Part 17.

Romance Completed 21505

Berbunga hati Fiya mendengar kata-kata Adli.

" Jadi abang sayangkan Fiya lah? " soalnya.

" Mestilah abang sayang. Siapa tak sayang bini oii " .

Fiya ketawa. Dia menepuk perlahan dada Adli.

" Fiya pun sayangkan abang " .

Adli terus mengucup dahi Fiya.

" Terima kasih sayang. Abang tak tahu macam mana nak jelaskan perasaan abang sekarang ni. Tapi abang nak Fiya tahu, abang bahagia sangat dengan Fiya " .

" Fiya pun " Fiya melentokkan kepalanya di bahu Adli.

Sungguh dia tidak pernah sangka kebahagiaan yang dia miliki sekarang. Mungkin kisah cintanya tidak menarik seperti orang lain, tapi itu tidak penting baginya. Cukuplah dia dan suaminya yang merasai kebahagiaan itu.

???

" Kak Liya datang sini balik? " soal Akif seperti tidak puas hati.

Dia masih tidak boleh melupakan apa yang Aliya telah lakukan pada keluarganya.

" Ha'ah. Siang tadi dia datang jumpa mama. Dia minta maaf dengan apa yang terjadi dulu " jelas Puan Ratna.

" Habis tu mama maafkan dia ke? " soal Akif.

" Mestilah mama maafkan dia. Mama tak pernah berdendam pun Kif. Mama anggap Liya tu bukan jodoh Adli. Allah dah susun semuanya " .

" Minta maaf konon. Dia lupa ke apa dia buat ? Dia rosakkan kebahagian abang Adli ma " .

" Akif " tegur Afiq.

Walaupun dia tidak berkenan dengan sikap Aliya, dia tidak suka apabila Akif masih berdendam.

" Akif, tak baik berdendam. Liya tahu dia salah. Sebab tu dia minta maaf. Kita manusia biasa Kif. Pernah buat salah, pernah buat silap. Kita tak sempurna " nasihat Encik Ismadi.

" Akif bukan apa. Cuma Akif tak boleh terima dengan apa yang dia pernah buat. Tengoklah dulu keadaan abang Adli lepas Aliya tinggalkan abang Adli, dah serupa mayat hidup " .

Semua diam seketika. Benar apa yang dikatakan oleh Akif, waktu Aliya meninggalkan Adli dulu, Adli bagaikan hilang punca. Dia sering termenung. Makan pun kadang-kadang sahaja.

" Setiap orang berhak dapat kemaafan. Allah pun ampunkan hambanya, apatah lagi kita manusia yang tak punya apa-apa ni " Puan Ratna tidak mahu anaknya itu terus berdendam.

" Terpulanglah. Akif cuma cakap jer. Tak apalah. Asalkan dia tak ganggu rumah tangga abang Adli dengan Fiya".

Perbualan tentang Aliya terus terhenti.

" Mama, papa sebenarnya Fiq ada benda nak beritahu " kata Afiq.

" Apa dia? " soal Encik Ismadi.

" Fiq dah bersedia nak kahwin. Boleh papa dengan mama hantar rombongan meminang untuk Raisa?".

Semua terkejut mendengar pengakuan Afiq.

" Ya Allah betul ke ni? Boleh Fiq. Boleh. Nanti mama hantar rombongan meminang ya " .

Afiq mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience