Bab 10

Romance Completed 5827

Sudah 4 bulan aku bergelar tunangan kepada sahabat ku iaitu Himdan Wildan a.k.a Im. Keluarga im dan keluarga aku bersetuju untuk ikat tali pertunangan kami selama 8 bulan. Jadi, tinggal 4 bulan sahaja lagi aku dan im bakal di satukan menjadi suami isteri. Macam bermimpi pulak, aku dah nak kahwin!... hehe...

"wehh menung apee... haa ni kenapa senyum sorang ni" tegur Yaya mematikan lamunan ku.

"...ishhh Ya... tekejot laa aku.. bagi laa salam ya" marah ku pada yaya.

"Yish.... lepas majlis sanding aku esok.. kau jangan laa balik dulu. Aku nak kau ada dengan aku sampai habis majlis yea." rayu yaya dengan muka sedihnya tu. Yaya kalau bab merayu memang win !!

" eeemmmm..... okeyy ya. nanti majlis aku pun.. aku nak kau ada jugak okey?"

"beresss" balas yaya dengan senyuman.. Yaya akhirnya kau bahagia...

******

Majlis perkahwinan yaya dan anoi atau nama sebenarnya Azwan shah berjalan dengan lancar. Ramai sanak-saudara yaya datang untuk memeriahkan lagi majlis mereka berdua. Rakan-rakan kami masa sekolah dulu pun turut hadir sama termasuk lah monkey geng yang setia.

"Lepas majlis yaya dengan anoi, majlis yish dengan im pulak. Aku dengan lan ni entah bila la" kata jam dengan nada kecewa.

"laa jam kau ada hasrat nak kahwin jugak ke ? aku ingat lan kau gay hahaha" balas lan sambil ketawakan jam.

Aku turut terhibur dengan usikan mereka. Gurau tawa mereka selalu mencuit hati aku.

"Majlis ni dah habis, orang pun dah balik.. si im ni mana ? kenapa yang lambat sangat.?" tanya anoi padaku.

"yish tak tau laa noi, im tak balas whatapp.. call pun tak jawab" aku sememangnya risau keadaan tunang. Terakhir kali kami berhubung semasa dia beritahu aku, yang dia dah naik flight untuk balik ke KL. Kebelakangan ni Im selalu Outstation, sampai kami berdua tiada masa untuk menyiapkan segala persiapan perkahwinan bersama. oppss! bukan kami yang tiada masa, tapi im sorang jer!

10 minit kemudian, semasa kami berbual im tiba di rumah Yaya. Tapi .... kenapa ada perempuan yang aku dan yaya tak pernah suka masa kami sekolah dulu ? ... aku mula berteka teki sendiri di dalam hati.

"assalammuailaikum geng.. sorry lambat. ni haa tunggu si Farah ambil aku dekat airport.. korang ingat dia lagi kan?" soal im kepada kami semua. Im langsung tak pandang dan balas senyuman aku ? ehh dia dah kenapa? weh aku tunang kau kot !

"ehh ingat... haa ingat...farah haii..sihat ?" balas lan dengan nada tersekat-sekat. Mungkin lan dan yang lain pun rasa apa yang aku rasa.

"sihat.. eh yaya.. anoi.. congratulation on ur wedding. Nah hadiah dari aku" balas Farah memandang ke arah anoi dan yaya. Senyuman tu.. senyuman penuh makna bagi aku, macam senyuman dia bila aku dengan Yaya cari pasal dengan dia masa sekolah dulu. Yes.. aku ingat senyuman tu.

"ehh thank you farah.. ermm pergi laa makan dulu.. " balas yaya dengan senyuman dia yang aku kenal. Yaya kalau tak suka seseorang tu mula laa dia kasi senyuman paling tak ikhlas dia hehe... biar lah si Farah tu tahu dia tak di jemput pun ke majlis ni.

Farah dan im berlalu untuk mengambil makanan masing-masing. Im langsung tak tegur aku ? apa salah aku ye? Dah kenapa malam tadi elok je berbual, hari ni dia macam terlupa aku ni tunang dia.. permainan ape dia nak buat ni ? Tanpa aku sedar air mata ku menitis. Cepat aku lap supaya takda sorang pun yang nampak. Tiba-tiba yaya usap belakang ku, dan yang lain pun memandangku dengan rasa yang aku sendiri tak pasti samada simpati atau sedih.

"Lan rasa dia terjumpa Farah dekat pagar rumah yaya tu yang dia masuk sekali" Lan menyejuk kan hati aku seketika.

Kami pun duduk semeja dengan im aku memilih untuk duduk sebelah Jam, seperti yang aku sangka Farah memilih duduk dekat dengan tunangku. Haih perempuan ni kena jugak karang.. panas je aku tengok dia ni..ngomelku di dalam hati.

"Im ... nak tambah air ke yish ambilkan ye.." Baru sahaja aku mahu mengambil gelas im Farah bangun dan menuang air kosong di gelas yang sama. Aku memandang je arah im, riak wajahbya bersahaja. Tak bercakap walau sepatah pun dengan aku. Sekali lagi rasa sedih yang baru nak reda dalam hati datang balik.

"sorry, aku balik dulu.. ingat esok friendship anniversarry kita. Tahun ni rumah yish. Jumpa esok ye" aku berdiri dan menyalam yaya serta berlalu pergi. Tak betah aku duduk di situ lama-lama.

Aku menangis sepuas-puasnya di dalam kereta. Tak habis pikir aku kenapa sikap im lain sangat harini... 'im kalau tak nak yish lagi tolong laa bagitahu'.

*******

Adik masuk dalam bilik aku untuk tunjuk gambar-gambar perkahwinan yaya dengan anoi siang tadi. Tasha dengan mama datang sekejap je tadi sebab mama tak boleh lama hari sabtu memang biasanya mama akan ke rumah anak yatim di sekitar kuala lumpur untuk makan bersama-sama mereka. Kadang aku tengok mama, macam mana mama boleh tabah membesarkan kami selepas bercerai dengan papa. Kuatnya Mama.. macam mana kakak nak jadi sekuat maama....?

"kak.... kakak dengar tak adik cakap ni" soal tasha padaku.

"ehh yee.. haa kakak dengar.. ehh cepat laa kakak nak tengok gambar tadi"

"abenda lah yang kakak fikir ni ? gambar habis dah adik tunjuk" jawab tasha sambil memandangku mahukan jawapan yang tepat.
".... kakak ada masalah kan ? cepat cakap kalau tak adik suruh mama tanya." soalnya lagi.

"adik.... adik rasa akak dengan abang im tu memang ada jodoh ke?" tanya ku pada tasha. Aku tiada adik beradik lain, tasha satu-satunya adik yang boleh simpan semua rahsia aku, jarak kami 3 tahun je sebab tu kami rapat sangat. Dari kecik tak pernah terpisah.

"adik agak dah... kak kalau si Farah tu lah penyebab akak jadi macam ni... akak tolong laa.. adik minta tolong jangan lemah. Farah tu Allah hantar untuk uji kakak dan abang im dalam fasa bertunang..." Tasha kalau bab-bab agama ni dia lah penasihat setia. Untung siapa dapat adik aku ni!

".... kak... Allah turunkan si Farah tu untuk tengok sejauh mana kakak dengan abang im tu boleh sabar. Andai kata goyah di tengah jalan, maknanya korang dua tak cukup bersedia lagi untuk di satukan..kakak sabar ye"sambung tasha lagi. Aku sekadar angguk dan beri senyuman lega kepada tasha. Ye aku boleh berfikir dengan tenang sekarang. Adik memang banyak membantu...terima kasih adik kakak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience