Part 21.

Romance Completed 21505

Adli melangkah masuk ke dalam rumah. Dia hairan melihat kereta milik Fiya tiada. Mungkin masih belum pulang. Tadi Fiya ada menelefonnya meminta izin untuk keluar berjumpa dengan kawannya.

Dia cuba mendail nombor telefon Fiya namun tiada jawapan.

" Mana Fiya pergi ea? " soalnya sendirian.

Adli terus melangkah ke dalam biliknya. Tali leher dicabut. Dia terpandang sehelai kertas yang berada di atas meja solek.

Kertas itu dibuka.

Assalamualaikum abang.

Maafkan Fiya sebab keluar rumah tanpa izin abang. Fiya nak tenangkan diri. Fiya dah tahu Aliya ialah bekas kekasih abang. Fiya redha seandainya abang ingin kembali padanya. Tapi tolong lepaskan Fiya dulu. Fiya tak rela untuk berkongsi kasih. Sekali lagi Fiya minta maaf sebab pergi tanpa keizinan abang. Abang tak perlu cari Fiya. Sampai masa, Fiya sendiri akan balik. Kalau jodoh kita panjang, kita akan bertemu semula.

Untuk suamiku, Adli.

Adli meraup kasar rambutnya.

" Ya Allah Fiya kenapa buat abang macam ni ? " Adli segera mengambil kunci keretanya.

Dia harus mencari Fiya.

???

" Apa yang kau nak lagi ha?! " jerkah Adli.

Terhinjut bahu Aliya kerana terkejut. Seumur hidupnya dia tidak pernah melihat Adli marah.

" Adli, saya nak kan awak semula. Saya nak tebus kesalahan saya. Saya masih perlukan awak Adli " .

" Shut up Aliya! Disebabkan kau Fiya lari daripada aku. Buat apa kau datang semula kalau kau nak hancurkan rumah tangga aku?! Cukuplah sekali aku benci kau, jangan buat aku bertambah benci dengan kau. Kau dah ludah, then kau nak jilat balik? Kau dengar sini, aku tak akan pernah terima kau semula! Cinta aku hanya untuk Fiya. Aku dah lama buang kau daripada hidup aku. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Kau jangan pernah tunjuk muka kau depan aku lagi. Kau ingat tu! " Adli terus berlalu meninggalkan Aliya.

Aliya terduduk lemah. Teresak-esak dia menangis. Namun dia sedar, walaupun dia menangis air mata darah, Adli tidak akan pernah menerimanya semula.

???

" Fiya, kau tak boleh macam ni. Nanti Adli risau " kata Sara.

Fiya membawa diri ke Kedah. Dia tinggal di rumah Sara buat sementara waktu.

" Aku nak tenangkan diri aku Sara " .

" Ini bukan caranya. Aku tengok makin tertekan. Kau tengah mengandung Fiya. Kau tak boleh macam ni " .

Part 22 (ENDING)

Ya Fiya sudah mengandung. Dia pengsan tiba-tiba ketika sampai di rumah Sara. Sara terus membawanya ke klinik dan doktor sahkan dia mengandung. Kandungannya sudah cecah 2 bulan.

" Sara kau tak suka ke aku tumpang rumah kau? Kalau kau tak suka aku boleh pergi " .

" Fiya, bukan tu maksud aku. Aku suka. Aku suka sangat kau ada kat sini. Tapi cuba kau fikir mesti Adli tengah risaukan kau. Tengah cari kau. Kau tak kesiankan dia ke Fiya? Ha? ".

" Aku perlukan masa Sara. Aku rasa tertipu bila semua orang sorokkan daripada aku Aliya tu bekas kekasih Adli. Aku tak ada hak ke nak tahu? " .

Sara mengeluh perlahan.

" It's okay. Take your time. Asalkan kau jangan menangis lagi. Jangan stress. Kesian baby dalam perut tu " nasihat Sara.

Fiya mengangguk perlahan.

" Thank you Sara " .

Sara tersenyum kecil.

???

Sudah hampir seminggu Fiya keluar daripada rumah. Adli hilang punca. Dia sudah tidak tahu di mana lagi ingim mencari Fiya.

Tiba-tiba dia dapat satu panggilan telefon. Sara yang menelefonnya dan Sara juga yang memberitahu di mana Fiya sekarang.

Adli terus memandu ke Kedah. Dia harus berjumpa dengan Fiya. Dia harus menjelaskan semuanya pada Fiya.

???

Fiya termenung sendiri. Tiba-tiba dia rindukan Adli. Entah apa khabar suaminya itu. Mungkin sudah berkahwin dengan Aliya agaknya.

" Fiya " Adli meluru ke arah Fiya.

Fiya menoleh. Dia cepat-cepat ingin berlalu masuk ke dalam rumah semula namun Adli pantas menarik tangannya.

" Fiya, Fiya jangan lari. We need to talk " .

Fiya menepis tangan Adli daripada memegang tangannya.

" Tak ada apa lagi kita nak cakap " .

" Sampai hati Fiya buat abang macam ni. Dah berhari-hari abang cari Fiya. Allah makbulkan doa abang, Sara telefon abang beritahu Fiya ada kat sini. Kenapa Fiya? Kenapa Fiya lari daripada abang? " .

" Abang tipu Fiya. Kenapa abang tak jujur dengan Fiya yang Aliya tu bekas kekasih abang? Kenapa abang sembunyikan daripada Fiya? " .

" Ya Allah Fiya abang langsung tak ada niat nak buat macam tu pun. Bagi abang benda tu tak penting. Yang penting sekarang adalah Fiya. Aliya tu cuma masa lalu abang jer. Tolong Fiya, kembali pada abang. Abang rindukan Fiya dan anak kita " Adli mengusap perlahan perut kempis Fiya.

" Abang tahu Fiya pregnant? " .

Adli mengangguk perlahan.

" Kita balik ya? Dalam hati abang cuma ada Fiya. Kerana cinta itu hanya untuk Fiya dan kerana cinta itu hanya pada Fiya. Fiya lah kebahagiaan abang. Abang cintakan Fiya " .

Fiya tersenyum lebar. Berbunga hatinya.

Adli menarik Fiya ke dalam pelukannya.

" Fiya pun cintakan abang " .

Sara tersenyum gembira melihat pasangan itu sudah berbaik. Syukur alhamdulillah. Moga bahagia itu kekal selamanya.

TAMAT

Share this novel

Ana
2020-10-09 07:25:47 

tahniah author..story y menarik..kita suka


NovelPlus Premium

The best ads free experience