Bab 16

Romance Completed 5827

Hari demi hari berlalu, Aku dengan Nizam masih tak bertegur sapa. Bukan aku tak nampak dia cuba untuk tegur aku setiap kali kami terserempak di kedai Yaya. Aku je mengelak. Aku still marah dengan dia. Tiap kali yaya ajak aku berbual waktu lunch, aku ada je alasan. Meeting la, nak jumpa orang sana sini la. Macam-macam laa alasan supaya aku tak terserempak dengan Nizam.

"Yish... kejap" laung yaya padaku. Aku sudah selesai makan dan macam biasa aku nak kembali ke pejabat. Langkah ku terhenti mendengar yaya memanggilku. "yishh kejap.. kejap.. ada hal aku nak cakap" Yaya menarik tangan ku dan menyuruh aku duduk.

"Ya aku nak cepat laa ya, bos aku bising kang" baru sahaja aku nak bangun Anoi datang duduk sekali dengan kami.

"jangan nak bohong aku yish, aku tau tiap-tiap hari khamis bos kau takda. Dua tiga hari ni bila kitorang ajak berbual macam - macam alasankan kau bagi" bebel anoi kepada ku.

"manaa adaa" balasku perlahan

"macam baru sehari pulak la kitorang kenal kau" yaya jeling pada ku

"alah sayang , bukan awak tak tau, dia ni pantang ada masalah mula laa lari sana , lari ni. Bukan nak duduk bincang. Eh ya, orang tu tiap hari nak try cakap dengan kau. Yang kau mengelak ni kenapa?" bebel anoi lagi "kau sikit kesian pun takda ke kat dia ?" sambungnya memandang tepat ke arah ku.

"korang ni dah habis membebel ke ? korang sayang dia sangat pergi rapat dengan dia, tak payah dah cari aku" panas hati aku, diorang langsung tidak menjaga hati ku. Aku bangun dan terus berlalu pergi.

Baru saja aku nak melangkah keluar dari kedak yaya, tangan ku di tarik kuat " awak tak payah nak marah kawan awak sampai macam tu skali, kalau marah kan saya jangan libat kan diorang. We need to talk. Now !" Terkejut aku Nizam tiba-tiba muncul, dia menarik tangan ku menuju di keretanya. "Masuk sekarang" arahnya.

"saya tak nak lah. Lepaskan tangan saya. Bukan muhrim. Haram."kata ku sambil cuba melepaskan tangan ku.

"kan berlapik ni, awak dah start buta ke? tak nak masuk, saya tak lepaskan" balasnya selamba

Nak tak nak, aku terpaksa masuk ke dalam keretanya. Nizam terus memandu keretanya ke suatu tempat. Dalam perjalanan, aku hanya senyap. Radio yang berkumandang menjadi hiburan kami berdua.

"Dah sampai" katanya perlahan. Kali ini suaranya berubah normal, tidak tegas dan menjelekkan seperti tadi. Kami pun turun di tempat yang dia bawa. Eh ! Pantai ? PD ke ni? Aku mengosok-gosok mata ku yang tidak gatal. Weh.. bila pulak sampai ke PD ni ? Tadi aku rasa masih KL. Aku mula bercakap dalam hati sendiri.

"Tak payah pelik sangat la, orang bawak awak kat sini. Realiti. Bukan mimpi" katanya selamba.

"kenapa kat sini ? orang kerja esok. Orang nak balik" aku berlalu meninggalkan Nizam. Sebaik aku melangkah dia menekan butang lock pada kunci keretanya. Arghhh!! sakit pula hati kita... Seakan mahu menjerit aku di situ.

"Awak datang sini balik, atau orang angkat awak" sambil menjongket kening dia pandang ke arah ku. Terpaksa aku berpatah balik menuju ke arah Nizam.

"Awak nak apa Nizam ? Orang letih la"

"orang nak awak" balasnya

"ape nii. Jangan main-main boleh tak" aku memandang Nizam dengan wajah yang serius.

"orang tak main-main, awak orang nak jadi pengganti im. Tak kisah berapa lama awak nak ambil masa untuk jatuh cinta dekat orang, orang tunggu awak" Nizam merenung mataku. Saat itu jantungku bagai nak jatuh. Tiba-tiba ada perasaan pelik menyelinap masuk ke dalam hatiku. Sudah lama aku tak rasa perasaan ni ! hati ku berdetik.
Lama aku diam sebelum aku bersuara. "awak datang rumah orang, bawak keluarga awak." ringkas aku jawab. Tak sangka jawapan ringkas ku itu membawa senyuman kepada Nizam.
'Im, salah ke yish nak cintakan orang lain? Yish harap im bahagia kat sana'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience