Bab 19

Romance Completed 5827

Dua bulan berlalu, Nizam masih dingin terhadapku. Puncanya? aku sendiri tidak tahu. Dia hanya datang kepadaku untuk memuaskan nafsunya sahaja. Sesekali aku cuba bercakap dengannya, tapi tak juga di endahkan. Kadang aku rasa berputus-asa untuk terus memujuknya. Patutkah aku undur diri ? Abang .. yish dah penat.

"werkkkkkk... werkk.. uwekkk" tekak ku berasa loya. Aku memuntahkan segala isi perutku sehingga perutku kosong. Tidak pasti kenapa. Tiba-tiba terlintas di kepala ku 'aku pregnant ke'. Aku cuba ingat tarikh last aku period. Tapi akal ku seakan tidak dapat berfikir. Tanpa lengahkan masa, aku terus bersiap dan mengajak Yaya teman aku ke Klinik. Kebetulan, memang aku merancang untuk balik ke rumah mama hari ni. Dah alang-alang di Cheras aku pun ajak Yaya. Lama juga aku tak jumpa kawan-kawan monkey geng ku.

*******

"Tahniah puan... puan mengandung 3 minggu" Doktor suraya memberitahu kabar gembira itu pada ku. Yaya juga turut mengucapkan tahniah kepada ku, saat ini tiada apa yang aku fikir kan selain Nizam. Patut ke aku bagitau dia sekarang ? atau tunggu dia balik ? Aku berfikir-fikir sendiri.

"weh menung apa ? .. wehhh tak sabar nak tengok baby kau. Kau bakal jadi ibu yish." yaya ku lihat penuh gembira. Aku terpaksa berlakon seolah aku juga happy. Di saat-saat begini mesti lah aku mahukan suamiku. Tapi tak apa lah, ada yaya pun okey. Aku mengeluh sendiri.

"Ya... jangan bagitau sapa-sapa dulu tau aku nak suprise" kata ku kepada yaya. Yaya sekadar mengganguk tanda Faham. " Eh dah lah aku nak balik rumah mama, mama dah siapkan makan tengah hari tu" sambung ku lagi. Yaya juga meminta diri untuk balik ke restorannya. Nasiblah tidak jauh klinik dan restoran yaya.

Sampai sahaja aku di rumah mama, aku terus memberi salam. Salam ku di sambut oleh Tasha dan mama.

"sedapnya bau maaa.... maa masak apa?" aku meninjau ke dapur untuk mencari bau tersebut. Mama kalau masak memang win !

"ma masak Kari ayam dengan tempe merah" jawab mama.

"Maaa satu menu lagi, tolong buat kan please" aku membuat muka comel depan mama. Tasha hanya memandang gelagat ku.

"ape dia kakak? kakak buat la sendiri. Suruh mama pula ish.. " balas mama pada ku.
"Alaaaaaa maaa. bukan untuk kakak...."
"abis ? untuk menantu mama ke ? soa mama kembali
"bukan jugakk... tapi untuk seseorang yang comel" aku kenyitkan mata ku pada mama dan tasha
"Kakak ni main-main laaa.... cakap laa sapa" tanya Tasha geram.
"untuk bakal anak buah adik la...." balas ku selamba.

Mama dan Tasha sudah mati kutu. Dua-dua memandang aku tidak berkelip. Lucu aku melihat telatah dua orang kesayangan aku ni.
"apa yang jadi patung tu maa.... ma masak kan laa ikan sweet sour untuk bakal cucu ma ni"

"Tahniah kakak. Terima kasih sebab bagi ma harta yang tak terhitung nilainya ni" Mama memeluk ku erat. "kejap kakak duduk depan, biar mama buat. Adik, bawak kakak pergi depan eh" suruh mama kepada tasha.

Tasha menarik tangan ku ke depan. Tasha duduk berhadapan dengan aku. Dia memandang tajam ke arah ku.

"Apa dik ? " soal ku pada Tasha
"cakap betul-betul, adik betul jadi aunty su atau kakak sengaja main-main kan adik ?" soal Tasha
"Ya Allah. dik betul laa kau ni kakak lempang kang" balas ku sambil mengangkat tangan kepada tasha.

"Maaaamaaaaaaaaa... adik nak jadi Aunty su daaaa... maaaaa" Tiba-tiba tasha menjerit riang. Habis satu rumah bergegar dek suara Tasha yang nyaring tu. Aku dan Mama hanya ketawa.

Selesai makan tengah hari bersama mama dan Tasha aku naik ke bilik ku untuk rehat. Aku memandang sekeliling bilik. 'rindunya dekat bilik ni' kata ku dalam hati. Aku duduk di birai katil. Telefon bimbit di tangan aku tenung kosong. Tiada sebarang Whatapp , mesej atau panggilan yang masuk. Aku tertunggu-tunggu juga panggilan dari suamiku. Tetapi hampa. Tanpa berlengah aku membuka telefon bimbitku dan aku mencari nama Suamiku dan menghubunginya. Berdebar aku menunggu panggilan ku untuk di jawab. Beberapa saat kemudian aku dengar suara Nizam dari hujung talian.

"Assalam...muailaikum .. aaa..bang.." tiba-tiba aku gagap untuk bercakap.

" waailaikum'salam... kenapa?" soal Nizam. Dingin lagi ....

"Abang.. sayaa.. dah selamat sampai rumah mama" aku sudah biasa, kalau nak kemana-mana aku wajib bagitahu dia, walaupun nak balik rumah mama.

" hmm okey.. petang nanti orang balik sana" balasnya ringkas. Belum sempat aku berkata apa-apa telefon dimatikan nya.. 'alahaii abang... apa salah sayang kat abang'

********

Malam itu, Nizam pulang ke rumah mama ku, aku menyambut kepulangannya. Macam biasa aku akan menyalam tangannya. Sejak kami berdua tidak bertegur sapa, Nizam tak pernah sekali pun cium dahi ku apabila aku salam tangannya. Tapi... hari ini di rumah mama dia mencium dahiku. Aku terkejut. Kaku tiba-tiba. Hati ku seakan berbunga-bunga. Tapi bila aku ingat balik yang kami di rumah mama. Baru aku balik ke reliti. 'mungkin ini lakonan di hadapan mama dan Tasha je kut'.

"Haa zam , baru balik.? banyak kerja dekat klinik ?" soal mama kepada Nizam.

"A'ah maa... banyak la jugak. Tak menang tangan zam dan staff zam di buatnya ma" balas nizam mesra. Dengan mama kemain pula dia ni. Over act betul. Bentak ku di dalam hati.

"Biasa lah tu zam rezeki anak lah tu" balas mama dengan senyuman. Aku terkejut mendengar kata-kata mama. Abiss laaaa.. aku baru nak sorok. Aku pandang ke arah suamiku, kelihatan mukanya pun seakan terkejut mendengar kata-kata mama.

"rezeki anak ? anak mana pula ma?" soalnya kepada mama. Aku sekadar duduk dan mendengar perbualan antara mama dan Nizam. Tak tau macam mana nak menyampuk.

"Lahhh.. kakak tak bagitau suami kamu lagi ke ? kamu ni pun... bahaya la kakak. Waktu-waktu macam ni lah zam kena ada di sisi kakak" bebel mama memandang ke arah ku. Saat itu mata aku dan Nizam bertentangan. Nizam seakan nak kan jawapan dari ku. Tiba-tiba idea nakal ku keluar. Aku pun ada perasaan, ni lah masanya aku nak balas dendam!

"maaa... kakak naik dulu laa.. letih laa ma" aku terus berlalu meninggal kan mama dan Nizam yang terpingga-pingga.

"maaa... zam .. naik juga lah ye.. Good nite ma.." Nizam juga meminta diri untuk masuk ke bilik kami berdua. Mama seakan paham dan mama pun belalu masuk ke biliknya.

"Apa maksud mama tadi ?" Nizam kini berdiri betul-betul di depan ku. Dia memandang ke tepat ke arah ku.

"entah laa" jawab ku acuh tak acuh. Padan muka!

"Iris Farisha. Pandang sini. Mata suami awak ni. Abang nak penjelasan dari awak"

"Saya ada suami rupanya. Ingatkan saya tempat seorang lelaki memuaskan nafsunya je" aku berpaling ke katil. "Malam ni awak tidur atas katil, orang boleh tidur dekat sofa... Awak ta biasa satu bilik dengan orang kan?" kata ku kepada Nizam. "Tapi.. kalau nak juga, bilik tetamu kat bawah kosong.. boleh je kalau nak tidur sana" aku terus berjalan ke arah sofa dan mempersiapkan diri untuk tidur.

"heii... Yish.. saya nak penjelasan malam ni jugak. Saya tak izinkan awak tidur" dia menarik tangan ku dan membuatkan aku berdiri betul-betul satu inci di hadapannya. Jantungku berdegup tiba-tiba. Macam masa mula-mula aku jatuh cinta pada Nizam. Aku melangkah setapak kebelakang. Jangan cair wahai hati !

"saya pregnant, tadi yaya temankan saya pergi klinik. Dah... puas ?" aku jujur dan kembali melangkah ke sofa. Dia terdiam. Aku berpaling semula ke arahnya. "Lagi satu.. kalau saya ni dah tak dianggap sebagai isteri, lepas kan saya Nizam" ucap ku perlahan. Aku pun tidak tahu di mana datangnya semangatku untuk berkata-kata seperti itu.

selang beberapa minit kemudian setelah Nizam selesai mandi dan menyalin pakaiannya, dia datang ke arahku. "Iris Farisha..... abang takkan lepaskan awak." ayatnya ringkas. Tetapi cukup buat ku terkejut. Lalu Nizam mengangkat tubuhku dan meletakkan aku di katil. "Abang nak kita macam dulu.. abang rindu kita yang dulu. Abang sedar abang salah..... sayang maafkan abang" dia merayu padaku. Airmatanya jatuh. Ya Allah berdosakah aku ? Aku dah buat seorang lelaki bernama suami menjatuhkan airmatanya.

"sebelum saya maafkan awak. Sebelum saya terima awak semula, saya nak penjelasan. Kenapa awak layan saya bukan macam isteri awak sepanjang beberapa bulan ni ?" Soalku kepadanya. Kini airmata ku tak dapat di bendung. "Apa salah saya pada abang ? mana silap saya sebagai seorang isteri pada abang.? Abang kata abang cinta kan saya... tapi... kenapa abang buat yish macam ni?" sambungku lagi.

Nizam memeluk ku "awak cukup sempurna sayang... awak tak ada salah pun dengan abang... abang punca kita jadi macam ni..."jawabnya. "Abang terlalu stress dengan kerja-kerja di pejabat tambah lagi bila Dato Amri bagi syarat kalau abang nak bekerjasama dengan dia, abang kena kahwin dengan anak dia Farah." sambungnya lagi.

Saat terdengar nama Farah aku terkejut. "Ye, Farah yang awak kenal. Dia juga punca awak dengan im bergaduh". Sebenarnya Farah dapat tahu yang aku berkahwin dengan Nizam. Dia cuba nak meretakkan rumahtangga kami berdua.

Selesai Nizam jelas kan segalanya kini hatiku lebih tenang. Nizam jugak.berjanji, dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

"sayang... abag minta maaf. Tangan abang dah buat sayang jatuh. Yang tu abang memang tak boleh nak maafkan diri abang...." kata-katanya terhenti di situ. Suaranya tersekat-sekat dek terlalu sedih. "sampai ke hari ni abang masih ingat perbuatan abang tu"... dia mencium dahiku.

"setiap satu kesalahan yang abang buat pada yish, Lillahhita'ala .. Yish ampunkan." Dan... malam itu.. menjadi permulaan bagi kami berdua.

'Ya Allah, Kau pelihara lah hubungan suci kami suami isteri ini'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience