Bab 17

Romance Completed 5827

Bulan demi bulan berlalu pergi. Hari untuk aku di satukan dengan Nizam sudah pun tiba. Aku teringat 2 bulan lepas semasa Nizam datang ke rumah papa untuk meminta izin dari Papa, Mama dan umi mengambil aku sebagai isteri. Dalam sejarah merisik, tak pernah di buat orang pengantin lelaki sendiri yang bercakap. Aku terkejut bila mama cerita dekat aku malam selepas aku di risik tu. Alhamdulillah aku dapat kenal dan mula rapat dengan adik beradik Nizam. Nizam anak bongsu rupanya. Agaknya betul la kut orang cakap, anak sulung ni sesuai dengan anak bongsu. hehe.

"Cantiknya weh.. akhirnya kahwin jugak kawan aku ni" yaya masuk dan terus mematikan lamunan ku.

"thanks ya"

Pengantin perempuan dipanggil keluar, jantung ku mula berdebar. Tasha dan mama mengiringi langkah ku ke ruang tamu.

"Aku terima nikahnya Iris Farisha Binti Dato Rahim dengan mas kahwinnya Rm 80.00 tunai" saat semua saksi sahkan perkahwinan kami, air mata ku jatuh. Kali ini jatuh nya airmata ku jerana bahagia. Alhamdulillah.

*****

Setelah semua kenduri selesai, aku dan Nizam terus naik ke bilik beradu kami. Letih aku rasa saat ini berbaloi kerana dapat melihat kegembiraan yang terpancar di wajah mama, papa dan umi. Aku dan Nizam mengambil keputusan selepas berkahwin kami akan duduk di rumah sendiri di Damansara. Nizam sudah lama menyiapkan rumah itu untuk dia dan bakal isteri nya. Alhamdulillah aku dapat suami yang sudah siapkan segala-galanya untuk aku.

"Awak.. boleh tak kalau kita tukar perkataan orang tu jadi Abang,sayang?" soalnya sambil tersenyum kepada ku.

"Memang saya dah janji kat diri saya, kalau kita kahwin saya akan panggil awak abang" aku membalas senyumannya. Nizam memeluk erat pinggang ku "terima kasih sayang" bisiknya ke telinga aku. 'Im Allah hantar orang sebaiknya im untuk jaga yish.. yish bahagia im' .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience