Bab 18

Romance Completed 5827

Aku dan Nizam memilih berbulan madu di Venice, Italy. Aku tak tau kenapa tapi, Italy salah satu Negara yang aku paling suka dengan sejarahnya.

Hari kedua aku dan Nizam di Venice kami pergi ke tempat yang di syorkan oleh tourist guide kami, Kami dapat tourist guide dari Malaysia yang sudah lama menetap di Italy. Kami di bawa ke kawasan Rialto Bridge. Terdapat barisan kedai-kedai cenderamata yang menjual cenderamata dengan harga murah. Kami berdua tidak melepaskan peluang untuk membeli sedikit cenderamata untuk di bawa pulang ke Malaysia. Sepanjang kami di situ, Nizam tidak sekali pun melepaskan tanganku makin kuat gengaman tangannya. Aku rasa selamat berada dekat dengan suami ku, di tambah lagi dengan keadaan sesak begini.

Selesai membeli belah kami di bawa ke restoran Halal di kawasan Italy, banyak makanan Halal yang sedap boleh aku dan suami di Italy. Setelah itu, kami sambung berjalan kembali. Setelag penat seharian kami berjalan, kami pulang ke Hotel untuk membersihkan diri dan berehat. Esok awal pagi kami akan bertolak ke Airport untuk pulang ke Tanah air.

Esoknya seperti yang di janjikan kami akan bertolak terus ke Airport. Bonda Nizam awal pagi lagi sudah facetime dengan kami berdua. Tidak sabar dia mahu menyambut kepulangan kami berdua. Kebetulan mama, papa dan umi masing-masing sibuk pada hari tersebut, jadi Bonda menawarkan diri untuk menjempot kami berdua.

******

Sudah seminggu kami pulang ke Malaysia. Nizam menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Sepanjang dua hari ni , aku tak pasti kenapa suami ku asyik pulang lewat malam. Kami pun sudah tiada masa untuk berbual berdua. Untuk sedapkan hati aku, aku positif , dia mungkin banyak kerja. Maklumlah Nizam seorang doktor.

"Haih malam ni aku tanya je lah, mana tau dia tiba-tiba normal pula" aku bermonolog sendiri. Tepat jam 11 malam aku dengar bunyi enjin kereta Nizam, cepat aku berlari masuk ke bilik. Aku menunggunya di dalam bilik sahaja.

"Kenapa tak tidur lagi" soal Nizam kepadaku. Dingin ! ye aku kenal suara dinginnya itu.

"saya tunggu abang laa" jawab ku. Aku memerhatikan setiap gerak geri suami ku. Dia hanya bersahaja.

"Buat apa tunggu orang, awak boleh tidur dulu. Orang nak buat kerja sikit" sekali lagi. Dingin lagi suaranya.

Aku memberanikan diri untuk bersuara sekali lagi. Aku mahukan jawapan wahai suami!
"Abang kenapa dua hari ni balik lewat je bang?" soalku memandangnya.

"bukan masalah awak. Dah orang nak mandi" sekali lagi dia bahasakan dirinya 'orang'. Masa mula-mula kahwin tu, pandai pulak mintak aku tukar panggilan abang! bentak ku dalam hati.

"kejap... abang kenapa ni ? abang ada masalah ke? cerita laa kat Yish. Manatau Yish boleh tolong" aku capai tangan suamiku dan usap di belakang tangannya perlahan. Tangan ku di tepis Nizam. "Pergi tidur lah" dia terus berlalu ke bilik air. Saat tu air mata aku bagai nak gugur. Ni bukan Nizam yang aku kenal. Mesti ada sesuatu ni. Takpa aku tunggu jelah dia lepas habis mandi.

Selesai Nizam menyalin pakaiannya aku pun mula merapatinya. "Abang... abang kenapa? abang ada masalah.. cerita laa kat Yish. Siapa tau yish boleh tolong abang" tanyaku perlahan kepada Nizam. Dan kali ni, dia menolak ku sehingga aku terjatuh ke lantai. "kau boleh senyap tak ? kusut la aku dengan kau ni" Nizam berlaku meninggalkan ku. Dia membawa bantal dan selimutnya ke bilik tetamu. Malam itu aku di biarkan sendiri, tidur tanpa suami dan di temani airmata. Saat itu, aku teringatkan im. 'Im , yish tiba-tiba rindukan im' .....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience