Part 19

Romance Completed 21505

" Sayang " Adli memeluk pinggang Fiya daripada belakang.

Fiya yang sedang membasuh pinggan mangkuk di sinki itu terkejut.

" Abang! Terkejut Fiya lah " .

Adli meletakkan dagunya di bahu Fiya.

" Busy nya wife abang ni " .

" Mestilah. Adik ipar Fiya nak kahwin kan. Abang jangan lah peluk-peluk Fiya kat sini. Kalau orang nampak, malu jer " .

" Alah semua orang busy kat depan. Kita berdua jer yang ada kat dapur sekarang ni " .

Langkah Aliya terhenti saat melihat dua insan yang sedang bermesra itu.

" Ehem " dia berdehem kecil.

Serentak dengan itu Fiya terus menolak tangan Adli daripada memegang pinggangnya. Mereka sama-sama menoleh ke arah Aliya.

Aliya tersenyum kelat.

" Maaf ganggu " ucapnya.

" Sayang, abang pergi depan sekejap ya " bisik Adli di telinga Fiya.

" Okay " jawab Fiya.

Adli terus berlalu ke ruang tamu. Aliya sempat menjeling sekilas ke arah Adli.

" Maaf ya Liya. Segan pulak saya dengan Liya " kata Fiya.

" Eh tak apa tak apa. Kau orang berdua kan suami isteri. Tak apa " .

Fiya hanya tersenyum kecil. Dia sebenarnya tidak berapa kenal dengan Aliya. Petang tadi Aliya yang menegurnya dahulu. Aliya memperkenalnya sebagai anak angkat Puan Ratna.

" Sweet jer saya tengok Fiya dengan Adli " .

" Eh tak adalah Liya. Biasa-biasa jer. Liya stay Melaka jugak ke? " .

" Ha'ah. Fiya orang mana? " .

" KL. Sekarang pun masih stay KL. Yelah sebab abang Adli kerja kat sana kan " .

" Oh ya ya. I see " .

???

Adli duduk di buaian sendirian. Jauh dia termenung.

" Assalammualaikum " .

Adli menoleh melihat pemilik suara itu.

" Waalaikumsalam " jawab Adli dingin.

" Adli, Liya minta maaf. Liya minta maaf sangat-sangat atas apa yang Liya dah buat pada Adli. Liya tahu Liya tak patut dimaafkan. Tapi tolong maafkan Liya " rayu Aliya.

Air mata bergenang di tubir matanya.

" Tak apalah. Tak perlu minta maaf. Saya dah lupakan semuanya dan sekarang saya dah bahagia dengan kehidupan baru saya. Terima kasih sebab pernah tinggalkan saya. Kalau awak tak tinggalkan saya, mungkin saya tak akan berkahwin dengan Fiya".

Aliya mengetap bibirnya. Titisan jernih mengalir laju pantas diseka. Adli terus berlalu masuk ke dalam rumah.

???

Dengan sekali lafaz, Afiq dan Raisa sah menjadi pasangan suami isteri. Majlis bertandang pula diadakan sehari selepas majlis di rumah pihak pengantin perempuan.

Bertemakan warna maroon dan coklat, majlis perkahwinan Afiq dan Raisa berjalan lancar. Ramai tetamu yang hadir. Antaranya ialah ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience