Bab 9

Romance Completed 5827

Dua bulan kemudian.....

Dua bulan sudah berlalu, persiapan pertunangan aku dan Im pun sudah hampir siap. Tinggal tunggu harinya sahaja.

'yes' itulah jawapan aku dekat Himdan Wildan Bin Azhar. Dari status sahabat ,bakal bertukar menjadi 'tunang'.... dan.... selepas ini mungkin suami ?

*ting*
(1 message from Future Husband)

im : Yish.. dah sedia nak jadi tunang orang esok?

me : Belum..

im : Yishhhhhh......jangan main-main lah

me : ish datang jelah besok

im : I Love You future wife orang

me : hmm yelah

aku masih ingat, seminggu selepas percutian kami, Im datang ke rumah, untuk berjumpa dengan mama. Yang aku terkejut, dia pergi ke rumah papa dan umi dulu sebelum ke rumah kami. Dari situ aku mula nampak keikhlasan nya untuk mengambil aku sebagai isteri. Kadang-kadang aku terfikir jugak, sejak bila dia mula ada hati dengan aku, sahabat dia yang paling kasar pula tu. 'Haih' tanpa aku sedar aku mengeluh sendiri.

*****

Tinggal esok untuk aku menukar status single aku kepada "Milik seseorang" . Debaran semakin terasa. Alhamdulillah, hari ni ramai sanak-saudara tidur di rumahku. Mereka juga tidak sabar untuk menunggu detik-detik kegembiraan aku pada esok hari.

"kakak.... kenapa termenung kat luar sorang-sorang ni?" tegur mama kepada ku.

"Ma ... kakak takut laa.. kakak takut untuk esok.. kakak takut nak jadi tunang im... kakak takut kalau kakak tak boleh jadi yang terbaik untuk im...." kata ku perlahan "maa.. macam mana kalau sebenarnya.... im dengan kakak tak ada jodoh?..." aku pandang mama. Aku mahukan kekuatan dari mama. Entah kenapa hatiku sangat bercelaru saat ini.

mama seakan tahu perasaan ku pada saat itu. Mama duduk di sebelah ku sambil memegang erat kedua tangan ku.

"kakak..... Mama harap kakak takda plan B untuk majlis esok ye.." mama diam... "kakak.... ujian orang bertunang ni lagi dahsyat. Kakak jangan takut sekrang ye.. kalau Allah kata dia jodoh kakak... korang tetap akan bersatu" pesan mama pada ku.

"Ma , ma rasa pilihan kakak ni betul ke?" tanya ku lagi kepada mama. Tak tahu kenapa makin dekat majlis makin aku gelisah. Kadang ada perasaan nak batalkan je majlis ni.

"Mama paham apa yang kakak rasa sekarang. Kakak kata dah buat istikarahkan..?.. bila kakak tanya macam tu dekat mama.. mama rasa kakak macam tak percaya pada petunjuk Allah bagi kat kakak..." kata mana kepada ku.

"..... kakak ...Im tu elok orangnya... keluarganya pun baik. Solat dia pun tak tinggal. Ma rasa kakak lagi paham dia dari mama kan ? berapa lama kakak kawan dengan dia.. kalau kita nak halalkan sesuatu perhubungan tu, memang banyak cabarannya kakak. Apa yang kakak kena buat skrg adalah doa. Doa supaya kakak lebih tenang ye sayang.." sambung mama lagi. Kata-kata dan semangat serta sokongan mama buat aku lebih yakin dengan pilihan aku!

yea... Im .. yish bersedia !

*****

Pintu bilik ku dibuka. Aku ingatkan bakal mak mertua nak sarung cincin.. ishhh adik rupanya! bisik ku dalam hati.

"kakak...." jerit Tasha dengan perlahan..

"Ya Allah... cantiknya kakak tasha harini. Mesti abang im terpegun ni kalau dia tengok" sambung tasha lagi.

"ye dik.. kak ya pun tak pernah tengok kakak awak cantik macam ni" sambung Yaya pula. Pujian melangit mereka berdua buat aku tersipu malu sekejap. Aku rasa aku la perempuan melayu terakhir pada hari ni ! arghhh !

Maklang masuk ke bilik ku untuk beritahu Ibu pihak lelaki nak masuk bilik untuk sesi menyarungkan cincin dan bergambar.

"Assalmuailaikum... Ya Allah cantiknya bakal menantu mammy ni" aku salam tangan Aunty Maria dan sanak saudara Im yang ikot masuk ke dalam bilik ku. Tiba-tiba perasaan malu aku rasakan apabila ramai mata memandang ke arahku.

selesai sarung cincin kami bergambar beramai-ramai di bilik ku. Aku tidak di benarkan keluar bilik selagi pihak lelaki tidak balik. Mama cakap dia nak rasa majlis tunang macam orang dulu. Tiada pelamin cuma hiasan di bilik sahaja.

****

Alhamdulillah majlis tunang aku dan im berjalan lancar. Malam tu semua sanak-saudara ku mula beransur pulang. Papa dengan umi pun mula meminta diri untuk pulang..

"kak papa nak pesan, jaga hubungan ni sampai halal. Cabaran bertunang memang banyak. Kakak. banyak kan bersabar ye" pesan papa kepadaku. Aku sekadar angguk mendengar pesanan dari papa ku.

"kakak, umi nak tengok kakak naik pelamin. Kakak orang baik. Gadis yang cantik. InsyaAllah im boleh jaga kakak" kata umi sambil tersenyum. Alhamdulillah hubungan aku dengan umi pun mula baik. Aku dah buang segala amarah dan dendam aku kepada umi. Sekarang aku cuba mengenal umi dengan lebih dekat lagi.

Aku memandang cincin di jari manisku...
'Alhamdulillah... Ya Allah terima kasih untuk semua. Kalau memang dia yang tercipta untuk ku, Jaga lah hati kami Ya Allah.'

'Aku Bahagiaaa'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience