Part 13.

Romance Completed 21505

Sampai sahaja di Kuala Lumpur, Adli terus membawa Fiya ke rumahnya.

" Fiya, ni lah rumah abang. Maaflah abang tak mampu sediakan rumah mewah untuk Fiya " kata Adli sebaik tiba di hadapan rumahnya.

" Abang jangan lah cakap macam tu. Fiya tak kisah pun. Asalkan kita ada tempat berteduh " jawab Fiya.

Rumah teres setingkat milik Adli tidaklah terlalu kecil. Hanya sederhana. Tapi itu pun sudah di kira syukur. Zaman sekarang bukan mudah untuk membeli rumah memandangkan harga rumah semakin meningkat.

" Jom masuk " ajak Adli.

Fiya mengikut sahaja. Dia mengikuti langkah kaki Adli.

" Cantiknya rumah abang. Bersih jer " puji Fiya.

Adli tersenyum kecil.

" Rumah bujang Fiya. Tapi memang hari-hari abang akan kemas. Fiya pun tahu kan daripada kecik lagi abang memang alergik dengan habuk " .

" Ha'ah lah Fiya lupa pulak " .

" Jom abang tunjuk bilik " .

Fiya mengangguk.

???

Selepas menyiapkan kerjanya yang tertangguh, Adli melangkah ke dapur mencari Fiya.

" Fiya, buat apa tu? " tegurnya.

" Eh abang. Fiya masak sikit. So tak payah lah kita makan kat luar sekejap lagi. Jimat sikit " jawabnya.

Adli tersenyum kecil. Dia mendekati Fiya.

" Fiya masak apa ni? " .

" Fiya masak simple jer abang. Ayam masak merah. Sebab dalam peti abang dah tak ada lauk lain " jawabnya yang sedang menumis bahan-bahan untuk memasak.

" Ha'ah lah abang lupa nak beli. Takpa lah malam nanti kita pergi beli barang dapur ya " .

" Okay. Abang pergilah tunggu dekat depan. Nanti dah siap masak, Fiya panggil " .

" Takpalah. Abang nak tengok Fiya masak. Fiya memang terror masak ya? Gemuklah abang lepas ni " .

Fiya ketawa kecil.

" Tak adalah pandai sangat. Fiya tahu masak sikit-sikit jer. Itu pun ibu yang ajar " .

Adli mengangguk.

" Fiya lepas ni apa plan Fiya? " soal Adli.

" Plan? ".

" Ya. Fiya kan dah habis study. Fiya nak buat apa lepas ni? " .

" Fiya tak tahu lagi. Fiya ingat nak cari kerja part time sementara nak tunggu konvo. Boleh tak abang? " .

" Tak payahlah Fiya. Apa kata Fiya duduk rumah jer. Jangan risau soal makan minum Fiya. Fiya kan tanggungjawab abang. Abang akan uruskan semuanya " .

" Abang tak kisah ke kalau Fiya tak kerja? " .

" Tak sayang. Abang lagi suka Fiya ada kat rumah jer " .

Sayang? Fiya terkedu seketika. Dia hanya tersenyum kelat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience