Part 12.

Romance Completed 21505

Puan Raudhah dan Encik Hilman sudah pun pulang ke Kuala Lumpur semula. Mereka terpaksa pulang segera kerana Encik Hilman yang bertugas sebagai doktor, harus berkhidmat semula di hospital.

" Adli, bila balik KL semula? " soal Encik Ismadi memulakan perbualan.

Ketika itu mereka sedang bersarapan pagi bersama-sama.

" Esok papa " jawab Adli.

" Awalnya Adli. Kenapa tak duduk lama sikit? Ada kerja lagi ke? " soal Puan Ratna pula.

" Entah abang ni. Abang tu kan pengantin baru " sampuk Akif.

Afiq menyiku perlahan lengan adik bongsunya itu.

" Maaf mama, papa. Adli memang nak stay lama sikit. Tapi tak boleh. Cuti Adli ada 3 hari jer. Insya Allah nanti Adli balik lagi " jelas Adli.

" Fiya ikut abang Adli balik rumah dia ke? " soal Akif.

" Eh mestilah. Fiya kan isteri abang Adli. Tempat seorang isteri itu di sisi suami " jawab Puan Ratna.

Fiya hanya diam.

" Adli, Adli kena ingat sekarang ni Adli dah jadi suami orang. Jangan asyik nak sibuk dengan kerja jer. Adli dah ada isteri. Luangkan masa untuk isteri juga " pesan Encik Ismadi.

" Insya Allah papa. Adli cuba " Adli mengangguk perlahan.

" Fiya lepas ni kalau awek abang merajuk, susahlah abang nak pujuk sebab penasihat cinta abang dah duduk KL semula " kata Afiq.

Fiya ketawa kecil.

" Abang Afiq boleh jer call Fiya. Insya Allah Fiya tolong. Abang tu jangan lah asyik nak buat awek abang merajuk jer " .

" Alaa dah dia yang suka merajuk. Nak buat macam mana kan " .

" Kejap-kejap. Afiq dah ada kekasih ke? Sejak bila pulak ni? " soal Encik Ismadi.

Afiq sudah tersengih-sengih. Kantoi. Dia terlupa mama dan papa nya juga ada di situ.

" Abang Afiq memang gatal papa. Tiap-tiap malam Akif dengar dia otp dengan awek dia " sampuk Akif.

Afiq menjengkilkan matanya pada Akif. Budak ni, batu api betul.

" Betul ke Afiq? " soal Puan Ratna.

" Tak ada lah mama. Kawan jer " jawabnya.

" Kalau betul pun apa salahnya kan. Dapatlah mama menantu seorang lagi. Umur macam Afiq ni, tak ada salahnya pun kahwin " .

" Betul tu ma. Akif setuju " .

" Sibuklah kau " marah Afiq.

" Kalau dah bersedia, cakap dengan mama. Mama hantarkan rombongan meminang " .

" Lambat lagi lah mama " .

" Benda elok, apa salahnya dipercepatkan Fiq. Lebih baik halalkan cepat-cepat " sampuk Adli.

Afiq hanya tersenyum kelat. Dengan Adli dia tidak berani melawan. Bukan kerana takut, tapi kerana hormat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience