Part 20.

Romance Completed 21505

Telefon bimbit Fiya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

" Siapa ni? " soalnya apabila melihat nombor yang tidak dia kenali tertera pada skrin.

" Hello. Siapa ni? " .

" Hello. Assalamualaikum Fiya. Ni Liya, anak angkat mama " .

" Waalaikumsalam. Oh Liya. Saya ingat siapa lah tadi. Ada apa ya Liya?".

" Boleh tak kita jumpa sekejap? Ada benda Liya nak cakap " .

" Okay boleh tak ada masalah. Liya hantar location dekat Fiya " .

" Alright see you " .

Panggilan terus ditamatkan.

???

" Hai Liya. Sorry saya lambat. Jalan jam tadi " beritahu Fiya sebaik tiba di restoran.

" It's okay. Takpa. Duduklah " pelawa Aliya.

" Thank you " Fiya melabuhkan punggungnya pada kerusi di hadapan Aliya.

Setelah memesan makanan dan minuman, mereka berborak semula.

" So ada apa awak nak jumpa saya ya?" soal Fiya.

" Tadi saya saja datang KL jalan-jalan then teringat nak jumpa Fiya pulak. Actually ada benda penting jugak yang saya nak beritahu pada Fiya " jelas Aliya.

" Ohh. So awak nak beritahu apa? " .

" Sebenarnya macam ni, saya kenal keluarga Adli sejak saya berkawan dengan Adli. Kita orang pernah bercinta dua tahun lepas. Tapi saya yang salah. Saya tinggalkan dia untuk lelaki lain " cerita Aliya.

Fiya sedikit terkejut. Kerana ketika majlis perkahwinan Afiq, tiada siapa yang memberitahunya Aliya ialah bekas kekasih Adli. Termasuk Adli sendiri.

Fiya tersenyum kecil menutup rasa terkejutnya.

" Fiya, sekarang saya menyesal sangat. Saya bodoh sebab tinggalkan Adli. Jujur dari hati saya, saya masih cintakan dia Fiya. Saya nak jumpa awak hari ni pun sebab saya nak mintak restu jadi madu awak. Saya tahu Adli masih sayangkan saya " .

Berdesing telinga Fiya mendengar permintaan Aliya. Dia sudah gila ke? Perempuan mana yang mahu bermadu? Perempuan mana yang mahu berkongsi kasih ?

" Apa awak cakap ni Aliya? " marah Fiya.

" Saya serius Fiya. Saya masih cinta dan sayangkan Adli. Tolong Fiya, saya merayu. Saya sanggup bermadu dengan awak " rayu Aliya.

Fiya menggelengkan kepalanya. Dia terus menyimbah air teh ais nya di muka Aliya.

" Aku menyesal datang sini! " Fiya terus berlalu.

Beberapa pasang mata memandang ke arah mereka. Aliya mengambil tisu lalu dilap wajahnya yang basah kerana disimbah oleh Fiya sebentar tadi.

???

Fiya mengetuk streng keretanya. Titisan jernih laju saja mengalir daripada matanya.

Sungguh dia rasa tertipu sekarang ini. Sampai hati Adli tidak menceritakan perkara yang sebenar pada dia. Sepatutnya dia harus tahu Aliya ialah bekas kekasih Adli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience