Part 8.

Romance Completed 21505

Telefon bimbit Puan Ratna berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

" Hello assalamualaikum mama " .

" Waalaikumsalam. Ya Allah budak bertuah ni. Dah lama betul tak call mama kan. Bila nak balik sini ? " .

" Maaf ma. Adli sibuk sikit. Banyak tender baru. Insya Allah hujung bulan ni Adli balik ya. Mama sihat? " .

" Alhamdulillah mama sihat. Adli sihat tak? " .

" Adli sihat ma. Terlebih sihat ni. Tak sabar Adli nak balik. Nak jumpa mama. Nak makan masakan mama ".

" Kalau macam tu, cepat-cepat lah balik ya Adli " .

" Insya Allah ma. Habis jer semua kerja nanti Adli balik. Ma nanti Adli call balik, Adli nak sambung buat kerja. Sampaikan salam Adli pada papa dengan adik-adik. Assalamualaikum " .

" Iyalah. Waalaikumusalam " .

Panggilan ditamatkan.

" Siapa telefon tu? " soal Encik Ismadi.

" Adli. Katanya hujung bulan ni dia balik " .

" Haa eloklah tu. Dah lama dia tak balik kan " .

" Ha'ah. Ni tadi Adli kirim salam pada abang " .

" Wa'alaikumussalam " .

???

" Fiya, macam mana praktikal hari ni? Okay? " soal Akif ramah.

Ketika itu mereka berada di ruang tamu menonton televisyen bersama-sama.

" Ermm not bad. Boleh lah " jawab Fiya.

" Alhamdulillah lah kalau okay. Biasalah hari first kan " .

" Itulah. Abang tak kerja ke hari ni? ".

" Hari ni cuti. Abang ni kerja sendiri jer Fiya. Bila ada client, ada lah kerja. Kalau tak, kira cuti lah tu " .

" Ha'ah betul jugak kan. Tak sangka cita-cita abang daripada kecil nak jadi photographer tercapai jugak " .

" Fiya masih ingat ya cita-cita abang?".

" Mestilah Fiya ingat. Kecik-kecik dulu abang selalu mintak mak long dan pak long belikan kamera mainan " Fiya ketawa kecil apabila mengenangkan kembali memori ketika kecil-kecil dahulu.

" Lawaklah bila ingat balik kan " .

" Tahu takpa. Sekejap jer masa berlalu. Sekarang ni semua dah besar. Rindu pulak kenangan kecil-kecil dulu".

" Fiya ni banyak cakap jugak kan. Sebelum ni diam jer. Tanya sepatah, jawab sepatah " .

" Fiya bukan apa, cuma Fiya segan jer. Mesti abang ingat Fiya ni sombong kan " .

" Fiya! Thank you so much Fiya. Abang dah dapat pujuk gf abang " kata Afiq yang baru sahaja pulang.

Akif dan Fiya saling berpandangan.

" Abang Fiq ni, buat orang terkejut jer. Ye pun bagi lah salam dulu " marah Akif.

Fiya ketawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya. Macam-macam karenah abang sepupunya itu.

Afiq hanya tersengih apabila dimarahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience