Afiq melihat jam di tangan. Sudah setengah jam dia menanti kekasihnya di restoran.
" Assalamualaikum " .
Afiq menoleh saat mendengar suara itu.
" Waalaikumsalam " jawabnya.
" Fiq kenal akak lagi? " soal gadis itu.
" Kak Aliya? " .
" Ha'ah. Boleh akak duduk? " .
" Sila lah " .
Aliya menarik kerusi di hadapan Afiq lalu punggungnya dilabuhkan di situ.
" Afiq sihat? " soalnya ramah.
" Alhamdulillah sihat. Akak? " .
" Akak pun alhamdulillah sihat. Mama dan papa macam mana sekarang? " .
" Mama dan papa okay jer. Dua-dua sihat " .
Aliya mengangguk perlahan.
" Lama akak tak jumpa dia orang " .
" Akak pergi mana selama ni? " soal Afiq.
Aliya tersenyum kelat.
" Akak pergi UK. Akak sambung study. Tu yang sekarang akak dah habis study and akan terus stay kat Malaysia " .
" Ohh. Fiq nak beritahu ni yang abang Adli dah kahwin " .
Aliya tergamam seketika.
" Dengan siapa? Bila? " soalnya.
" Dengan sepupu kita orang sendiri. Baru jer lagi dia orang kahwin " .
" Abang Adli duduk mana ya sekarang? " .
" KL " .
Alia mengangguk faham.
" Tak sangka sekejap jer masa berlalu. Baguslah kalau abang Adli dah kahwin. Akak happy untuk dia " .
" Tu lah. Abang Adli tu dulu terlalu sayangkan akak. Sampai dia tutup pintu hati dia untuk semua perempuan. Tapi sekarang dia dah ada isteri. Cinta dia hanya untuk isteri dia " .
Aliya diam. Dia tahu Afiq sedang memerlinya. Ya memang salah dia kerana 2 tahun lalu dia tinggalkan Adli demi seorang lelaki. Andai sahaja dia tidak buat perkara bodoh begitu, pasti dia dan Adli sudah bahagia.
" Takpalah Afiq. Insya Allah nanti akak ada masa, akak datang lawat mama dengan papa " .
" Iyalah kak. Benda pun dah lepas kan. Mungkin dah tak ada jodoh akak dengan abang Adli " .
" Yaa. Semua ni berpunca daripada akak dan abang Adli berhak dapat perempuan yang lebih baik daripada akak. Akak balik dulu ya. Sampaikan salam akak pada mama dan papa. Assalamualaikum " .
" Waalaikumusalam " jawab Afiq.
Alia tersenyum kecil pada Afiq sebelum berlalu.
???
" Assalamualaikum " .
" Waalaikumsalam. Mama kat belakang ni Fiq " laung Puan Ratna.
Afiq terus melangkah ke belakang rumah.
" Mama buat tu? " soalnya.
" Saja tengok-tengok pokok bunga mama ni. Awal Fiq balik? " .
" Ha'ah ma. Kerja siap awal tadi. Ma, Fiq nak beritahu mama ni " .
" Apa dia? " soal Puan Ratna.
" Tadi kat restoran Fiq jumpa kak Aliya " beritahu Afiq.
" Aliya? Bekas kekasih abang Adli? " .
Share this novel