Bab 20 (Last)

Romance Completed 5827

"Mana babah awak ni Ayyan?" soalku sambil mencium pipi si comelku Raid Dayyan. Anak aku dan Nizam kini sudah mencecah 1tahun Alhamdulillah, anak kami di lahirkan dengan sihat.

Aku mencapai telefon bimbitku "dah pukul 2 tak sampai lagi... babah nak kena denda dengan umi ni" Aku menunggu Suamiku pulang dari membeli barang di kedai. Sepatutnya kami dah bertolak ke Cameron Highland untuk 'Family Gathering' keluarga aku dan Nizam. Tapi lambat pulak dia ni balik.

Selang setengah jam kemudian, terdengar bunyi enjin kereta suami ku. "Assalammuailaikum... umi... Ayyan.. semua dah siap?" soal Nizam kepada kami berdua.

"Dah... babah tu je yang lambat. Penat kan Ayyan kita tunggu" aku menjeling ke arah Nizam..

"Alahhh.. umi... merajuk pulakk...." dia menarik bagasi kami keluar dan masuk ke dalam bonet kereta.

"sayang... sorry... abang punya barang tak jumpa-jumpa tadi" aku mendengar sahaja alasan yang di beri Nizam. Raid Dayyan aku letak kan di Car seat di dalam kereta.

"Babah.... babah punya alasan tu tak valid kat KL ni... tunggu sampai Cameron ye"... aku mencuit pipi Nizam dan masuk ke dalam kereta.

"Yang.... yang... yang.... keluar kejappp.." aku terkejut. Lalu keluar dari kereta.

"Kenapa bang ... kenapa?." soalku panik.

Dia menghulurkan sejambak bunga Ros dan Kotak berwarna merah kepada ku. "Untuk isteri abang yang selalu abang sakit kan hati dia. Nah... sayang... terima kasih sudi terima abang dalam hidup awak" Nizam mencium dahi ku. Terharu aku dengan perbuatannya.

"Abangg.... terima kasih juga terima sayang dalam hidup abang." aku memeluk suamiku erat. Aku bahagia di sampingmu wahai Encim Suami !.

"Okeyy jum bertolak... Ayyan dah mintak adik tu." seloroh Nizam membuat kan aku malu.

"mengada laa abang ni" Kami berdua masuk ke dalam kereta dan bertolak ke Cameron Highland. 'I Love You to the moon and back Abang' . Sesungguhnya Allah sudah merencanakan sesuatu yang terbaik buat diriku selama ini Aku bersyukur dengan kehidupan ku sekarang.


TAMAT....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience