Part 9.

Romance Completed 21505

Masa berlalu pantas, sedar tidak sedar Fiya sudah pun tamat praktikal sebentar tadi. Dia menarik nafas lega kerana semuanya berjalan lancar.

Esok dia akan pulang ke KL semula. Sudah sebulan dia tidak pulang ke rumahnya. Sesekali Puan Raudhah dan Encik Hilman yang datang menjenguknya di sini.

" Fiya, mak long nak ke masjid. Fiya nak ikut? " soal Puan Ratna.

" Fiya memang nak ikut mak long. Tapi Fiya cuti. Tak boleh solat " jawabnya.

" Lah iya ke? Takpalah kalau macam tu. Fiya tak kisah kan tinggal kat rumah seorang-seorang? Sebab abang Afiq dengan Akif pun ikut sama ke masjid " .

" Eh takpa mak long. Fiya okay jer tinggal seorang. Lagipun tak manis lah kalau Fiya duduk dengan abang Afiq dengan Akif kat rumah ni. Apa pulak kata orang nanti kan " .

" Haa iyalah kalau macam tu kami pergi dulu lah ya. Baik-baik duduk rumah. Assalamualaikum " .

" Okay mak long. Waalaikumsalam " jawab Fiya.

Dia memerhatikan sehingga susuk tubuh Puan Ratna hilang daripada pandangan matanya.

???

Loceng pintu rumah berbunyi berkali-kali menandakan bahawa ada tetamu.

" Siapa pulak tu? Awal nya dia orang balik " soal Fiya sendirian.

Dia melangkah ke pintu utama. Pintu terus dibuka.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Abang Adli? " .

" Eh Fiya. Sejak bila Fiya ada kat rumah pulak ni? " soal Adli.

" Panjang cerita dia bang. Takpa lah abang masuk dulu. Nanti kita sambung borak " pelawa Fiya.

Adli mengangguk setuju. Langkah kaki diatur masuk ke dalam rumah.

???

" Minum bang " Fiya menghulurkan segelas fresh orange pada Adli.

" Terima kasih " fresh orange di dalam gelas itu diteguk sedikit.

" Abang beritahu mak long tak yang abang balik hari ni? " soal Fiya.

" Tak. Sebab abang plan nak balik esok. Tapi tadi kerja dah habis cepat, tu yang abang terus gerak balik. Ni Fiya dah berapa lama ada kat sini? Abang tak tahu pun " soal Adli.

" Oh Fiya dah sebulan dah ada kat sini. Fiya dapat praktikal kat sini tu yang tumpang rumah mak long. Tapi esok Fiya dah balik KL semula " .

" Yeke? Abang balik sini, Fiya pulak balik KL kan " .

" Hahaha tu lah. Mak long ada cakap yang abang dah lama tak balik " .

" Ha'ah Fiya. Abang sibuk kerja " .

" Fiya sebenarnya tak tahu pun tau yang abang kerja kat KL tu. Mak long yang beritahu " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience