Part 11.

Romance Completed 21505

" Aku terima nikahnya Nur Luthfiya Binti Muhamad Hilman dengan mas kahwin 300 ringgit tunai " .

Dengan sekali lafaz, Fiya sah bergelar sebagai isteri Adli. Bagaikan mimpi sekelip mata sahaja semuanya berlalu.

Dalam keterpaksaan dia terpaksa menerima hakikat bahawa dia sudah menjadi isteri kepada abang sepupunya sendiri. Bukan ini yang dia mahukan dalam hidup.

Baru sahaja dia tamat praktikal sangkanya semua baik-baik sahaja namun ujian datang sekelip mata sahaja. Sepatutnya hari ini dia akan pulang ke Kuala Lumpur semula namun dia terpaksa bernikah pula hari ini.

Encik Hilman sendiri yang menikahkan anaknnya. Dengan berat hati mereka semua harus menerima semua ini.

" Fiya " panggil Puan Raudhah lembut.

Fiya terus memeluk ibunya. Teresak-esak dia menangis.

" Ibu, kenapa semua ni jadi dekat Fiya ibu ? Kenapa ibu? " soalnya.

" Sabar sayang. Ini ujian Allah " belakang badan Fiya diusap perlahan.

Dari jauh Adli memerhati dengan penuh simpati. Kasihan dia melihat Fiya. Perjalanan gadis itu masih panjang namun kini dia terpaksa berkahwin pula.

" Abang, sabar lah ea. Anggap saja ini takdir Allah " Afiq menepuk perlahan bahu Adli.

Adli hanya membalas dengan senyuman kelat.

???

Fiya termenung sendiri di birai katil. Air matanya masih lagi mengalir menangisi nasibnya.

Adli berdiri di muka pintu bilik. Disebabkan Fiya sudah pun menjadi isterinya, Fiya berpindah ke bilik Adli.

" Fiya " panggil Adli perlahan.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Fiya.

" Fiya abang minta maaf. Abang sendiri pun tak sangka perkara ni akan terjadi. Semuanya berpunca daripada abang. Kalau lah abang tak balik semalam, mesti semua ni takkan terjadi. Maafkan abang " .

" Fiya tak salahkan abang pun. Macam yang abang cakap tadi, benda ni jadi tiba-tiba jer. Fiya cuma harap abang bagi Fiya masa untuk terima semua ni. Fiya masih, masih.. " .

" Iya Fiya abang tahu Fiya masih belum dapat terima semua ni. Semua ni jadi secara mengejut. Abang faham. Fiya ambil lah sebanyak mana masa. Abang akan tunggu " .

Adli faham Fiya masih lagi tidak boleh menerima pernikahan mereka yang terjadi secara mengejut itu.

" Dah lewat malam ni, Fiya tidur lah dulu. Abang nak pergi minum air kat dapur sekejap " .

" Abang nak Fiya buatkan air? " soal Fiya. Air matanya yang mengalir dikesat.

" Tak apa. Abang buat sendiri jer. Fiya rehat lah " .

Fiya mengangguk perlahan. Matanya menghantar kepergian Adli.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience