Bab 12

Romance Completed 5827

Jam di dinding tepat pukul 12 tengah malam, aku tak tau kenapa aku masih tak boleh lelapkan mata. Hati aku rasa tak sedap. Sekejap ke kiri , sekejap aku berpaling ke kanan. "arghhhh... kau dah kenapa ni Iris ... Ya Allah... kenapa aku rasa nak menangis ni"

Tiba-tiba aku terdengar suara mama menjerit dari biliknya. Cepat aku berlari menuju ke bilik mama. "Maaaaa... maaa kenapa ni ma".. aku tengok mama mengalirkan airmata memandang tepat ke arah mata ku. "Yish.. mama nak yish bertenang. dengar elok-elok apa maa nak cakap" mama usap belakang ku. "Yish... Aunty maria call mama.. dia cakap.." kata-kata mama terhenti di situ

"maaaaa... aunty cakap apa maaaaa..."
"im dah tak ada sayang.. im accident meninggal di tempat kejadian"

Dunia sekarang aku rasa terhenti seketika. Aku diam, menangis tidak, bercakap pun tidak. Aku memandang mama. Mungkin mama tersilap dengar.

"yish.... yish kuat ye sayang.. sekarang yish pergi salin pakaian.. kita pergi hospital ye" kata mama kepada ku. Ya kali ni aku bagai nak pitam. Apa yang aku dengar adalah realiti...

"maaa.. mama.... Im maaa... immm.." tersekat-sekat suara ku saat itu. "maa... kenapa im tinggal kan kakak? kenapa maa.?.. maa kakak belum sempat cakap dekat im yang kakak sayang kan dia."sambung ku teresak-esak.

"sabar lah kakak. Allah lagi sayang kan dia. Sekarang pergi salin baju. Kejut adik. Kita pergi ye" aku sekadar angguk dan terus berlalu ke bilik ku. Di dalam bilik sekali lagi aku cuba hadam apa yang baru mama sampaikan pada ku. Aku mencapai telefon bimbitku. Whatapp dari 'monkey geng' aku buka

monkey Lan : Yish... lan nak yish sabar ye. Sedekah Al-Fatihah dekay arwah

monkey yaya : Yish.. maaf aku tak ada dengan kau sekarang. Yish aku dengan anoi dah bertolak dari Johor. Kau istighfar banyak-banyak ye sayang.

monkey anoi : Lan.... pergi tenangkan yish dulu sementara kitorang sampai.

monkey jam : Jam otw dari Seremban. Yish sabar kay

monkey yaya : ish korangggg.. ya risau laa mana yish ni.. tak online pon

monkey jam : sabar-sabar.. kejap lagi dia reply tu. dia nak tenangkan diri kejap kot.

me : Korang... yish tak kuat...ya yish tak sempat nak bagitau im. Yish tak sempat cakap hari-hari yish rindu im..

Aku balas whatapp mereka dengan air mata yang tak dapat aku tahan. Aku betul-betul menyesal. Im maafkan yish...

*****

Sekitar pukul 10 pagi jenazah Im selamat di kebumikan. Aku bercadang untuk tidur di rumah Aunty Maria. Semasa di rumah Im, kakak im serahkan semua barang-barang milik im kepada aku. Im pesan kepada kak Mira kalau apa-apa terjadi kepadanya, sampai kotak kenangan ni dekat aku. Im seakan tau dia akan pergi. Barang-barang yang im simpan dari kami kecil sehingga dewasa. Di setiap gambar kami berdua ada tercatit I Love You Iris Farisha yang di tulis sendiri oleh im.

"Im , yish mintak maaf" aku tidak dapat membendung rasa bersalah ku pada arwah im. Segala pengorbanan im akan aku ingat sampai bila-bila.

Aunty Maria suruh aku tidur di bilik im malam tu. Bila aku masuk bilik tu, tangisan ku tak dapat aku tahan. Rupanya im dah persiapkan segalanya untuk perkahwinan kami. Hantaran, hiasan bilik semua dia siapkan. Aku terduduk mendengar keterangan Aunty Maria. Kak mira memeluk ku, seakan paham aku lemah saat itu. "Yish.. sabar ye. Akak tau apa jadi dengan hubungan korang. Yish.... im beli semua hantaran ni masa dia di London sebelum majlis yaya. Dia cakap Yish suka suprise" Kak mira jelaskan pada ku satu persatu. "Im ingat dia nak suprisekan yish malam sebelum korang nikah nanti..."sambung kak mira.

"Kak yish menyesal kak. Yish tuduh dia macam-macam.. yish sakitkan hati im kak.. yish jahat kak. Padahal dia sahabat yish dari kecil.. dia tunang yish.. dia paling paham yish... kak yish tak layak kak dapat semua ni" menangis ku teresak-esak. Aku malu berhadapan dengan keluarga im. Aku sakitkan hati im. Aku rasa masa tu aku memang tak layak untuk dia.

"sayang jangan cakap macam tu... yish layak untuk semua ni. Anak aunty pergi memang takdir. Allah memang sayangkan dia.Aunty tak salahkan sapa-sapa sayang" kata aunty maria kepada ku. Dia memeluk ku dengan erat.

"Yish rehat ye... kesian yish dah tolong kakak dengan mummy layan tetamu tadi. bilik akak sebelah je. Kalau nak apa-apa ketuk je ye" Kak mira dan aunty maria pun berlalu ke bilik masing-masing. Aku merenung setiap hiasan dalam bilik arwah. 'aku macam pernah lihat semua design-design dan barang dalam bilik ni' desis hatiku
Aku cuba mengingati semuanya. 'Ya Allah ! im kenapa im buat semua ni' setiap barang dan hiasan yang ada semuanya aku pernah tunjuk dekat im masa kami sekolah dulu. Dia masih ingat ! Tiba-tiba ingatan ku teringat apa yang berlaku

4 Tahun sebelum

"weh balik sekolah ni nak g ikea tak?" tanya yaya kepada kami berlima.

"jom" balas kami serentak

Sampai dia ikea kami memilih untuk makan meatball yang 'famous' di situ. Selesai makan, kami semua merayau di dalam ikea. Tujuan yaya mengajak kami ke sana untuk mencari idea untuk biliknya di rumah baru nanti.

"wehh ya.. wehh korangggg.. tengok.. cantiknya.. ehh kalau yish kahwin nanti yish nak lah suami yish hias bilik kami macam ni... cantikkk" kata ku dengan riang.

"inshaAllah yish.. ada tu yang akan hiaskan untuk yish" jam menyampuk dari belakang. Mereka pun tersengih memandangku..

Masa tu aku tak faham apa yang di maksudkan oleh jam. Baru sekarang aku tau, im memang berusaha sebaiknya untuk aku dari sekolah lagi. 'Terima kasih im, im dah jadikan yish perempuan paling bertuah'. Sebelun aku melelapkan mata yang letih akibat menangis, aku sedekahkan Al Fatihah untuk tunangku yang tercinta. 'im boleh ke im di gantikan dengan orang lain selepas ni'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience