Bab 14

Romance Completed 5827

Lagu Fight song nyanyian Rachel platten berkumandang di Handfone ku. Nombor yang tidak aku kenali terpampang di skrin telefon ku. Aku menjawab telefon tersebut, mana tahu penting.

"Hello, Iris bercakap"

"Assalammuailkum iris" orang di sana memberi salam. Macam kenal suara ni !

"Waalaikumsalam, siapa erk?" soal ku.

"Orang lah" balasnya selamba

"Memang laa orang belum pernah saya dengar binatang ada telefon" balas ku geram.

"Woww garangnya, orang laa Nizam"

"Laaa Nizam ke... ingat loyar buruk mana tadi.. hehe" balasku mengusik.

"amboiii... eh yish.. kat mana ? dah lunch ke?" soal nizam kepada ku.

"kat office. Awak kat mana? orang tak sempat nak makan, baru balik jumpa client"

"cantikkk.. orang kat area office awak ni. jum laa lunch." ajaknya. Eh pelik! mana dia tau office aku.
"kenapa diam ? pelik ke ? alah kejap lagi orang explain. Awak turun kay orang tunggu dekat restoran ayam kukus yaya ni" sambungnya lagi.

"Awk tak payah explain, orang dah tahu mana awak dapat tau orang kerja sini. Kejap tau. Kang orang datang sana. Bye!!" aku meletak kan telefon dan berkemas untuk keluar lunch di restoran yaya. Kebetulan yaya baru sahaja buka restorannya berdekatan tempat aku bekerja. Senang tak payah aku cari tempat makan lain hehe.!

*****

Dari jauh aku nampak Anoi rancak berbual dengan Nizam. Apa lah dibualkan tu, tertanya aku di buatnya.

"Assalammuailaikum" mereka berdua menjawab salam ku. "Hai noi, yaya mana ? baby mana ?" soalku pada Anoi. Terlupa sekejap Nizam di depan ku.

"Ada jap anoi pergi panggil. Korang borak dulu. Yish nak macam biasa kan ?" Anoi dan yaya memang dah masak apa yang akan aku oder setiap kali aku lunch di kedai mereka. Aku mengangguk pada Anoi sebelom dia berlalu pergi.

"Haa nizam, macam mana boleh jumpa yaya?" terus aku soal Nizam. Meminta penjelasan.

"Huishhh.. tak menyabar" balasnya sambil tersenggih. "Orang balik dari jumpa awak dengan aunty kat mall haritu, nak pergi carpark. Anak dia yang comel tu terlanggar orang, orang pun pusing laa belakang.. sekali tengok yaya dengan shuben dia... haa start situ laa kitorang borak. Dia cerita semua da. Termasuk arwah im" panjang lebar dia terangkan kepada ku. Barulah aku faham.

"Nah makanan siap. Jemput makan hehe." yaha tersengih lain macam ke arahku. Aku mengambil putri dari dukungan yaya dan meletak kan ke atas peha ku. "hello Anak buah aunty Yish, yang comel debab ni" aku memang suka kanak-kanak, lagi-lagi anak si yaya. Sebabkan kami semua rapat anak yaya dah macam anak kami sendiri.

Nizam melihat telatah aku yang bersahaja. Kadang matanya seakan merenung ke arah aku. Ke cuma perasaan aku jer ! ishhhh...

"eh kita pergi holiday nak minggu ni?" soal Anoi tiba-tiba

"eh nak nakk.... yish nak ikot..." balas ku gembira. Seingat aku selepas kematian Im kami tak pernah lagi pergi bercuti bersama. Luangkan masa bersama-sama pun dah jarang. Mungkin kali ni lebih merapatkan kami kembali.

"cun, nanti bincang.. eh nizam kau ikot sekali laa, kalau nak ikot aku masuk kan kau dalam group wasap kami" pelawa anoi pada nizam. Aku terkejut ! aku memandang anoi tajam. Anoi seakan paham renungan ku "Alaaaa yish boleh laa.. meraikan kawan baru" rayu anoi. Aku sekadar angguk malas. Kesian pula kalau aku cakap tak boleh. Hmm tak pe lah..

******

Hari jumaat malam, kami berkumpul di rumah yaya dan anoi, rancang nak ke Terengganu pagi, tapi Lan tak dapat cuti pula, terpaksa lah gerak malam. Plan asal kami , sepatutnya aku bawa kereta sendiri, malu nak naik dengan pasangan-pasangan ni, tapi tiba-tiba Myvi kesayangan ku buat hal pulak haih ! nak tak nak aku terpaksa tumpang salah sorang.

"yish nak naik dengan sapa ? Lan boleh, yaya boleh Jam tak boleh sebab kereta dia muat dua orang je haha" Lan memandang ke arah ku meminta jawapan.

"tak apa laa biar yish naik kereta aku" tiba-tiba Nizam bersuara. "yish naik dengan orang laa ye, orang pun sorang ni" sambungnya lagi. Yang lain bersetuju dengan Nizam. So terpaksa la aku naik dengan dia.

"Yish.. kalau penat tidur je, jauh lagi ni kurang-kurang pukul 3 pagi sampai kut." Nizam memandangku yang keletihan.

"boleh ke ? awak tak kisah ke?" soalku. Sebersalah pula, dah laa aku menumpang kereta dia.

"boleh." balasnya. Aku pun mula melelapkan mata, tapi tu lah, tak selesa pula.. Arghhh buat-buat pejam je lah mata ni. !

Aku terdengar telefonnya berdering, ntah sapa lah call dia malam-malam ni desis hati ku

"hello darling.... aah tak sampai lagi... tu lahh.. A'ah dah makan dah...." dia berborak agak lama. 'Darling' dah ada awek la tu.. aku berteka teki dalam hati...

"Girlfriend awak tak marah ke saya tumpang ni?" soal ku tiba-tiba, dia seakan terkejut mendengar soalan ku. Mungkin dia pikir aku dah tidur kut!

"ehh tak laa.. dia lagi suka" balas nya selamba. Aku dah pelik. Awek dia gila ke ape. "Tu bonda orang laa, orang dah cakap nak ke Terengganu dengan awak. Dia memang risau kalau orang drive. Kalau boleh tiap 5minit nak call. Lagi-lagi orang bawak awak. Risau dia, bonda suruh org jaga awak elok-elok" sambungnya lagi. Hati aku lega dengarnya. Eh kenapa aku lega pula ? ish... cepat aku tepis segala perasaan aku.

Sepanjang perjalanan ke Terengganu aku tak banyak berborak dengan dia. Tak tau kenapa aku rasa janggal sedikit. Selepas menempuh 8 jam perjalanan, kami akhirnya sampai di Terengganu, Nizam mengajak kami untuk bermalam ni rumah Makciknya yang berada di Kuala Terengganu, memandangkan hari nak subuh. Kami pun penat nak mencari hotel kami pun bersetuju. Kami di sambut baik oleh Makcik dan pakciknya.

Memandangkan aku dan Laila sahaja yang belum berkahwin kami tidur sebilik. Rupanya Nizam memang mempunyai biliknya sendiri di sini. Maklong dan paklongnya tidak mempunyai cahaya mata, Nizam sudah di anggap macam anak sendiri. Tak banyak kami bualkan semasa sampai, masing-masing keletihan dan meminta diri untuk tidur lebih awal.

*****-

Selesai sarapan pagi, kami meminta diri kepada paklong dan maklong Nizam, kami pun mula mencari hotel. Selesai check in, aku bahagikan bilik masing-masing, macam biasa aku dengan laila, Yaya dan Anoi, Lan dengan Liyana dan Jam dengan Nizam.

"eh, nanti dalam pukul 3 kita kumpul dekat lobby ye, pergi jalan-jalan" Jam beri arahan pada kami.

"ok" kami jawab serentak. Lain kami rasa bila berkumpul im tak ada. Yish rindu im ....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience