganu , kami menghabiskan masa dengan shopping di pasar payang dan mencari makanan-makanan yang viral di sana, mr Google yang banyak membantu kami. Alhamdulillah, semua list makanan yang kami google , jumpa juga.

Malam tu kami buat aktiviti bebas Yaya dan Anoi membawa anak mereka keluar berjalan, Lan dan yana serta jam dan Laila juga keluar mencari tempat lepak yang best. Memandangkan kami memilih hotel berdekatan pantai, aku mengambil peluang untuk duduk di tepi pantai. Malam minggu di Terengganu tidak seperti KL, yang riuk dengan manusia-manusianya. Di sini aman. Aku dapat hirup udara malam yang segar.

"tenangkan kat sini" tiba-tiba suara Nizam kedengaran di belakang ku. Aku berpaling dan senyum ke arahnya. "orang ingat awak ikot kawan-kawan awak"

"hmn tak lah, tak nak kacau diorang" balas ku

"kalau macam tu boleh orang teman awak kat sini? " tanya dia kepada ku.

"boleh je, orang pun bosan ni" aku tak tau nak borak apa dengan dia. Dia diam aku pun diam. Tak apa lah layan je lah bunyi ombak. 5 minit kami diam tanpa suara. Tiba-tiba Nizam mengeluarkan suaranya.

"can i ask u something?" tanya dia serious.

"sure. apa dia?"

"kenapa awak tak kahwin lagi ? .. maaf kalau soalan orang agak personal sikit" tanya dia memandang ke arah ku.

"orang kena jawab ke soalan awak tu?" soalannya aku balas balik dengan soalan.

"yes" ringkas , tapi tegas dia menjawab.

"okey first, jodoh bukan orang yang tentukan, tapi Allah. second is... takda orang nak masuk meminang... okey orang dah jawab"

Dia memandangku dengan pandangan yang aku sendiri tidak dapat tafsirkan. Tak selesa pun ada. "Nizam kenapa awak pandang orang macam tu?" soal ku.

"Orang dapat rasakan yang awak masih tak boleh lupakan im. Sebab tu awak tak kahwin lagi" balasnya selamba. "awak, macam mana pun lah awak ingat kat dia, dia tak boleh hidup balik. Orang nasihat kan awak bawak-bawak lah lupakan dia. Rindu boleh, tapi jangan bebankan diri sendiri" sambungnya lagi.

"Awak tak rasa apa yang orang rasa" balas ku pelahan.

"manatau orang tak rasa? awak tahu sejarah hidup orang?" tiba-tiba suara Nizam kedengaran tegas kembali. "Bakal tunang orang meninggal, brain cancer 2 tahun lepas, masa tu orang tahun ketiga dekat ireland. Orang tak sempat nak jumpa dia pun. Orang ambik masa nak lupakan dia, tapi tak laa lama macam awak" aku terkejut mendengarnya. Kisah dia seakan aku, bezanya aku sempat tengok jenazah im.Tapi nizam tak.

"sorry, orang tak tau" balasku sambil memandang Nizam. Terpancar riak sedih di mukanya, mungkin teringat arwah tunangnya. Selepas itu, aku dan Nizam terus senyap kami melayan perasaan masing-masing.

****

Hari terakhir kami singgah ke Noor Arfa butik yang terkenal di Terengganu, Aku beli sedikit buah tangan untuk mama , umi dan aunty maria. Selesai membeli belah kami singgah makan dulu di gerai Nasi dagang. Di KL susah nak dapat Nasi dagang yang sedap, bila kat Terengganu ni kami tidak sesekali melepaskan peluang.

Selesai makan, kami mulakan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Aku tak banyak berbual dengan Nizam. Tak tau kenapa Nizam macam dingin dengan aku hari ni, cara dia bercakap pun tak macam biasa. Tapi dengan yang lain elok pulak. Aku tak selesa dengan keadaan dalam keretanya, aku pun mulakan perbualan kami.

"Awak nanti sampai KL balik rumah Aunty Nora ke atau rumah awak?" soalku memulakan bicara. Senyap...Ok tak ada jawapan, dia tak dengar kut. "emmm awak, dah berapa lama duduk dekat Damansara?" soalku lagi, tapi Nizam masih senyap. Hati aku mula panas. Aku tak tahu apa punca dia jadi macam ni. "Berhenti kat tepi tu.." Nizam masih dengan muka selambanya "orang cakap berhenti.. berhenti laaa..." hilang sabarku, aku menjerit di dalam keretanya. Dia seakan terkejut dan mengikut arahan ku.

Kereta kawan-kawan ku di belakang turut berhenti. "awak dah kenapa haaa? hilang akal ke ? menjerit pula" Nizam tempik ke arah ku. Sebelum airmata aku jatuh, lebih baik aku keluar. Tanpa menunggu aku keluar dari kereta Nizam dan masuk di dalam kereta yaya. Aku suruh anoi beritahu nizam aku tumpang kereta mereka. Lepas itu kami pun meneruskan perjalanan balik ke KL. Sampai di rumah yaya, aku terus mintak diri secepat mungkin dan ambil semua barang ku dalam bonet kereta Nizam. Aku tak boleh langsung nak pandang muka dia. Aku pun tak tau kenapa aku jadi emo macam ni, nak kata period dah lepas.. entah laa. Aku sendiri tak faham dengan diri aku.

Lepas habis letak barang aku dalam kereta, aku terus balik ke rumah. Mandi dan solat isyak dan tidur. Penat. Sedih semua ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience