Part 18.

Romance Completed 21505

6 bulan kemudian...

Adli dan Fiya bersiap-siap untuk pulang ke rumah Encik Ismadi dan Puan Ratna kerana esok akan berlangsungnya majlis perkahwinan Afiq dan Raisa.

" Dah siap sayang? " soal Adli.

" Dah " jawab Fiya.

Adli mengambil beg yang berada di tangan Fiya.

" Jom " ajak Adli.

Mereka berdua terus mulakan perjalanan ke Melaka.

???

Rumah banglo dua tingkat Encik Ismadi dan Puan Ratna riuh rendah dengan kehadiran saudara-mara yang membantu untuk menyiapkan persiapan majlis perkahwinan Afiq.

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Eh Liya? " Puan Ratna meluru ke arah gadis itu.

Aliya menyalam tangan Puan Ratna.

" Boleh kan kalau Liya tolong buat persiapan majlis perkahwinan Afiq? " soalnya.

" Ya Allah Liya, boleh sangatlah. Mama tengah tunggu Adli dengan isteri dia sampai sebenarnya ni " .

Aliya terdiam seketika apabila mendengar nama Adli.

" Dah jom masuk " ajak Puan Ratna.

Aliya hanya menurut.

???

" Assalamualaikum. Mama, papa " .

" Waalaikumsalam. Haa dah sampai pun anak menantu mama ni " .

Fiya dan Adli terus menyalami tangan Encik Ismadi dan Puan Ratna.

" Hai pengantin baru " tegur Fiya pada Afiq.

" Hai pengantin lama " balas Afiq.

Mereka semua ketawa.

" Mama, ayam tu nak potong berapa ya? " soal Aliya yang baru tiba.

Mati terus tawa Adli saat terpandangkan wajah Aliya.

" Haa potong empat jer lah " jawab Puan Ratna.

Aliya mengangguk perlahan. Matanya bertembung dengan mata Adli setelah hampir dua tahun mereka tidak bersua.

" Ni Fiya, Adli pergi naik kat bilik dulu. Angkat beg bawak masuk bilik " kata Encik Ismadi apabila melihat keadaan jadi janggal seketika.

" Jom sayang " ajak Adli.

Fiya hanya mengangguk. Adli menarik tangan Fiya.

Aliya cepat-cepat mengalihkan pandangan matanya.

???

" Explain to me now " .

Afiq mengeluh perlahan. Dia sudah mengagak pasti Adli akan mempersoalkan kedatangan Aliya.

" Dah lama dah dia datang sini bang. Cuma mama suruh rahsiakan daripada abang. Dia datang minta maaf pada mama. Dia cakap dia menyesal. And every week dia datang sini. Sama macam dulu " jelas Afiq.

" Dia nak apa lagi? " .

" Entahlah bang. Fiq pun tak tahu. Mungkin dia dah berubah dan dia menyesal dengan apa yang dia dah buat. Abang maafkan jer lah dia. Tak elok berdendam " .

" Abang dah lama buang dia daripada hidup abang. Sikit pun abang tak ada perasaan pada dia " .

Afiq menepuk perlahan bahu abangnya.

" I know. Abang tak payah lah fikir pasal dia. Abang dah ada Fiya kan " .

Adli mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience